2/11/2011

Adab memotong kuku

Kali ni mari kita belajar sikit adab-adab untuk seorang yang bergelar muslim dengan cara-cara dan waktu-waktu yang sesuai untuk kita memotong kuku..Macam dayah ni memang agak payahlah kalau nak nampak kuku ku ini panjang sejak akhir-akhir ni sebabnya dayah rasa sangat tak selesa kalau kuku panjang sikit, paling geli kalau orang tu tak kira lelaki or perempuan yang kukunya panjang lepas tu hitam..Pernah sekali dayah terjumpa seorang perempuan ni kerja menjaga counter tapi ya allah kuku dia punyalah hitam nak tengok pun nak nanges okay!! *asal nanges, okay!! nak muntah tau* sebab semua kuku pulaktu..Okay!! first thing you sebagai seorang yang hari-hari kena meet customer at least make surelah you punya kuku tu putih bersihlah kan, tak kisahlah kalau nak kuku panjang pun but kenalah jaga, second thing you ni perempuan so please jagalah hygine sikit, buruk dah muka lawa-lawa sekali kuku tangan hitam..*imagine* lelaki kadang-kadang lagi bersih kuku diorang tau..So dayah amat pentingkan penjagaan tangan dan kuku, first thing dayah akan tengok bila meet seseorang adalah kuku dia tak kira lelaki atau perempuan sebab dari situ kita dah dapat tau dia ni permbersih atau tidak, tapi tolak kuku hitam sebab merokok eh!! itu ayah saya punya kuku.. :D Ohh!! yeah!! terlupa ini termasuk jugak kebersihan kuku kaki jugak ye!! tak akan nak jaga kebersihan kuku tangan je, kuku kaki dibiarkan hitam..Buruk okay!!

Eh!! mukadimah punyalah panjang..Baik-baik berbalik kepada topik asal kita iaitu adab-adab memotong kuku..Sebagai orang Islam semua perkara yang kita lakukan seharian ada cara dan adabnya termasuklah untuk memotong kuku..

Cara-cara memotong kuku tangan :

- Dimulakan dengan tangan kanan
  • jari telunjuk
  • jari tengah
  • jari manis
  • jari kelingking
  • ibu jari
- Kemudian tangan kiri pulak
  • jari kelingking
  • jari manis
  • jari tengah
  • jari telunjuk
  • ibu jari
Cara-cara memotong kuku kaki :

- Dimulakan dengan jari kelingking kaki kanan dan seterusnya mengikut urutan jari
   sehinggalah ke jari kelingking kaki kiri..

Sila rujuk gambar rajah ini kalau u olls terasa macam keliru, pening :


ihsan daripada google..


Hari-hari yang sepatutnya kita memotong kuku :

Hari Sabtu    - nescaya keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Ahad     - nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kepadanya kemiskinan

Hari Isnin     - nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sihat

Hari Selasa   - nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Rabu     - nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

Hari Khamis - nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

Hari Jumaat - keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan
                          masuk kepadanya rahmat daripada Allah swt

Doa yang perlu dibaca :

"barangsiapa mengerat atau memotong kuku dan misainya pada tiap-tiap hari jumaat dan berkata ketika mengeratnya :

BISMILLAHI WABILLAHI WA'ALA MILLATI MUHAMMADIN WA AALI MUHAMMAD


"tiada gugur yang dikerat itu melainkan dengannya pahala memerdekakan seorang sahaya dan tiada sakit melainkan sakit mati"

Hari-hari yang disunatkan untuk memotong kuku Isnin, Khamis dan Jumaat..Ingat ni, balik nanti dayah nak potong kuku ni sebab dan seminggu dia panjang balik..

p/s : betul ke kata orang tua-tua jangan potong kuku waktu malam sebabnya nanti umur pendek satu lagi rezeki tak masuk..Tak sure kebenaran kata orang tua-tua ni..Buat research jom *nak telefon ustazah jap eh*

Kempen



Sebelum nak sambut tu kan cuba korang google sikit apa itu Valentine, google sekarang ni jangan nak nanti-nanti *muka garang*?? Sebagai muslim kita memang diharamkan untuk sambut hari valentine ni so jangan mengada-ngada nak sambut eh!! duduk je rumah senyap-senyap, jangan keluar rumah langsung..

kepada teringin nak sertai kempen ni sila tekan link ini..


