1/27/2011

Petang :


  • Lunch seperti yang digembar-gemburkan tadi, makan pegedel dengan sambal belacan, dasar jawa kan?? haha!! tapi boleh tahan okay!! walaupun tak sesedap macam mama buat yang banyak daging tu tapi bolehlah bila berjauhan dengan mama buat sementara waktu ni..Lupa nak bagi tau yang ni pegedel berperisa ikan, memandangkan ikan tu taklah semahal daging makanya ikan dia terasa lebih berbanding kalau kita makan pegedel yang campur dalam soto tu, semata-mata ubi kentang celup telur..save cost!!
  • kan dayah dah bilang dari pagi tadi bahawasanya hari ni tahap mengantuk memang agak luar biasa sikit tu lah pasal diet quaker oat tak boleh diguna pakai tengah hari tadi..* I need an energy so kena makan something yang bertenaga sikit, bertenaga ke menambahkan lemak macam tu haa??!! mungkin kalau bagi pun hanya kejap tadi je, lepas tu kembali balik rasa mengantuk yang teramat sangat, mari tengok mataku yang bengkak ni..Jadinya, mengikut kata-kata orang kopi ni bisa menghilangkan ngantuk kan, so tadi buatlah resepi sendiri eh!! iaitu esperesso campur coffee with sugar..Sekali bila rasa haaa!! ambik kau, tak boleh minum langsung sebab ya allah pahitnya, patutlah espresso tu kalau beli sikit je kan dia bagi, dia punya kaw tu sampai hirup sikit guna sudu pun lepas tu terus segar biji mata ni..Ada balance ni tak boleh nak habiskan, mau tak tidur sampai esok pagi, jadi baiklah kiranya kita sedekahkan aja 'air campur' tu ke sinki..So lepas ni recipe ni di reject!! tak boleh guna pakai tapi kalau yang memang sukakan pahit tahap maximum bolehlah try.. :)
  • saya dah terjatuh cinta ni dengan okay!! bukan orang but ehh!! adalah, bulan ni kalau ada rezeki aku mahu memilikimu satu.. :) dah ada dalam simpanan nanti bakal ditunjukkan disini..

Apa yang dihajati tak kesampaian

Sedih bila kirim dekat kawan nak makan samosa ada ke patut makcik tu bilang kena tunggu pukul 3 petang baru ada, ehh!! orang nak makan samosa ni waktu lunch bukan minum petang nanti..Terpaksalah re-order balik, kali ni tak tau nak makan apa yang boleh sama ala-ala samosa jadinya fikir-fikir haa!! mentol keluar, kali ni kita makan pegedel ikan campur sambal belacan..Okay!! nampak macam duduk pendalaman punya makanan je tapi serious sedap weh!! cubalah..

Ini yang selalu terjadi tau setiap kali apa yang kita tak nak punyalah berlambak-lambak depan mata tapi bila kita teringin sekali nak cuba mesti tak adalah, kulit samosa habislah *tesco banyak jual, last week ternampak*, minyak tak ada stoklah..Ishh!! macam-macam..Takpe-takpe mungkin tak ada rezeki hari ni..Esok pulak..ehh!! esok mengikut jadual makan quaker oat je..

Selamat makan tengah hari u olls, I punya makanan dah sejuk tu atau dia memang dah sejuk.. :)

Status FB

Pagi :

  • tahap mengantuk pada hari ini adalah di tahap yang sangat teruk yee!! lepas dah minum kopi 'o' kaw pun still mengantuk lagi, nak ambik espresso macam takut pahit sangat kang..Rasa macam nak je tidur duduk depan pc ni..
  • rasanya pagi tadi bangun secara mengejut kot tu yang otak dari pagi tadi sampai nak dekat lunch ni tak center center lagi..Kerja yang punya senang boleh silap buat, nampak sangatkan?? hehe!!
  • rasanya ramai yang dalam office ni berada dalam keadaan blur, bila tanya lama baru dapat jawab sebab apa yang kita sampaikan lambat sangat ditafsirkan oleh otak..
  • tengah hari ni lunch nak makan samosa tapi satu je bagi tenaga sikit..okay kan??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...