Cerita yang punyalah panjang sampai berpart part dibuatnya, padahal cuti ke Singapore hari tu pun just for 4 days je, dah macam pergi sana 4 minggu :) Baiklah sambungan daripada entri yang lepas, memandangkan kami dah terlepas nak ke Waterworld masa masih lagi berada dalam area The Lost World so lepas tengok movie 4D kami terus ke Waterworld tapi sebelum tu kita ke sini dulu :
ini adalah area mahu ke tandas, memanglah tengah syok bejalan-jalan di USS ni tapi jangan lupa untuk ke tandas jugak, kang ada yang kena batu karang.. :p
memandangkan kita di area budak-budak so stall yang ada dekat area ni pun attractive sungguh, cukup untuk membuatkan mak ayah pening bila anak tarik-tarik tangan nak suruh belikan apa yang dijual.. :)
kalau tak silap dayah kan yang belakang tu ada jual ice cream cone, sebab setiap yang beratur balik je mesti pegang satu cone ice cream..
baiklah kita masuk balik eh!! tadi dah terlepas..
- kalau u olls nak tengok show di Waterworld ni make sure u olls tengok waktu-waktu ditayangkan jangan main redah je eh! masuk, so kebetulan masa kami patah balik ni lagi few minutes show nak start, kalau tak ada yang balik dari USS ni lambat sebab nak tunggu for the next show..
sedang beratur menunggu masa untuk pintu dibuka..
this is live stunt show, best hokey!
memandangkan baju hujan yang dibeli masa di Jurassic Park masih boleh di recycle kan *even sekarang ni pun masih elok lagi dan tersimpan rapi di bilik* so kami bercadang untuk duduk di area splash which is paling bawah sekali..
mula-mula pilih atas sikit lepas tu selepas berbincang-bincang dengan fizah dan memandangkan kami belum mandi petang lagi so apa kata kita duduk di bawah so kalau ter-splash air nampaklah macam mandi sikit kan.. :p
Sebelum show start ahli stunt man ni semua berborak-boraklah dengan semua pengunjung sambil dia splashkan air dekat kami-kami semua..Sebenarnya orang yang duduk dekat atas paling teruk kena simbah dengan diorang ni, siap dia jirus satu baldi atas kepala orang, hahaha!! So memandangkan kami dua beradik berbaju hujan so dia agak marah habis belakang dayah di attack dengan pistol air, hahaha!! tak basah pun.. :p Show ni pun antara yang paling best, stunt stunt yang ditunjukkan fuhyoo!! best giler *dahlah hero dia handsome* so masa show ni berlangsung sesiapa yang duduk bahagian splash memang teruk jugaklah kena air so be ready guys kalau nak ke sini ye!! :)
tengok tahap kebasahan di baju fizah, ini nasib baik ada baju hujan kalau tak lenjun jadinya, balik tak payah mandi dah.. :p
ini antara stuntman yang beraksi, homaigod!! dayah paling suka yang mencekik dayah tu, hot nak mamps bila dia beraksi, tengok je otot tangan dia, sekali lagi HOMAIGOD!!
haa!! part ni yang sangat frust sebab lagi beberapa orang je tinggal untuk bergambar dengan hero dan heroin nya sekali orangnya cakap sorry diorang nak kena bersiap for another show, so melepas tau nak bergambar dengan heronya yang homaigod!! jugak hotnya, nak-nak masa dia bawa jet ski..*pengsan*
it's a wrap, eceh eceh!! macam buat filem je.. bye bye handsome handsome..
Baiklah mari kita teruskan lagi perjalanan ke bahagian lain pulak :
ini masih di bahagian Far Far Away..
masa ni shrek baru je keluar, melepas nak bergambar bersama..tsk tsk!!
Bila belek-belek brochure kami perasan ada satu lagi ride dekat area Far Far Away ni..Nampak ala-ala kebudak-budakkan tapi ride ni boleh tahan jugak lajunya cuma tak lah extreme sangat..
beratur untuk menaiki ride Enchanted Airways, *felling macam nak naik kapal terbang* :p
satu-satunya ride yang memerlukan kita membeli tiket..
laa!! mati kemabukkan pulak si penjaga kaunter ni, hehe!! :p
check jadual untuk departure..
ride ni pun dayah jerit jugak padahal taklah teruk sangat extremenya..hehe!!
