1/29/2011

22/01/2011 -annual dinner-

BACK TO BLACK

We are in blackkk!! adakah ini kerana kami semua gemuk sebab tu tema dia black so that bila pakai semua nampak kurus?? *tapi penulis je yang gemuk* hahah!!


Okay!! serious sekarang ni..Sabtu yang lepas telah berlangsungnya satu acara annual dinner by our company..Nama pun annual dinner so terhad kepada pekerja-pekerja sahaja, kepada yang dah kahwin malam tu kenalah jadi single but not available for the moment..Tema untuk our very first annual dinner ni *sila baca tajuk besar saya letak tu,-ini dasar pemalas nak menaip banyak kali-* hahaha!! 


Seminggu sebelum dinner dayah dan kawan-kawan telah melakukan rondaan besar besaran ke Time Square, mana taknya dari pagi Time Square tu buka sampailah petang *nasib tak sampai tutup, mau kena belasah dengan mama kan* :D..Kenapa pilih TS untuk cari bajukan?? ini semua gara-gara untuk dinner ni setiap seorang *buat budget sendiri* telah memperuntukkan RM100 and below je baju termasuk dengan kasut dan segala-gala yang berkaitan..Baru dapat tau banyak jugak choice dekat TS ni ehh!! tapi masalah sikitlah almaklum penulis tak berapa kurus ala-ala Lisa Surihani makanya agak jenuh masuk keluar kedai untuk cari baju yang MUAT okay!!


Mengikut jadual yang telah di emailkan seminggu awal pukul 7 registration so kami telah buat perjanjian untuk jumpa dalam pukul 6:00 atau 6:30..Kenapa awal ehh!! sebabnya sila lihat ini 






make-up tau, diorang ni kira last minit make-up tu yang kena datang awal..Penulis ni memang orang yang paling teruk tak reti make-up so dia datang siap-siap dah pakai eyeliner panjang ekornya..hehe!! so dia tak payah bersusah payah begini untuk make-up sekadar top-up je lipstik silkygirl yang setahun guna tak habis-habis lagi..*guna pun jenama make-up murah*

Selesai acara make-up yang mengambil masa tak berapa sangat pun lamanya kami pun..

bergambar kenangan bersama di dalam tandas Hotel Sunway Resort & Spa..

Memandangkan dayah belum register lagi so dayah pergi register sebelum ni tak pergi sebab malu weh!! lekaki yang diminati sibuk pegang camera kehulur kehilir, nanti mesti nak snap gambar kita *okay!! jangan baca ni nota perasan saya*..Lepas register kami diberi ini 

Welcome drink dan nampak tak paper kat sebelah tu, haa!! bernilai tau paper tu..Paper tu is something like brain teaser, ishh!! soalan dia punyalah susah, jawapan senang je *dasar malas nak memerah otak, iyalah kepala sibuk fikir nak nampak cantik je* haha!! Jadi semua yang dapat buat bodoh je dengan paper tu sebab semua sibuk nak bergambar, jadinya salah seorang kawan dayah telah menguji minda dia dengan menjawab soalan ni via menelefon adiknya, agak berbaloi jugak dia habiskan kredit sebabnya menang u olls, dapat shopping voucher tau..*hermm!! jealous, tau aku tiru jawapan dia masa dia sibuk menayangkan jawapannya*

Sementara menunggu pintu ballroom dibuka untuk kitaorang serbu masuk, sesi bergambar secara besar besaran dijalankan..Sebelum tu maaflah banyak gambar agak kabur, biasalah camera sony compact powder je dayah guna so setting tak betul *actually tak tau nak setting macam mana untuk waktu malam*..Dah puas mengedit bagi clear muka cun sangat kami ni..hahaha!!

bergambar secara beramai-ramai di tempat yang tak ramai orang..Gambar sebelah kanan ni bukan sebab camera tapi di edit sebab kakak ni memang tak suka gambar dia ditayangkan so atas permintaan..:)

baju murah dari TS, kasut murah jugak dari TS..ni nak habak mai, first time pakai kasut setinggi itu, wow!! sakit okay kaki diri lama, almaklumlah gemukkan..hahaha!!

finance girl bila jumpa camera inilah jadinya..

secara beramai-ramai..yang tak kenal pun masuk dalam gambar ni..:)

bersama CEO..cuba teka yang mana satu??

registration

dah mula ramai yang datang..

emcee of the night..

