2/06/2011

Hantu Lipas

Hari jumaat lepas, pulang je dari merayau-rayau sekitar Kuala Lumpur, tak taulah setiap kali ada masa terluang kami sekeluarga mesti akan luangkan masa merayau-rayau sekitar KL menaiki kereta tapi waktu malam je, siang tak payahlah nak berharap lebih nampak kami dalam kereta depan traffic light Sogo eh!! padahal kan nak kata bukan orang KL dah tengah-tengah KL kami duduk ni tapi still nak jugak round KL.. :D 


Jadi nak dijadikan cerita jumaat lepas pulang je ke rumah dayah terserempak dengan encik lipas *confident dia jantan* di dalam bilik so apa lagi memang nak kena campak luarlah kan kalau orang dah penat-penat kemas kau pulak sibuk-sibuk sama nak bermalam di bilik itu..hehe!! ingat bukan muhrim kita ni..hahaha!! so dengan berbekalkan compact powder cosway yang dah dibeli setahun lepas dayah pun memulakan aksi dengan menolak lipas itu sehinggalah dia tercampak keluar, mula-mula tolak dengan kaki tapi tak jalan tu yang sampai terguna compact powder, dah itu yang ada dalam tangan masa tu *mengalami waktu cemas macam ni, apa sahaja dalam tangan digunakannya sebagai senjata tau*..Kaki dia patah okay!! jalan pun dah macam ketam, senget-senget..Lama-lama tengok dia kesian pulak, terenjut-enjut jalan mungkin tengah menahan sakit, almaklumlah kaki patah tu nak simen mana boleh, tak diterima masuk dalam klinik mahupun hospital..Jadi kesian okay!! tengok, nasib tak matikan kalau tak kejam rasanya diri ini..


Jadi kisah lipas tu pun berakhir disitu setelah malas pulak nak tengok dia berjalan senget macam ketam tu, lembap sangat nak sampai satu-satu tempat tu, ahh!! aku penat..Malam tu dayah macam biasa tidur senyenyak nya setelah membiarkan tv dengan sendirinya terbuka, tak taulah siapa yang tutup, nak kata mama tak mungkin sebab pagi tadi bangun dia tak bising pun..fuhh!! ni mesti fizah or baba..selamat!! so masa tengah-tengah tidur tu dayah terperanjat sebab tiba-tiba terasa macam something kecik merayap dekat kaki, lantas bangun terus tepis-tepis, tak rasa macam ada benda yang dayah tepis so tarik selimut bagi kaki tertutup habis..Selang beberapa jam tiba-tiba dayah terjaga terus terduduk okay!! punya terperanjat, kali ni terasa macam something merayap dekat tangan pulak, bila tepis lagi tak ada apa-apa pun..haishh!! tak senang dibuatnya so dayah tutup satu badan dengan selimut, kira selubung habis ni, kalau ada yang perasan memang dah serupa hantu bungkus okay!! selang beberapa minit tiba-tiba terasa macam dekat muka pulak..ahh!! kacau macam ni, asyik terperanjat je, bisa kena sakit jantung kalau macam ni terus dayah bangun buka lampu tengok tak ada apa-apa pun..Masa tu tengah ngantuk so tak fikirlah apa-apa bila pagi bangun cerita dekat mama and fizah, fizah cakap "aku rasakan ni mesti hantu lipas semalam yang kau cederakan tu"..dayah balas "tapi dia cedera je, bukan mati pun" *seram* fizah balas " mana tau dia nak balas dendam, sebab kaki dia patah, dah tak macho dia sekarang ni, dipandang serong oleh lipas-lipas betina tu yang roh dia merayau-rayau cari kau tu" perbualan diteruskan dan masing-masing bermuka keliru, BETUL KAH?? 


Okay!! kesimpulannya adakah ini benar berlaku, adakah itu hantu lipas yang telah dayah cederakan itu..OHH!! TIDAKKKKKKKKKKKKKKKK!! TAKUT MA!! tak nak cederakan lipas sampai patah kaki lagi..


p/s : sama-sama kita doakan rakan-rakan kita yang di mesir tu, semoga mereka selamat sampai ke pangkuan keluarga..Amin!! *sedih tengok berita semalam, insyaallah mereka semua selamat tu sampai ke tanah air*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...