PERTH merupakan bandaraya yang agak tenang sikit, mungkin tak semeriah atau sesibuk MELBOURNE and SYDNEY dan pada waktu malam memang dah sunyi..Pukul 0830 or 0900 kedai semua dah tutup and kereta pun dah tak ada yang lalu lalang sangat..Dekat sana tak ramai yang gunakan kereta sebab diorang lagi prefer naik pengangkutan awam and jalan kaki and some more bas dalam bandar di PERTH kira lebih kurang macam rapid kl tu free, yeah!! free..ada bas yang berbayar jugak mungkin yang itu jauh sikit kot destinasi nya..bas - bas yang free kat sana terdiri dari YELLOW CAT, RED CAT, and BLUE CAT..apa yang dayah kagum bas disana semuanya mesra OKU, and tempat duduk purity bagi dekat warga emas and walaupun bas ni free tapi condition dalam bas ni sangat baik and bersih..Di PERTH juga ada train, kalau di sini tu macam komuter..Sama macam bas, mesra OKU and kalau penumpang yang ada bawa basikal boleh bawa masuk dalam train, disediakan sekali tempat untuk stand kan basikal..Harga train ni ikut zon, dayah kurang arif sikit part ni sebab confius sikit..Masa kitaorang nak beli ticket untuk ke FREMANTEL agak confius jugak sebab tak tau zon apa yang perlu guna..
28 october 09kalau sebelum sebelum ni kalau kitaorang naik flight selalunya kitaorang akan bawa kereta and park di LCCT tapi kali ni bila dikira balik lagi jimat kalau kita naik teksi or bas dari naik kereta sebab parking di LCCT agak boleh tahan jugak mahalnya..Tapi memang convinience lah kalau bawa kereta sendiri..So kali ni we all decided nak naik teksi pulak, kebetulan mama kenal dengan mak cik jual satay ni, husband dia bawa teksi so sewa dari dia ajalah..Lagi pun pakcik ni punctual, janji pukul 0530 tapi dia sampai before 0530, nasib baik kami semua dah siap awal..bertolak dari rumah dalam pukul 0545 and sampai LCCT jam 0700 malam, pakcik tu bawa memang makan angin betullah..Sampai je LCCT first thing first cari kedai makan sebab semua kebulur, mana tak nya pagi tu makan roti je..Mula-mula cadang nak pergi makan dekat food court tapi since nak menapak ke sana tu agak boleh tahan jauhnya dengah troli penuh dengan beg lagi, berat tau!! so decide makan dekat MARRY BROWN je sebab dekat kira depan mata je..
makanan yang diorder oleh kami, 2 nasi lemak and 2 nasi ayam..
muka masing-masing ceria je..
sempat pau mama STARBUCKS..hehe!!
Memandangkan dayah and fizah habis makan cepat so kami pergi ronda-ronda satu LCCT, saja je nak pergi cuci mata, hahah!!..sempat jugaklah fizah beli beg..Lepas dah agak lama duduk dekat MARRY BROWN tu so kitaorang pindah pulak ke dalam bangunan..Masa ni sempat jugaklah dayah, fizah and mama bergambar sementara baba biasalah merokok dekat luar..
di kawasan perlepasan antarabangsa..lengang, dah tak ramai orang..
sempat bergambar dengan pegawai imigresen, hahah!! eh!! bukan-bukan ni mama sayalah..*berangan*
setelah beberapa jam menunggu akhirnya counter dah dibuka, bila nampak je perkataan PERTH tu teruja kami tau..
sila beratur mengikut barisan untuk mengantar beg ye, penuh satu troli..
Selepas dah hantar semua beg masuk kitaorang duduk kejap di tempat tadi sebelum masuk ke boarding area..jam pun masa tu baru pukul 1000..Sebelum tu siapkan semua pasport-pasport untuk imigresen check nanti and fizah seperti biasa kalau pergi overseas dia telah ditugaskan untuk menjaga pasport kami semua..After gone through imigresen semua selamat lah kami sampai di boarding area, masa ni kebanyakkan kedai dah nak tutup iyalah dah pukul 1000 kan..tengah-tengah tunggu nak boarding terasa lapar lah pulak perut ni so dayah pergi beli tea and choc danish walaupun mahal tapi memang berbaloi rasanya..sangat sedap!!nyum nyum..!! lama rasanya tunggu nak boarding..
mama tengah keletihan tunggu, mana tak nya dari pagi berkemas beg, rumah..nak pulak dah tengah malam so semua mata dah layu kuyu je..
akhirnya kami semua yang akan ke PERTH di arahkan masuk ke dalam tempat nak boarding ni, before tu ada lagi pegawai-pegawai imigresen randomly checked our ticket and sempat jugak borak-borak jap..lepas hampir 1/2 tunggu tibalah untuk boarding, tak dapat nak gambarkan excitednya macam mana sampaikan camera beg pun boleh tertinggal dekat seat nasib baik baba perasan before naik dalam flight kalau tidak jawabnya tak bergambar lah kami di sana nanti..
Next part dayah cerita masa dayah and family dah selamat sampai di PERTH..