"SAYA SAYANG SAUDARA SEISLAM SAYA,SAYA CINTA RASULULLAH DAN SAYA TAK AKAN SAMBUT VALENTIME DAY"..


lebih lanjut click link ni

Harap lebih ramai yang akan sertai kempen ni.. :D


Malam tadi

Selamat pagi semuaaa!!

Mulakan hari anda dengan senyuman dan secawan kopi with 1 tea spoon of creamer..*itu saya punya breakfast for today* Hari ni macam biasalah asalkan jumaat, isnin mesti mood untuk berkerja tu tak ada, TAK ADA OKAY!! sekarang ni kerjanya buka tapi matanya dekat blog orang buat blogwalking.. :D , dayah perhatikan semua yang ada disekeliling ni tengah buka internet, ada buka blog orang, ada tengah buka wikipedia, nasib tak ada FB kalau tak bisa LANGSUNG tak buat kerja macam ni..

Baiklah dayah sebenarnya nak cerita apa yang berlaku to us malam tadi..Tak payahlah nak suspen sangat bukan serious pun saja nak kongsi.. :D

First, malam tadi dayah & family pun macam biasa 2 hari sekali mesti kena singgah mana-mana kedai mamak untuk buat acara 'minum teh' walaupun kadang-kadang tu bukan order pun teh and bukan sekadar minum pulak tu siap makan pun ada tapi istilah tu memang tak boleh lari, entah kenapa..So semalam dengan mama hanya berbekalkan rm9.00 dalam purse while dayah rm0.00 dalam purse, ini semua gara-gara dayah malas nak pegang duit banyak lately ni sebabnya lagi senang pakai debit card so taklah duit tu flow macam air terjun kan, dayah ni memang orang yang boros so pantang duit banyak sikit dalam purse kang ada je benda nak dibeli, kadang-kadang benda yang unimportant pun dayah boleh terbeli okay!! so sekarang ni dayah amalkan guna debit card while cash withdraw bagi mama pegang so everyday will ask my mom untuk duit belanja *macam budak sekolahkan, but this is what I did lately ni* jadi bila kita guna debit card at certain place je kan yang boleh digunakan lagipun dayah bukanlah orang yang every weekends kena pergi shopping mall so bolehlah kita berjimat.. :D Mama pulak just bawa small purse sebab malam tu dayah nak belanja..hehe!! Jadinya, cadang-cadang nak pergi 'minum teh' dekat lotus restoran dekat depan pertama kompleks tu so berdekatan tu ada banyak bank bolehlah nanti kita withdraw dekat sana je..Sampai-sampai je restoran tu mama cakap :

mama : nor pergilah withdraw duit dulu
saya    : alaa!!, jap lagi tengah makan nor withdraw lah, lagipun sebelah je, kejap je..*terus berlalu ke meja yang dah siap-siap dipilih oleh baba*

Mama pun malas nak layan dia pun biarkan je lah..Duduk-duduk, borak-borak, yeah!! kali ni kami ada minum teh, satu teh tarik satu lagi teh 3 layer (i think mamak ni tak pakai teh timbang tu yang berani minum teh) order mee goreng mamak lagi, roti bakar 2 set, milo ais and nescafe..Mama pun remind sekali lagi pergi withdraw duit, okay!! kali ni dayah buka purse nak ambik card suddenly.......My debit card tertinggal dalam my handbeg okay!! ini semua gara-gara pagi sebelum ke office isi minyak dulu so malas nak letak dekat purse terus letak je dalam handbeg and bila malam dengan confidentnya terus ambik purse and terus keluar tanpa teringat yang my debit tak duduk dalam purse at that time..Mama buat muka biasa je sebab dia ingat anak dia menipu *ini gara-gara selalu tipu mama, selalu cakap acah je, kan mama pun dah tak percaya dengan kebenaran yang anak dia cuba sampaikan pada malam itu* So dayah terpaksalah patah balik ke rumah dengan fizah untuk ambik debit card tu, sebab apa tak pakai je card yang lain sebabnya malam tu mama hanya bawak small purse and IC jekan and dayah hanya using one card ni jelah while baba memang tak pegang card langsung..Setengah jam seterusnya kami pun sampai balik di restoran and straight away pergi nak withdraw duit tapi ini yang berlaku :

