3/08/2011

Tengah hari update

Selamat tengah hari semuaaa!!

Baiklah setelah beberapa hari ni berada dalam keadaan otak tak berapa nak center so hari ni kepala dah okay!! *mungkin gara-gara 'bang'kan kepala dekat wall kot semalam* so nak cerita panjang apa aktiviti kami sekeluarga last weekend kena ada gambar sebab itu adalah perkara wajib ada dalam setiap entri yang melibatkan aktiviti dalam blog ni..hehe!! tapi maaflah yee!! itu kita cerita malam nanti sebab semua gambar ada dirumah, belum edit pun lagi, size pun tak kecikkan lagi..Punya pemalas penulis ni kan kan..*sila angguk bersama* bukanlah pemalas sangat pun cuma dari minggu lepas asal malam je mesti akan keluar rumah cari minum-minum, settle kan segala urusan dunia so hari ni mama dah warning awal-awal lagi tak nak keluar malam ni sebab nak tengok ASMARA..okay!! fine bolehlah kita meng 'edit' segala gambar yang ada nanti.. :D

Hari ni tengah hari dayah tak makan quacker oats sebab diorang ajak makan dekat food court sambil cuci mata..ishh!! dengan eye more lah, beli kat conviniece store tadi bukan sebab nak tengok apa-apa eh!! hahahaha!! so dayah tak tau nak makan apa, nak cakap lapar kebabom sangat tak jugak perut macam sebu je maybe angin kot so pilih punya pilih last sekali choice ialah meehoon kari plus dengan air boleh pilih sendiri RM5.00 adakah berbaloi?? berbaloi jugaklah sebab rasa meehoon kari tu tak menghampakan berbanding laksa dia..Makanya sekarang ni dayah tersangatlah kenyang so kalau dah kenyang suka hatikan so I tengah suka hati ni..lalalalala!! zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz *tetido*

p/s : GUMBIRA.... :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...