Kalau sebelum ni agak aksyen cakap tak nak makan, kalau pergi makan rugi masa terbuang sekali bila dah agak petang baru tau semua kebulur nak makan, hehe!! lagi pun tinggal few area je nak cover lagi so kami decided untuk singgah makan disini :
Restaurant ni bahagian Madagascar..
tak ada orang pun masa kami masuk ni, so tak payah bersesak-sesak untuk memilih apa yang ingin di order..
tak silap ini roasted chicken, sedap gilor okay!! makanan ni dayah kongsi dengan fizah..
popia dan spring roll, baba dan mama kongsi bersama..Okay!! nampak tak disini yang kelaparan bagai nak rak adalah anak-anak mereka ye!! :p mama dengan baba simpan perut untuk malam nanti..
kalau saja dulang ni dijual dayah beli kot buat alas minuman di rumah kalau tetamu datang..hehe!!
selesai!
masa untuk ke kedai merchandise..
masuk untuk mencuci mata..
dan jugak bergambar..
Di bahagian Madagascar ni ada 2 attraction yang satunya coming soon tapi tak taulah kalau sekarang ni dah open for public dan satu lagi dayah tak sure sangat ridenya, mungkin more to budak-budak kot..
- WE MOVE IT MOVE IT, WE MOVE IT MOVE IT *semangat lagu MOVE IT MOVE IT* -
kalau nak bergambar dengan characters Madagascar bolehlah kesana tu tapi dayah malas so kita petik dari jauh je sudah..
Baiklah habis dah round kesemua attraction yang ada di USS ni, itu pun dayah rasa ada lagi yang tak lengkap tapi takpelah asalkan puas hati dapat jejak ke sini, best gilor!
kembali ke pangkal jalan setelah penat membuat pusingan..
muka pun dah keletihan..
ini adalah cinamon stick dibeli di kereta hijau yang mama dan baba bergambar tu, seriously kalau u oll kesana cubalah ini sedap gilor, lembut rasa manis plus rasa cinamon..perghh!! ada sesiapa nak ke USS?? nak kirim.. :)
muka masing-masing dah comot..
Sebelum balik kami singgah di beberapa kedai souvenir untuk membeli apa yang patut *alaa!! beli fridge magnet je pun* hehe!!
masuk-masuk je macam-macam candy dan chocolate ada dijual, ingat ye! ni bukan Langkawi.. :p
lepas kedai jual candy tu masuk dalam sikit haa!! jumpalah kedai ini..Dah macam dekat Hollywood rasanya..
tibalah kita ke acara academy award dan pemenangnyaaaaa...*drum roll*
Hidayahsalleh for the best sister.. *wink*
muka comot masing-masing di dalam cermin!
dah macam dekat Hollywood betul-betul rasanya, takpe feeling feeling sikit..
kitaorang ke Universal Studio Store pulak..
kitaorang beli fridge magnet disini, wajib keluar USS ni dengan souvenir yang bertulis Universal Studio Singapore.. :)
waktu ni dah hampir maghrib dan orang semakin ramai so kami harus mengundurkan lah ye! diri ini untuk bagi chance dekat orang lain melawat USS pulak..
- Kalau tak silap dayah hari biasa USS ni tutup awal dan kalau waktu school holiday or public holiday tutup pukul 9 malam macam tu kalau dayah tak silap -
bye bye! USS insyaallah kalau ada rezeki kita masuk lagi hokey!!
baba dah call sepupu dayah masa kami dalam US Store lagi..
jadi kita tunggu jelah eh!! sepupu dayah datang ambik, hehe!! dia memang insist nak ambik okay! cakap nak naik MRT dia tak bagi..
Tunggu dalam beberapa minit je sepupu dayah pun sampai, kami terus balik rumah dan malam tu nak keluar lagi..Next entri dayah bercerita eh!!