masukkan card        - ok
masukkan pin no     - ok
check balance           - okay!! mencukupi untuk dikeluarkan
masukkan amount  - ok
waiting untuk diproses - tiba-tiba resit je yang keluar and disusuli dengan card, cash mana?? on screen tulis sistem 'switched', wang tunai tidak dapat dikeluarkan..huh?!!
sekali lagi mencuba   - same answer dayah dapat, gelabah kejap okay!!

Patah balik ke restoran, muka masing-masing risau, last-last ada lagi bank nearby so pergi another bank still tak boleh lagi *dah lah jauh bank tu, bakar balik segala apa yang diminum yang berlemak itu* Muka cuak terselah dimuka mama dan dayah, baba and fizah cool je..Terus ke another lagi bank, sampai 4 bank we try but the same result jugak, rupanya malam tu memang withdrawal cash tak boleh sebab sistem sedang diselenggara or down something macam tu lah so BAGAIMANA NIIIIIIII!!???? kenapalah malam ni jugak kau nak down, esok tak boleh ke..arghh!! mama dah bising sebab tak nak dengar cakap dia tadi, kalaulah kita sampai je terus withdraw bolehlah tau awal yang debit card tertinggal dekat rumah, cash tak dapat keluarkan..Ingatlah,  DENGAR CAKAP MAK..So baba pun tanya dengan cashier do you accept card?? Fuhhhh!! lap peluh awal ashaari sebab restoran ni accept card okay!! dah selamat satu perkara..boleh balik rumah sekarang..

Sebelum tu, kami ada patah balik rumah sebab nak ambik phone mama cuse urgently kena contact somebody..Orang tua-tua dulu pernah cakapkan kalau once kita dah keluar rumah and tiba-tiba kita kena patah balik adalah tidak elok kalau kita teruskan jugak perjalanan tu sebabnya mungkin something yang buruk might happened..Maybe secara kebetulan je kot ini..

Secondly, bertemu dengan pemandu mabuk, bawak kancil terhoyong hayang kesana kesini, nasib baik tak ada apa-apa yang jadi, lagi sikit ada kereta tu nak langgar dia, kalau tak memang kami terbabit sama..

Thirdly, ada orang bagi signal nak belok kanan tapi dia pergi kiri, nasib baba tak terlanggar dia kalau tak dah satu hal lagi..

Fourthly, kancil terhentak dekat satu lubang yang besar okay!! tak taulah lately ni jalan kat KL ni banyak sangat yang berlubang-lubang, jahanam kereta macam ni tau kalau hari-hari kena tempoh jalan berlubang, dari tahan lagi 5 tahun, kalau macam ni hari-hari 5 minggu pun tak tentu dia bertahan ke tak, dah lah pakai kancil je..

Kesimpulannya, malam semalam adalah hari yang bukan malang tapi kira agak bad *bukan sama ke tapi tak taulah apa theme nak guna lagi* :D untuk kami, everything yang dibuat serba tak kena..Kalau u olls perasankan once in a life kan mesti akan ada satu hari yang apa yang kita buat serba tak kena, kadang-kadang dari pagi sampailah ke malam tapi ada jugak yang start dari malam macam kes kami ni..hahahaha!!

