5/24/2011

Makan-makan

Selamat tengah malam / pagi semuaa.....


Malam tadi sebelum tidur dayah sempat menikmati twisties dan air sayur yang berwarna purple,  sebenarnya malam tadi dayah kelaparan tau..Semenjak balik daripada Singapura hampir sebulan yang lepas ni nafsu makan tu macam tak boleh nak berhenti..Dah cuba skip makan nasi, a'ah sehari je bertahan, eh!! tak, setengah hari je bertahan lepas tu lapar balik..Macam malam tadi konon-konon tak nak makan nasi waktu malam haa!! ambik kau sekali dah tengah malam mengelupur lapar, padan muka nasi dah habis so yang tinggal keropok je, belasah je lah asalkan tak tidur sambil perut buat konsert free kan.. :p bangun je pagi ni hantar baba pergi office and sempat breakfast dekat gerai nasi lemak Tangling, mula-mula nak makan roti bakar je tapi tengok je nasi lemak terus perut start mengeluarkan bunyi, hehehe!! Tak boleh jadi kalau macam ni, masa time kerja dulu dayah boleh control makan tapi bila duduk rumah ni jangan harap nak control control, nak nak bila mama masak lauk favorite *almost everyday lauk favorite kot, haishh!!* so cepat-cepatlah dapat kerja, raya nak dekat dah ni..Eh!! kena mengena ke?? ohh!! fahamkan Hari Raya tak kan nak nampak XL size haruslah turun at least L size..*macam tak bersemangat turun dari XL ke L tapi jadilah dari tak turun langsung.. :P


Baiklah punyalah panjang mukadimah yang tak ada langsung unsur-unsur macam nak berdiet kembali tu kan, sebenarnya entry kali ni adalah entry kami sekeluarga makan sebanyak 3 kali dalam masa yang singkat dan sekali di waktu malam so tak relevant langsung mukadimah tu dengan isi kandungan entry kali ini..Tak ada langsung isi penting tentang mahu berdiet kembali tapi unsur-unsur untuk menambahkan lagi berat badan tu ada, hehehe!! :)


Ceritanya macam ni, last 1 month yang lepas *okay!! cerita dah hampir-hampir nak basi tapi belek-belek expiry date okay!! boleh lagi, hehehe!!* Kitaorang telah dikejutkan di awal pagi oleh mama supaya bersiap sedia untuk ke klinik yang terletaknya di Setiawangsa sana untuk baba buat medical check-up *ini untuk kegunaan officenya* memandangkan panel kliniknya di Setiawangsa gagahkan jugaklah kami berempat pergi *adoi!! merungut kami bertiga sebab awaitlah jauh bebenar kliniknya, tak ada ke yang dekat sikit yang agak-agak kami berdua tak perlu ikut*..




Nasib baik medical check-up nya tak lah memakan masa yang lama, kejap je..Baba dengan bangga nya dapat je result terus eksyen sebab kadar kolestrolnya rendah kira berada di tahap yang baik, kencing manis dan darah tinggi pun okay!! padahal hari-hari ni minum kopi, kalau sehari tu boleh 5-6 cawan kalau tak di control..Doktor tu siap boleh buat lawak dengan baba bila dia check darah tinggi baba, dia cakap macam ni :

doktor : baguslah you ni..
baba    : kenapa doktor?? *penuh tanda tanya* hahaha!! memandai je entah betul ke tak time ni muka baba macam ni.. :p
doktor : sebab you punya darah tinggi okay!! so you ni tak CEKIK DARAH..
baba    : hahaha!!

Bolehkan cakap dengan patient macam tu, hahaha!! so since baba tak CEKIK DARAH dan kadar kolestrolnya rendah *ada macam iklan nesvita omega plus tu tak??* so baba ajak makan Mc'Donalds untuk breakfast kami yang pertama..Alaa!! Mc'Donalds dengan klinik tu sebelah je pun..

ada fillet o fish, big breakfast, pancakes, 2 coffee dan satu orange juice..

big breakfast for the big one..not me!! ini baba yang order

kegemaran fizah setiap kali breakfast di Mc'D

selalu kalau breakfast Mc'D mesti pilih sausage mc'muffin so untuk mencari kelainan pada hari itu dayah telah memilih ini sebagai ganti.. 



mama tak order apa-apa, dia kongsi makan dengan baba dan anak-anaknya..


selesai..

Selesai menambahkan sikit kolestrol dalam badan, kami heading to KL Sentral pulak..Tujuan pergi sini sebenarnya nak pergi beli ticket keretapi untuk ke Singapura nanti, tujuan nak pergi awal-awal maksudnya ialah nak beli tiket sebulan sebelum pergi adalah kerana dulu kami pernah terkena yang mana tiket sold out so since ini waktu orang cuti so baik kami beli awal-awal sebelum gigit jari tengok sepupu punya album gambar dekat Facebook nanti..Sampai je KL Sentral sepatutnya kaunter KTM berhad dulu yang kami cari tapi semasa jalan nak menuju ke kaunter tu dayah ternampak ini :

sebuah kedai makan yang menarik jugak kalau kami singgah kejap kan..hehehe!!

