Baiklah untuk this time punya post dayah akan buat 3 cerita sekaligus eh!! Sebabnya dayah rasa cerita ni dah pending terlalu lama sampaikan syawal pun dah habis..Promise!! dayah akan buat short and letak gambar supaya gambar tu bercerita banyak eh..
cerita pertama (membuat kuih raya):
kuih pertama dibuat...
warisan, turun temurun ni..Tengok warna pun dah turun
termasuk bahan-bahan bukan kuih raya jugak..
tangan tuan punya blog ni tau..nak jugak bagi tau tu
sedia untuk dihidangkan kepada para tetamu..
adunan yang sama cuma jenis je yang lain..
dimasak bersama gula..
jem tadi diletakkan diatas ini..
sekali lagi tangan tuan empunya blog ni..
perkenalkan dari kiri atas: kuih makmur, jem tart, chocolate chip, bebola badam, sarang semut & biskut buah campuran bersalut chocolate...
p/s : sorry ada kuih yang dayah tak sempat nak snap masa tengah buat..:)
Inilah antara kuih-kuih raya yang dayah sempat buat..Chocolate chip tu adalah kuih wajib rumah dayah tiap-tiap tahun dan second kuih wajib adalah sarang semut (baru nak menjadi kuih wajib ni)..Percayalah recipe2 ni semua dayah cari di internet dan ada yang menjadi macam chocolate chip ni tapi ada jugak yang kena tipu, dah bancuh semua bahan-bahan sekali bila masak keraslah, pahitlah, lembiklah..Semasa dalam proses R&D dijalankan rasanya mama banyak mengalami kerugian dari segi bahan mentah, iyalah asyik buat tak jadi je..Masa tu tak pandai lagi nak beli bahan-bahan kuih ni so beli semua yang berjenama tapi sekarang tidak lagi..hehehe!! Tapi demi anak dia yang nak belajar sangat ni dia sanggup je belikan..:)
Tahun ni memang 6 jenis je termampu dibuat kalau sebelum ni sampai berbelas-belas sampaikan balang kuih kat rumah tak cukup-cukup..Tahun ni buat sikit je sebab masa tak mengizinkan sangat, kalau sebelum ni dayah belajar masa tu memang banyak so bolehlah penuhkan semua balang-balang kuih dekat rumah ni tapi tahun ni dayah kerjakan..Itupun dayah dah ambik 2 3 hari awal sebab nak siapkan kuih-kuih ni and tahun ni ada dapat sikit tempahan, alhamdulillah..
cerita kedua (di jalan TAR):
Sedikit cerita kami membuat persiapan raya dan membeli belah sikit di Jalan TAR..Inikan tempat wajib untuk orang KL shopping raya, rasanya bukan orang KL je orang Selangor pun ada kesempatan cuti terus turun KL shopping disini atau lebih senang satu orang Malaysialah serbu tempat ni kalau menjelang raya..Sebabkan waktu nilah macam-macam barang yang susah dapat kalau tak raya ada jual dan harga boleh tawar menawar ni..Selalunya kami kesini nak cari baju kurung untuk hari aya and adalah barang-barang lain yang dibeli macam bunga plastik..Tahun ni dayah dapat cari 2 pasang baju kurung jenis cotton dengan harga RM130, satu untuk dayah satu lagi untuk fizah..Murah je kan??
Rasanya kami kesini malam tu hanya nak beli baju kurung je dan selebih masan tu kami jalan-jalan tengok gelagat orang bershopping..Meriah walau dah tengah malam..
kuih ni dibeli untuk makan2 kami sahaja eh!! bukan untuk tetamu..:)
tudung dan baju yang macam-macam jenis ada dijual..
Maaflah gambar tak lah banyak sangat, ini je yang sempat di ambil..salahkan bateri sebab waktu ni lah dia nak habis..
cerita ketiga ( Hari Raya):
Akhirnya, setelah penat membuat persiapan itu dan ini dan menjalani ibadah puasa selama sebulan Hari Raya pun tiba..yeye!! dah besar-besar pun ni pun kalau raya mesti teruja, kadang-kadang rasanya kanak-kanak pun kalah..hehe!! lagi teruja bila dengar lagu raya dekat radio ditambah dengan takbir raya lagi..ohh!! syahduhnya..
Kalau first raya memang rumah dayah akan ramai tetamu datang tapi semuanya sedara dan first raya jugaklah baba dan mama akan masak lauk pauk dan nasi..Kami lagi prefer jamu tetamu dengan makan nasi berbanding yang lain sebab suka tengok diorang makan.. :)
dimasak oleh mama saya...
dimasak oleh baba saya...
idea by baba saya tapi hasil kerja tangan dayah sendiri..
belum masak sepenuhnya lagi..disediakan oleh baba saya
dimasak oleh baba saya...
dibeli..
Tahun ni tak ada kaki kambinglah, tu yang rasa bila makan macam kurang je kesempurnaannya..hahahah!! Maaflah tahun ni memang gambar kami sekeluarga berpakaian baju raya di pagi raya tak sempat nak ambil..Ini semua gara-gara pagi raya tu jugak rumah baru settle berkemas dan bila kami sekeluarga dah cadang nak balik kampung di Kampung Pandan pagi tu jugak tiba-tiba dapat called dari my cousin cakap diorang dah on the way nak datang rumah..Lepas dah melayan semua tetamu pagi tu, tengah hari baba solat jumaat dan sempat kami rehat seketika petang terus ambik peluang yang ada tu pergi Kampung Pandan melawat datuk dayah yang duduk dengan my aunt..Itu pun kejap je dapat beraya dekat sana sebabnya dapat called lagi yang satu lagi cousin dayah dari Ampang dah ada depan rumah..Sampai ke tengah malam barulah tak ada tetamu yang datang..Meriah sungguh satu syawal ni..
Raya kedua dayah terima tetamu dari Singapura pulak lepas tu kami ni pulak beraya ke rumah my mom's aunty..
Itulah serba sedikit raya dayah dan family tahun ni..Tetap meriah seperti tahun-tahun yang lepas.. :)
Okay!! akhirnya habis jugak kita entry raya ni..Fuh!! lepas syawal beberapa hari baru dapat habiskan..Dasyat sungguh kau ni dayah..Harap maaf ye semua, lain kali janji tak buat lagi.. *cross fingger*...Oh!! lupa nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan dayah yang sudi datang for my open house hari tu..:) lots of love untuk u all..
next entry will be my trip to Singapore and my cousin's wedding..Can't wait to show You guys how beautiful the event and how happening it was..Just wait!! i promise this one won't take too long to finish it up.. *big smile*
Lots of Love from me to all my darlings..