  •  lepas ni dayah akan buat pemeriksaan rapi ke atas purse ku sebelum keluar rumah
  • make sure jangan keluar rumah without any cash, atau cash yang limited
  • dengar cakap mama
p/s : adik kawan dayah yang koma tu dah tersedar sedikit sebab tadi kakaknya bagi tau jari-jari dia bergerak, terbatuk..Alhamdulillah..

2/10/2011

Arrowhead chips

Setahu pengetahuan dayah lah kan, arrowhead ni something to do with weaponskan atau something yang depannya tajam, alaa!! susah sangat macam anak panah tu for example yang terdekat tu haa!! cursor kitakan berbetuk arrowhead tu..Tapi kali ni arrowhead yang boleh dimakan..haa!! jeng!!

Okaylah dayah tau tentang arrowhead ni pun dari seorang blogger ni baca ni..Ohh!! arrowhead ni ada yang boleh dimakan rupanya, baruku tahu..Ikut info yang dayah google sat tadi ni during chinese new year baru ada chips arrowhead ni, adakah ini benar??kawan cinaku yang bernama chui tolong jawabkan kalau anda terbaca ni, tapi kalau buahnya memang ada dijual cuma dayah tak pernah nampak pun dekat supermarket *ke selalu lari bila masuk bab-bab barang basah sehingga tak tahu akan kewujudan benda ni??* :D Lepas ni akan usaha meng-usha arrowhead ini..

Nak dijadikan cerita kawan chinese dayah ni semalam dia bawak satu balang arrowhead chips untuk kami semua ni makan..Mula-mula tengok macam alaa!! kerepek biasa je kau bawa so tak layan okay!! lalu sebelah je, pandang pun tak..Lepas tu bila petang menjelma ada seorang kakak ni tanyalah

"alex, ni kerepek apa you bawak ni??" kakak tu berkata memecah hening di dalam kesunyian bilik ini..*cehh!!*
"itu, mak saya buat, itu chips arrowhead" alex reply *nak buat sleng macam cina wa tak reti okay!!*
"haaa?!! arrowhead?? tak pernah dengar pun, ada ke??" kakak itu reply
"ada ma, ni chips ni" alex reply
"arrowhead bukan macam tu ke?? *dia menunjukkan tangan bagi membuat bentuk arrow* kakak itu reply
"bukan ma, ini bentuk dia bulat, dulu susah nak beli tapi sekarang baru senang ma nak dapat, you try lah cari" kata alex *ohh!! yeke??*

Lepas tu tak ingat apa lagi diorang perkatakan, so dayah yang memang telinga antena *ep!! bukan telinga I capang lah, cuma pendengaran tajam tau* ni pun teringat yang macam pernah baca pasal arrowhead ni dekat blog yang tadi dayah bagi link tu..Jadi tak naklah nampak macam orang yang sibuk-sibuk nak pergi makan chips tu so dayah buat tak layan je sampailah tengah hari tadi buat-buat nak try sikit..'hrmm!! boleh tahan gak rasanya' *dalam hati berkata-kata* so lepas je lunch tapi masa lunch lagi dah pasang niat yang masuk je office, sediakan one clean paper nak taburkan arrowhead chips tu untuk kudapan semasa sedang mem-busy-kan diri membuat kerja.. :D uikk!! bisa addicted rupanya eh!! bila makan chips ni, ehh!! serious tau ehh!! kita dah makan banyak ni ehh!! *silalah lakukan kalau rasa-rasa nak lempang dia ni* sampai ehh!! dah tinggal sikit je kat balang tu, kerja siapalah ni *pandang kiri kanan*..Tapi serious u olls i highly recommended untuk u olls cuba sekali pasti nak lagi, dayah bukanlah orang yang suka chips chips ni, kalau chipsmore ye!! boleh makan sekotak tapi kalau chips yang selalu makcik-makcik jual masa kita tengah syok-syok menjamah makanan di gerai dia pun bawak satu beg besar dia dalam tu segala chips kau nak ada, so berbekalkan muka makcik tu yang kesian mama pun belilah 1 packet, kalau yang chips macam tu dayah kurang sikit makan sebab entahlah dahaga tahap melampau okay!! kalau lepas makan..I makan fish & chip tak dahaga, hahaha!! tiba-tiba je

