12/30/2012

First time breakfast di sini

Mungkin orang dah berpuluh kali melawat O'Briens tapi kami baru first time nak menjejakkan kaki disana pada sabtu yang lepas..Yeah Yeah! agak ketinggalan sikit kami ni, hehe! 

Dah bosan dengan breakfast mamak hari-hari jadi kami nak cuba bertukar angin so dayah cadangkan jom  breakfast dekat O'Briens?? konon-konon nak feeling-feeling mat saleh.. ;) makan sandwiches pagi-pagi..O'Brien paling terdekat dengan rumah kami adalah di Great Eastern Mall (dah tak boleh fikir mana lagi terdekat)..

Maklumlah dah kata pertama kali mai kan so tak retilah nak order, berdiri depan kaunter tu punyalah lama nak fikir sampai orang belakang menyampah agaknya dia selamba je potong queue, nak marah pun tak jadi sebab tengah busy dengan apa yang hendak di-order..

Akhir sekali punyalah lama fikir nak makan apa dan minum apa kami ambil je set breakfast yang iklannya berada betul-betul di depan kami..hehe! air je kami pilih tak ikut dalam set..

set pertama yang dipilih oleh mama..

set kedua yang dipilih oleh kami dua beradik, satu set kongsi berdua jadi seorang dua sandwich dapat..

tak ingat nama smoothie ni tapi sedapppp!!

one more drink, cappuccino..

One thing nak complain, service dekat Great Eastern ni tak berapa nak memuaskan, nak order sampai kita kena panggil then baru dia nak entertain, cashier tersalah pulangkan card, sepatutnya orang punya card dia bagi dekat kami, tunggu few minutes baru dapat balik card sebab cashier sendiri confuse yang card ni siapa punya, hantar makanan satu-satu..Hope they can improve their service next time..

Lepas breakfast kami ke One Utama untuk shopping bak kata mama 'taburkan duit' maksudnya berbelanja tak ingat dunia..hehe! selalu sangat kena macam tu padahal shopping tak banyak pun..hehe!

beli mochi mochi..


Setelah berjalan-jalan di OU baru perasan O'Briens ada je dekat OU..OKAY!


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...