7/15/2010

2nd Trip to Perth, Australia Part 1

Dah genap sebulan dayah balik dari Perth, Australia baru hari ni nak update cerita semasa kat sana..Kali ni masuk kali kedua kami berangkat ke Perth..Ramai gak yang tanya asal korang asyik pergi Perth je, pergilah Melbourne pulak ke, Sydney ke (oppss!! sini belum boleh pergi lagi sebabnya AA belum buat flight ke sini lagi) or Gold Coast ke kan asyik pergi Perth je..Okay meh dayah terangkan why kami 2 kali pergi sini..Yang pertama, flight ticket nak ke Perth lagi murah berbanding dengan Melbourne, Sydney or Gold Coast..Yang kedua, salah satu negara di Australia yang menyediakan bus free dalam town (boleh jimat wang transport)..Yang ketiga, kami suka bandar dia yang tak crowded sangat, lagi pun Perth ni tak mempunyai ramai penduduk..Haa!! itulah antara sebab-sebabnya kami tak jemu-jemu nak pergi Perth..In fact next year kami dah planning nak cuba beraya pulak disana..=)

Okaylah back to my trip ke sana..Macam biasa nak booking flight ticket AA ni kenalah booking setahun dulu kalau nak dapat murahlah so baba dah booking ticket ni since bulan July last year lagi..Kali ni kami mempunyai strategik baru dimana baba hantar kami 2 beradik dulu ke KL Sentral dengan semua beg yang bakal dibawa lepas tu baba and mama datang kemudian naik teksi so no extra chargeslah for luggage kan..hehe!! bagus tak idea kami?? Pukul 4:30 kami dah gerak ke KL Sentral dulu, by the time tunggu mama and baba adalah jugak dalam 1 jam 1/2..Kami memang saja keluar awal rumah sebab takut jugak kalau-kalau jalan tiba-tiba jem ke, bus nak ke LCCT tak ada ke kan so better keluar awal walaupun flight pukul 12 tengah malam..:-p


sementara tunggu baba and mama datang..

apalagi kita bergambarlah..

akhirnya mereka pun tiba dengan muka yang ceria..

Bus pun senang je sebab banyak yang sedang menunggu tinggal untuk naik je..Kali ni baba pilih nak naik Aerobus walaupun dulu ada experince yang taubat tak nak naik lagi..Tapi kali ni pemandu dia baguslah bawa pun cermat je..Pukul 6 petang tepat kami bertolak dari KL Sentral menuju ke LCCT..Perjalanan mengambil masa 1 jam je..Sampai je LCCT macam biasa kena singgah food court dulu lagi pun bus berhenti dekat dengan food court kan..hehe!! Kita isi perut dulu..Kami cuma beli air, nasi satu pinggan and cream puff je sebab sebelum tu baba ada masak dekat rumah so ada lah bawa bekal sikit..





muka yang tak pernah tak excited..hahah!!

cream puff, nasi tak sempat nak snap baba dah makan..

Lepas makan kami duduk-duduk jap sementara nak tunggu masa untuk check-in..Since masa kami pergi ni World Cup baru start so dekat lobby LCCT tu adalah disediakan banyak jugak tv untuk pengunjung tengok bola sementara tunggu flight and tunggu masa nak check- in..Ada jugak replika bola and pertandingan disediakan..Kami sempat bergambar dekat replika bola tu..=)


tempat yang disediakan untuk pengunjung menonton WC, siap ada tempat duduk tapi terhad je..

Fizah pilih portugal

Dayah pilih england..

Haa!! malam tu tak ramai sangat orang dekat LCCT mungkin sebab esoknya hari berkerja dan satu lagi flight malam tak lah banyak sangatkan berbanding siang..Time untuk check-in, mari kita hantar beg-beg yang gabak ni..hehe!! Pukul 9 kami dah start beratur sebab takut nanti long queue kalau lambat tapi nasib baik line yang kami pilih ni cepat..So tak sampai 1/2 jam dah selesai..=)


tak ramai sangat yang nak ke Perth..masa dalam flight pun banyak seat kosong..

Masih ada banyak masa lagi nak tunggu kan..adoii!! dahlah tak sabar ni nak naik flight..hahaha!! Tunggu punya tunggu sambil tu apa lagi kita belanjalah, lagi pun dekat dalam tu cafe jual makanan sedap-sedapkan..hahaha!! akhirnya penumpang untuk ke Perth di panggil untuk ke Boarding area sebelum tu pasport kami di check lagi sekali siap ni boleh borak-borak jap dengan pegawai tu..hahaha!!

dulu pun gate yang sama jugak..

yeah!! its time utk naik flight, maaf gmbr kabur sebab masa ni tengah berjalan..

masa ni FA kat depan tu tengah bagi instruction untuk mengunakan seat belt..

pukul berapa nak sampai ni??

Selepas 5 jam duduk, bangun, tidur, terjaga akhirnya kami selamat sampai sekali lagi di bumi Perth, Australia..=) Kali ni nasib kami tak baiklah sebab kalau masa first time datang beg kami tak di check langsung tapi kali ni kena, nasib baik satu beg je sebab dayah ada bawa perencah nasi goreng tapi tak declare..Pekerja tu marah lah jugak kami sebab tak declare that thing, dia cakap next time make sure you declare this okay, muka garang gila..

Sambung next part pulak ye sebab dayah dah aaaaa!! ngantuk nak tido..=)

p/s: today dayah ada interview sebenarnya tapi mata tak boleh lelap..nervous barangkali..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...