Ehh!! cop!! tapikan dulu mama ada pernah beli carrot chips dekat KL Sentral tau, perghh!! yang itu I tell u memang sedap tau, addicted jugak..Hari-hari mama kena singgah beli sebab anak dia habiskan sebungkus sorang..hehe!! Tapi sekarang ni dah tak ada lagi, tak taulah kalau kedai dia pun sekali tak ada, pernah jugak intai-intai cari dekat kedai jual kerepek-kerepek ni tapi tak pernah pun jumpa.. :(

Berbalik kepada cerita arrowhead tadi so lepas ni dayah cadang nak pergi cari dekat supermarket or pasar buah arrowhead ni and nak try goreng sendiri, boleh makan banyak-banyak tanpa rasa segan silu..Tadi google ada satu blog tu cakap hiris halus-halus *bukan hiris yang macam bawang tu tapi hiris like you nak makan chips, fahamkan??* lepas tu katanya rendam dalam salt water before fried..Dan tadaa!! jadilah kudapan untuk menonton cerekarama malam minggu nanti.. :D

p/s : hari suam ni sesungguhnya sangat sedap tau..*psychology untuk terus meminumnya tanpa rasa tak sedap*

p/s : balik nanti kan, chips arrowhead tu ada sikit lagi, agak-agak kalau ambik 3 keping diorang tak perasan kan?? hekhekhek!!

Sebelum itu inilah rupanya arrowhead tu :

haa!! hiris macam ni lah tau..Tak serupa langsung bentuknya dengan namanya..Kenapa arrowhead??


gambar ihsan daripada google..


Doakan

Pagi semuaaa!!

Semalam masa sebelum nak balik office dayah terima sms from one of my best friend, sms dia berkaitan dengan adiknya yang sekarang ni berada dalam keadaan koma sejak sabtu lepas selepas kena langgar lari berdekatan dengan rumah dia..Semalam masa dia message dayah tu cakap yang doktor kata condition adik dia kritikal dan chances untuk hidup tipis so di kesempatan ini dayah nak mintak tolong kepada sesiapa yang membaca entri ni do please pray untuk adik kawan dayah ni sihat seperti sedia kala..

Kesian kawan dayah ni dia dah macam putus asa, but NADIA we always pray for your brother to get well soon..Awak jangan risau insyaallah dia akan sihat seperti sedia kala..

Menurut laporan kawan dayah ni adiknya mengalami internal injury, ada darah beku dekat kepala..Serious masa dayah dapat sms dia rasa macam nak nanges okay!! iyalah orang accident nak pulak tu langgar lari okay!!

Rumah saya tak ada AIR

Hari ni rumah kita tak ada air, balik je office tadi ada kejap, sempatlah makan, basuh tangan sekali bila tiba untuk membersihkan diri haaa!! hambik kau setitik air pun tak keluar..Nak nanges okay!! dahlah orang ngantuk naklah mandi cepat dan rehat sekali tak ada air..arghh!! *garu-garu kepala dengan rakusnya* 


Notis nak catu air tak dibagi pun, ni mesti kes paip bocorkan, kalau by pagi ni tak ada air gak macam mana?? perlu ke ke tempat kerja?? Jawapannya perluuuuu!! esok ada hal mustahak perlu di settlekan..haishh!! ehh!! tapi jangan ingat dayah tak mandi eh!! air tangki ada cukup untuk entahlah esok pagi boleh lagi ke guna?? Harap-harap esok pagi dah adalah air eh!! 





*gambar pinjam daripada google*

p/s : u olls, kawan dayah yang mencari-cari baju for dinner tu, nak tau tadi dia sms cakap yang dah lengkap bajunya siap dengan vest and caffling lagi..*idea siapakan??* so bangga rasanya bila dia pakai from my idea..hahaha!!