Padahal baru je breakfast Mc'D tadi..Fizah cakap jalan-jalan cari makan tapi untuk episode breakfast sahaja..

setiap meja dah tersedia menu so tak payah nak mintak-mintak, tinggal nak buka je buat pesanan..

cadang nak minum-minum je, semua complaint dahaga konon..

cop!! ini kopi yang tersalah hantar..

okay!! ini baru betul seperti yang baba order..

tak ingat air apa n tapi rasanyalah green apple juice..

air ni pun lupa namanya..*baiklah lepas ni setiap kali makan harus simpan resit untuk recall nama makanan dan minuman yang dimakan, nanti taklah jadi macam ni lagi* :)

Mulanya memang tak nak order makanan tapi rugi pulak kalau dah datang sini tak try at least satu dish dekat kedai ni kan.. :p

something like danish namanya tapi bukan nora danish..yang 2 dari kiri tu dalamnya ada chocolate dan yang satu lagi tu ada custard..dua-dua sedap, nak-nak bila di-served panas-panas..

kalau tak silap ini macam isi udang yang di buat style bebola, dayah tak makan pun so tak tau rasanya apa..

cubaan bergambar berempat since kedainya mempunyai cermin yang besar macam ni..senyum semuaaaaa!!


setelah beberapa minit berada disini kami bercadang untuk make a move ke kaunter KTMB pulak sebelum sold out lagi tiket..

sampai je dekat kaunter, pekerja tu cakap maaf tiket untuk tarikh yang kami nak tu belum dibuka lagi, haishh!! penat je datang..Selepas beberapa hari kami datang balik baru dapat beli untuk tarikh yang kami nak tu..Alhamdulillah!!

Masa on-the-way nak ke carpark kami tak singgah mana-mana dah sebab semuanya dah dalam kategori perut tegang sebab kenyang so diteruskan perjalanan melintasi beberapa deretan kedai yang menjual bermacam-macam makanan, tak tergoda dengan satu pun tau..hahaha!! Kami tak terus balik rumah sebab mama nak singgah Tesco Ampang kejap, nak beli barang katanya..Selesai beli barang jam pun dah menunjukkan pukul 1 tengah hari, time untuk lunch..Hehehe!! kata tadi dah tegang perutkan?? tapi bila sampai je kedai mamak ni semua lapar balik TAPI tapi dayah tak makan okay!! tak caya?? 


dayah minum air suam je tau..tu yang paling hujung sana tu..

pinggan fizah..

pinggan mama dan baba..Nak cukai sikit pun tak boleh sebabnya dua-dua ambik lauk sotong, ratah kuah kari jelah, see dayah tak tipu, meman dayah tak makan apa-apa pun minum air je itu pun air suam.. :) 

Selepas selesai segala urusan kami pun pulang ke rumah, setelah breakfast sebanyak 2 kali dan lunch sekali *itu nasib baik sekali je* kami decide tak mahu keluar sampai makan malam maksudnya tak ada sebarang kuih-muih untuk minum petang, duduk dalam rumah diam-diam sampai perut dah berbunyi baru keluar rumah cari makan..

Malam kami ke bangsar pulak untuk makan malam..Ada satu gerai ni baba, mama and fizah dapat discover masa dayah tengah kerja sebenarnya, sementara diorang tunggu nak pick-up dayah diorang ronda-ronda bangsar and terjumpa dengan gerai ni, dan terus lepas tu jatuh hati sebab masakannya yang sedap dan harganya pun tak mahal sangat..Since daripada hari tu kalau nak cari tom yam yang sedap, kueh teow goreng basah yang sedap, nasi goreng kampung yang pedas kami akan datang sini..Dayah tak taulah nak bagi landmark nak ke gerai ni kot-kotlah u olls teringin jugak nak try kan, gerai ni agak tersorok sikit so kalau agak-agak u olls nak try just tanya je lah eh!! dengan dayah, insyaallah dayah boleh bantu.. :) Malam tu semua teringin nak makan tom yam so kami order tom yam dan rakan-rakan yang sepadan dengannya..

sebelum tu air orange menjadi pilihan kami bertiga, baba macam biasalah dengan kopinya, tak payahlah petik gambar eh!! sama je air kopi semuanya..

tom yam campur..

telur bungkus..

ikan kembung goreng..

sayur campur..

separuh masa yang pertama..

separuh masa kedua, hampir-hampir selesai..

burpp!! Alhamdulillah selesai sudah semua lauk pauk ni kami makan.. :)

Antara wajah-wajah kekasih yang menghabiskan kesemua makanan di atas ini :

tak toleh kiri kanan..

at least pandang ke kiri.. :p muka happy selepas makan..

Dah sampai disini sahaja cerita yang ingin dipersampaikan, hehehe!! cukuplah buat diri ini lapar balik bila tengok semua gambar makanan diatas..Adakah u olls pun rasa begitu?? TAK??!! okay!! nampaknya dayah seorang je yang gemuk dalam blog ni, hahaha!! 

Baiklah lepas ni entry masa dayah di Singapura pulak eh!! nak kena edit balik gambar sebab banyak sangat so pilih-pilih kasih je mana yang nak upload dalam ini..Tunggu ye!!

Tengah hari ni tengah fikir nak makan apa..hehehe!!


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...