10/18/2011

Kegilaan terhadap SUJU

Assalamualaikum dan Selamat Pagi/ Malam semuaa.....


Baiklah sebelum lagi lama dayah tersadaikan blog ni baik dayah activekan balik..Kesian dekat ada orang tu sepuluh kali mintak tolong update tapi tak berupdate-update..Cerita boleh dikatakan berderet jugak ni tunggu giliran tapi itulah kesian blog ni dapat tuan yang lately ni jadi pemalas inilah jadinya, hehe!!


Sebenarnya dayah nak update masa bulan puasa lagi, tapi asalkan buka je mouse tu tergerak sendiri untuk close page ni *kejam sungguh tikus ini* hehe!! :p dah kalau macam tu memang jawabnya tak adalah berupdate..Lagi pun kalau nak ikutkan bulan puasa lepas dayah agak busy jugak, bukan busy dengan kerja office tapi busy dengan buat tempahan kuih raya, almaklumlah orang ni tengah berjinak-jinak nak jadi businesswomen, eh!! Alhamdulillah permintaan memberansangkan walaupun hanya 2 jenis je yang dayah mampu nak buat..Terima kasih kepada yang sudi menempah :D..


Hari ni dayah nak update tentang kegilaan dayah terhadap K-POP dan kegilaan yang melampau terhadap group SUPER JUNIOR..Kalau sebelum ni dayah bukanlah minat pun dengan group ni tapi masa bulan puasa yang lepas entah macam mana minat nak meminati group ni datang secara tak sengaja, gejala ini berlarutan sampailah sekarang ni *terasa macam tulis esei zaman sekolahlah* rasanya sekarang ni tahap dah agak kronik jugak, mana taknya sanggup ni berhabiskan duit beli semua majalah yang ada cover muka diorang ni..ishh!! lepas tu tak termasuk lagi dengan DVD and coming soon ni nak beli album terbaru dorang pulak *yeah!! Mr Simple Version A dah habis dijual but nevermind ada supplier yang sanggup tolong belikan, hehe!!* dapat gaji ni nak beli version B and C dulu sebab 2 versions ni still ada dekat Malaysia, dayah dah buat survey sampai ke KLCC, nasib hari tu pergi KLCC tak berduit banyak kalau tidak mau beratus-ratus habis dekat CD je, hehe!! 


Lepas tu kalau dekat twitter jangan cakaplah, orang yang dayah follow semua ada berkaitan dengan Super Junior..Reason dayah follow diorang tu semua sebab nak update myself everyday dengan news diorang.. :) Tak termasuk lagi dekat FB, hansphone, MP3, ahh!! habis semuanya Super Junior..Tapi itulah kesian sikit, orang dah minat group ni lama, tapi dayah baru terhegeh-hegeh nak minat, ermm!! :/


Layankanlah 2 lagu paling favorite dayah untuk ketika ini :




MR SIMPLE :


Jangan main-main lagu ni ayah dayah minat giler okay!! kalau dalam kereta dengar dia yang tolong kuatkan radio.. :)


A-CHA


Setiap kali kalau dengar lagu-lagu ni mesti rasa macam nak menari-nari, hehe!! Baiklah nanti kalau ada apa-apa update tentang SUJU dayah pastekan dekat sini.. :D


Baiklah next entry dayah update masa dayah and family ke Penang ye!!

Terima kasih kerana menjadi pembaca :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...