2/09/2011

Bacalah

Lunch tadi dayah makan samosa satu dan jambu tanpa asam seringgit..hehe!! diet berjaya hari ni, harap-harap sampai malam..

Kejap lagi ada hi-tea makan yee sang lagi, kan dah ku bilang dekat sini memang pemurah sangat kalau bab-bab makan ni..Ni kira bahagian kitaorang pulak kalau sebelum ni bahagian lain, tak faham kadang-kadang dengan company ni so buat-buat macam faham je lah..hahahaha!!

Nak bagi tau ni kan yang pasal makan-makan tu kan, kalau tak tau sila baca ni, silalah fahamkan apa yang bakal I ceritakan kat u olls ni..Okay!! dah bacakan, sangat budak baik lah u olls ni..hehe!! SO tak jadi lagi hari ni okay!! ditunda lagi sekali dan ini final decision *tak tau se final mananya, kita tengoklah nanti* akan diadakan pada next week on wednesday dan bukan lunch eh!! tapi dinner sebab one of kawan dayah ni cakap kalau lunch kita ada limited time je nak spend together so better kita buat dinner after work so dapatlah quality time sikit kan, and and and and okay!! tolonglah rasa annoying dengan dayah sekarang ni..hehe!! and jadi makan dekat TGI FRIDAY since it is planning to be dinner..yes yes yes!! *lompat-lompat gembira* kalau lunch diorang nak bawa dekat area kinrara je, ishh!! tak mao lah, tak luas permandangan langsung sebab pusing-pusing dekat situ je..kan kan!! Jadi dengan hati girang gembira haruslah kita bersabar sampai next week ye!! tak kisah asalkan tak nak dekat area kinrara..*demand tinggi* :D

Baiklah nak sambung buat kerja balik, nanti bos tarik balik nak belanja makan tu siapa yang menyesal?? I lah..hahaha!!

p/s : sedang miming lagu hindustan u olls.. :D

Ceritanya

Pagi semuaaa!!

Sehari tak update untuk blog ini terasa seperti sesuatu yang tak kena dalam hidup, ahh!! macam ramai yang membaca pun.. :D Semalam dayah cuti so bila cuti acara mem busy kan diri pun bermula, hehe!! semalam pagi-pagi dah bangun sebab kena hantar baba sebabnya lagi kami kena guna kereta untuk menyelesaikan apa yang patut..Tengah-tengah bersiap nak keluar pagi semalam terasa perut ni lapar tahap lagu keroncong beriya-iya berlagu dalam perut..Semakin waktu berjalan semakin tu lah lagu dia kuat bagai nak rak..Tak boleh jadi ni kena makan sarapan macam ni, nanti kang tak pasal-pasal pengsan *pernah ke pengsan sebelum ni, ehh!! pernah time sekolah dulu okay!!* teheee!! so masa dalam kereta baba and mama ajak makan dekat area sungai besi tapi tak naklah nasi lemak dia tak sedap, semua berminyak macam minyak tu tertumpah 5kg dalam sambal tu, telur goreng pulak macam guna 5kg minyak jugak nak menggoreng..uihh!! itu adalah sangat berbahaya untuk dimakan okay!! dah lah makan nasi lemak dengan minyak berlambak, geli je!! so dayah ajak makan nasi lemak dekat Tanglin, favourite ku sebab daging dia SEDAAPP!! Terasa bersalah jugaklah pagi-pagi dah makan nasi lemak tapi nak buat macam manakan dah kelaparan.. T_T

