Sementara dayah belum berkerja lagi ni masa itu memang banyak terluang, tak ada aktiviti lain selain daripada aktiviti mari menambah berat badan..hehehe!! Hari selasa baru-baru ni aktiviti itu berlaku lagi, adoi!! bila ni nak exercise and kurangkan makan ni?? Selasa lepas mama ajak lunch dekat luar since mama malas nak masak so kami ON aja buk!! Pilih destinasi mana yang ada banyak variety of foods, haruslah memilih mana-mana food court sebab dekat situ jelah semua makanan ada kira semua in one roof so food court yang telah menambat hati kami untuk berulang-ulang kali pergi setiap kali baba kerja adalah KLCC..Entahlah bagi dayah dan dua orang lagi ahli keluarga ni makanan dekat food court KLCC ni menarik, mungkin sesetengah akan cakap alaa!! food court tu macam biasa je tapi not for us.. :)
Jadi ke KLCC lah kami selasa lepas..Datang sana semata-mata untuk makan sahaja eh!! nak jugak shopping sikit, ingatkan masuk Uniqlo yang baru buka dekat KLCC tu dapatlah rembat satu baju ke kan, alahai!! untuk orang yang belum berkerja macam dayah ni kan, baju yang entah apa-apa design nya tapi harga macam tak serupa bikin memang tak lah dayah beli, cuci mata je lah..Sampai sekarang dayah tak puas hatilah kenapalah tax dekat Malaysia ni tinggi, kadang-kadang barang yang tak seberapa tapi disebabkan berjenama harganya belambung tinggi so bila nak beli tu macam kadang-kadang membazir sangat, for example one dress ni dayah tengok harganya sampai RM500 lebih, yeah!! memang ianya dari jenama yang terkenal tapi bila kita tengok designnya macam eh!! betul ke price tag yang pekerjanya letak ni, ke silap..So bila nak shopping dekat sini tunggu sale eh!! :)
Okay!! ini entry sepatutnya lebih kepada apa yang dayah makan hari selasa lepas entah macam mana boleh terkeluar isu harga baju mahal *ini sebab mungkin dia stress sebab tak dapat shopping* :(
Spaghetti Alfredo..alang-alang belum ada kesedaran nak berdiet ni kan kita makan jelah something yang macam ni sebab kalau dah tiba kesedaran tak lalu nak makan.. :p
beef tacos extra hot punya ni..Jangan ingat ni fizah atau mama yang punya, ini dayah yang punya..orang lapar lah tu yang ambik 2 dish T_T
dessert kuih melayu, haa!! yang ini kongsi bertiga..
Memandangkan ini adalah entry untuk menunjukkan betapa banyaknya penulis blog ini makan so makanan mama dan fizah tak di petik gambarnya disini eh!!
Selesai makan di food court kami berjalan-jalan sekitar KLCC *cuci mata dengan baju-baju yang tak dapat dibeli* hehehe!! memandangkan stress kan so fizah mintak tolong belikan Auntie Annes sebab dia kata kalau kita makan stress kurang sikit..yoyo ohh!! je kau fizah, itu namanya tambahkan penyakit dalam badan okay!! lagi stress..
pilih pretzel yang dip dalam chocolate..Yang ini rasanya sedap tapi nasihat makanlah makanan ini dirumah kerana dirumah lagi selamat ye!! sebabnya habis berkecah-kecah mulut tangan muka makan ni..Harap Maklum..
air ni fizah yang pilih, tak tau apa nama air ni tapi sedap..
Memandangkan waktu untuk fetch baba masih berbaki lagi so mama ajak duduk mana-mana dulu sementara tunggu masa nak check-out dari KLCC tu dan mama cakap sebelum lagi teruk berkecah-kecah korang makan benda ni *merujuk kepada pretzel tadi* dalam kereta baik korang habiskan sebelum masuk kereta..Okay!! cari tempat duduk tak jumpa *hahaha!! padahal banyak je, itu cuma alasan* sebabkan dayah nak beli air dekat starbucks dan ingin menggunakan wifi free disitu.. :p
:)
biasalah nak guna wifi free sebab kenalah update status dekat FB dan Twitter yang hidayahsalleh@starbucks KLCC..*hahaha!! tak ada siapa pun yang peduli kau dekat sini dayah* :p
Masa untuk fetch baba dah tiba so kami terus fetch baba dan malam tu lepas hantar kereta satu lagi ke workshop kami terus cari kedai makan untuk makan malam pulak..Sayang tau kedai yang kami makan tu cantik dan makanan yang kami pilih pun cantik-cantik belaka tapi tu lah sayangnya sorang pun masa tu tak bawa camera.. T_T so kami simpan memory kedai tu dalam kepala je lah eh!!..no photo was taken so tak lah mama, baba dan fizah menunggu lama untuk makan makanan mereka setibanya makanan itu atas meja eh!! :p
p/s : masih lagi meng-edit gambar-gambar day 1 kami di Singapura.. :)