2/01/2011

Yeah!! Yee Sang

Yeah!! tadi petang for the first time dayah makan Yee Sang..Sebelum ni selalu tengok je dekat supermarket kalau during CNY mesti berlambak-lambak Yee Sang ni dijual dekat supermarket..Tak pernah terlintas difikiran nak beli sebab tak payahlah nak sibuk-sibuk berebut-rebut dengan kaum yang lebih memerlukan daripada kita yang melayu ni kan..

So tadi ada sesi CNY Tea-Party *company ni memang pemurah kalau bab makan, makan je kerja nya, krismas makan, CNY makan, hari raya makan, trainning orang sibuk training kitaorang yang kenyang* so nama pun CNY so haruslah ada Yee Sang sebagai penyeri majlis, yee sang kan warna warni so haruslah berseri majlis itu tadi..hehe!! 


Serba sedikit tentang Yee Sang ni eh!! 


Yee Sang ialah sejenis salad ikan mentah. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain.."yusheng" diterjemah menjadi "ikan mentah"  namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan..


Yee sang dimulakan di Kuala Lumpur kira-kira pada awal 1950-an, sebagai hidangan yang disajikan hanya selepas hari Tahun Baru Cina apabila restoran dibuka semula, dan restoran menyajikan hidangan ini sebagai pembuka selera untuk memupuk 'tuah' untuk tahun berikutnya. Kini, "Lo Hei"(melambung yee sang) ialah satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura yang mana saudara-mara berkumpul di keliling meja lalu melambung cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila disuruh, sambil melaungkan ucapan untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur.

Ramuan-ramuan biasa termasuk: ikan salmon segar, daikon (lobak putih), lobak merah, cili kembung, halia, kaffir lime leaves, parsli Cina, potongan kacang tanah, biji bijan bakar, keropok udang Cina (atau udang kering goreng), dan tepung lima rempah. Kuahnya diperbuat terutamanya daripad sos plum.



-thanks to wiki untuk informasi Yee Sang ni - *macam nama si pria itu lah*


Sebelum ni, dayah tau tengok je and tengok je orang makan, Tapi tidak sekarang apabila dah baca serba sedikit tentang Yee Sang ni..


Kira Hi-tea time tadi semua dijemput cuma ada yang attend ada yang tak, kalau dayah memang rugi KALAU TAK ATTEND..hahaha!! tak kisah kalau tak dapat makan asalkan dapat join diorang gelak-gelak pun dah okay!! apa punya gila budak seorang ini..:) *nak menunjukkan bahawasanya dia bukanlah 'pak lantak'*


Beberapa keping gambar orang dan suasana persekitaran yang sempat dayah snap untuk tatapan u olls..Siang-siang nak mintak maaf *kalau baca waktu malam tukar words siang tu okay!!* gambar tak berapa clear sebab pakai handphone je itu pun tak stabil pegang sebab kata tengah makan haruslah tangan penuh..


meje sedang disiapkan..

hi-tea so tak banyak makanan yang dihidangkan, main nya Yee Sang lah..

inilah Yee Sangnya, dari Sakae Shushi..

tetamu semakin ramai..

para bos ready untuk melambung yee sang, masa ni macam-macam wish terkeluar termasuk bonus.. :)

lambung-lambung..

mark : is it nice??

tommy : just give it a try mark, let me do it first, nyumm!!

makanan yang diseludup oleh kami untuk rakan-rakan yang tak sempat menghadiri hi-tea tersebut..hehe!! 

Balik office sambung buat kerja yang ala-ala tak nak buat sebab jam dah pukul 5:30 kot, nak balik tapi baba fetch pukul 6:30..arghh!! apa perlu buat ni, dah lah ramai yang dah angkat kaki balik, so dayah pun memulakan blogwalking lagi *asal dekat office mesti nak buat kerja ini* 

Sementara tu tiba-tiba dayah dikejutkan dengan pemberian ang pau..Ohh!! terima kasihlah kepada orang yang sudi memberi ini.. :) Semoga Ong you tahun ni..

ong ong!! 

Sekian..

p/s : pertumbuhan ulser sekali 2 dalam mulut adalah sangat menyeronokkan sebab rasanya sakit-sakit best..
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...