Selepas hantar baba kami memulakan operasi apa yang patut..Selesai semua urusan lebih kurang dalam pukul 12 tengah hari macam tu kami terus heading to Time Square, uikk!! dah kali ketiga masuk okay!! hafal dah map kat dalam tu, saja nak suruh mama try espressSoup, ya allah i tell u olls senang gila nak mencarinya *angkat-angkat kening*..Kejap je dah jumpa, nak cari elianto pun senang je *memanglah senangkan dalam satu level yang sama*..Dayah pergi Time Square ialah bertujuan untuk mencarikan kawan dayah ni punya barang, I mean baju untuk dia, memandangkan hari tu masa dinner I've got baju yang cheaper so budget kali ni pergi adalah yang cheaper jugak untuk baju lelaki tapi harap maaf semuanya above rm50..Kawan dayah ni tempat kerjanya bakal adakan dinner this coming friday so dia telah meminta bantuan dayah untuk carikan dia baju yang less than rm100 *feeling-feeling image consultant tau*, janganlah gelakkan kita, ishh!! Memandangkan dayah nak sangat dia pakai vest tu yang sampaikan ke TS ku mencarinya..Ada memang ada tapi mahallah, dahlah nak pakai sekali tu jelah kan so tak berbaloi lagi pun it doesn't looked nice at all vest-vest yang ada dekat situ..Kesimpulannya dayah message dia semua nya mahal so dia pun cakap dia dah lari budget for this month and dayah suruh dia try jugak pergi cari vest yang murah yang within his budget dan akhirnya dapat.. :D..Cop!! since hari tu kami dah pusing-pusing TS punyalah lama, alaa!! masa tengah mencari baju dayah for dinner hari tu makanya kali ni amat mudah sangat nak mencari kedai-kedai baju untuk lelaki eh!! hahaha!! *bangga tak terkata dengan mama* :D

Lepas ke TS cadang nak jalan-jalan ke Morib *entah kenapa lately ni teringin nak kesini okay!!* or Gohtong, alaa!! saja-saja nak jalan-jalan sambil cari makan untuk tengah hari tapi tengok jam masa tu dah pukul 2, so kalau pergi jugak mau baba tidur kat office kang..hehe!! jadi terus balik rumah dan apa lagi nak buat selain kita zzzzz!! Malam pergi Tesco lagi dan apa yang boleh dikatakan disini sememangnya tesco ampang sentiasa di hati..hahahaha!! nak pergi lagi dan lagi.. :D

Entri ni untuk 2 hari punya cerita makanya haruslah panjang *jangan bosanlah eh!! :D* Pagi tadi breakfast tak berani lagi nak minum milo so macam biasa jadikan kopi 'o' sebagai minuman pada hari ini, no more milo in the office eh!!..Serious sampai sekarang dayah tak mengantuk langsung okay!! semalam tidur masih lambat macam sehari sebelum minum milo tu pun..Soooooo!!??? Lagi pun dah beberapa hari ni dayah mengabaikan diet sebolehnya, makan ikut suka-suka hati je so hari ni nak start balik diet eh!! :D

Pagi tadi keluar rumah nak ke office macam biasa tapi jem di MRR2 hari ni luar biasa..Dari kawasan rumah dayah je dah start jem, ingatkan sebab dah ramai balik dari cuti CNY tapi rupa-rupanya ada kereta accident dekat area Tasik Selatan, 3 kereta terlibat and betul-betul dekat lane tengah..Masalahnya sekarang ni accident tu taklah seteruk mana pun, boleh dikatakan hanya tercalar or maybe tergesel sahaja so MASIH BOLEHKAN ALIHKAN KERETA KE TEPI JALAN RAYA TU, MASIH BOLEHKAN KERETA TU JALAN UNTUK DIALIHKAN KE TEMPAT YANG LAPANG SIKIT ni tak diorang nak jugak settlekan kat tengah-tengah jalan tu, haishh!! kau tau tak yang jem nya dah sampai mana?? prihatin sikitlah kepada kami yang nak pergi kerja ni pagi-pagi ni, tak pasal-pasal hari ni kami semua ni lambat masuk office okay!! *marah ni*

p/s : semalam baru dapat berita kawan dayah punya adik accident motor and sekarang ni dalam keadaan koma so marilah kita sama-sama doakan semoga dia cepat sembuh seperti sedia kala balik..Amin!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...