Kata-kata pembuka dari CEO..so dapat teka tak soalan diatas tadi??:)

ucapan daripada GM jugak..

Selepas ucapan daripada orang-orang kuat company ni so acara pembuka pun dimulakan dengan persembahan yang sangat wow!! daripada salah seorang staff..Harap maaf gambar dia tak ada satu pun yang sempurna *kan dah bagi tau tadi camera nak setting for night dayah tak reti sangat* so tak payahlah lah ehh!! letak, nanti pening korang nak menengoknya, korang bayangkan macam ni je..Seorang lelaki yang di transform sebagai seorang perempuan dengan dress yang terbelah sampai paras peha *amboi kusyuk membaca nampak* lepas tu di make-up, dan menari lagu One night only..Best giler okay!! performance dia, liuk lentok badan dia perghh!!

Selesai ucapan, persembahan pembukaan and lucky draw *kesian dayah tak lucky on that night*   :(..Kami pun dijemput makan..Makan secara buffet, choices banyak and foodnya semua sedap-sedap belaka..



inilah yang makanan yang di ambil oleh kami..yang atas sekali tu dayah punya pinggan..

untuk menampakkan kami bertiga ini tidak kuat makan makanya 2 pinggan ni untuk 3 orang makan..:)

mushroom soup..

orang yang addicted dengan kopi haruslah request satu cawan..

disebabkan leka makan sambil tengok performance, makanya bila keluar nak cari dessert ini je yang tinggal..Siapa ni yang ambik lebih-lebih, kasihanlah sikit pada kami ni wehh!!

habis makan, burppp!! opss!! excuse me..

Peformance and lucky draw diteruskan lagi..Salah satu performance yang membuatkan dayah terpukau terpana dan terus tak bangun-bangun dari tempat duduk adalah yang ini.......

sekadar menyanyi dengan gitar tapi suara superbb okay!!..Punyalah sedap, hasky gitu suaranya..Ada ke patut ada seorang ni request suruh dia nyanyi lagu lady gaga..

Sambil-sambil makan tu kami dihiburkan lagi dengan game..Game ni dihostkan oleh staff jugak, permainan ni dinamakan as 'spell with your ass' okay!! agak melampau nama game ni..ishh!! 


para persertanya..

Game dah, performance dah so its time for dancing queen..hehe!! masa ni dayah dan friends mencari beberapa mangsa untuk dijadikan korban camera kami..hahaha!! ohh!! yeah sebelum tu kami pun menari sakan jugak okay!! release tension katanya..

bersama orang HR..Zorro in the house, pemenang best dress for men okay!! tak sia-sia dia beli baju tu kan..tau I pakai catwomen, ohh!! apalah rupanya,ishh!! tolong jangan bayangkan







bekas fly fm crew..patutlah familiar je muka dia bila pertama kali terpandang..haha!!

alangkah tingginya si handsome ni, asalkan ambik dengan orang yang handsome mesti muka dayah tak lawa..hahaha!! *perasan macam sebelum ni lawakan* uwekk!! sila muntah bersama-sama..

Dijadualkan pukul 12 tengah malam acara tamat tapi 11:30 dah pun secara rasmi tamat tapi adalah saki baki lagi yang sibuk menari-nari *ingat ini club ke apa* so time ni ramai kawan-kawan dayah yang dah angkat kaki mau balik so termasuklah dayah sekali..

Random pictures :



khas ditujukan kepada rakanku yang bernama CHA..

angkat kaki mau pulang..

sementara tunggu mama and baba datang fetch..Menikmati lobby hotel yang cantik di decorate sempena CNY ni..*spoil bila ada benda kuning tu*

Itulah serba sedikit cerita *sikit ke, rasa macam panjang berjela entri ni* semasa Annual Dinner yang lepas..Had a great time with a great people.. :)

p/s : tengah melayan cerita Diwale Dulhani Le Jayenge..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...