Sekarang ni tahap kemalasan dayah adalah di tahap yang paling maksima sekali, kalau termometer tu haa!! sampai atas sekali silap-silap hari bulan boleh toinkkkk!! meletuss tau tak..Arghh!! kenapa masa macam slow giler ni, cepatlah pukul 5:30, nak balik ni..Hari ni serious lepas lunch hour tadi terus macam flet habis, sempat sebelum habis lunch hour tadi melelapkan mata sekejap dalam 15 minit *tak memadai*..Ehhh!! cepatlah jam ni, ke jam ni rosak?? Jap, nak check dulu..
Baiklah semalamkan tengah-tengah malam saja jelah on FB, I mean make it myself visible untuk chatting sebab entah saja nak berburak-burak so adalah beberapa orang yang chatting bersama dayah..Yang sorang ni dari Hyderabad, entah apa yang dia merepek pun dayah tak tau, tak habis-habis cakap "you are so hot" "you are so hot" giler ke apa?? okay!! frankly speaking adalah jugak terasa macam wah!! ada orang panggil I hot tapi bila tersedar dari lamunan woii!! aku mana ada hot, tengah kepanasan sebab aircond rosak adalah.. :D So dayah taklah perasantan sangat pun sebab alaa!! biasalah mula-mula nak berborak masa tu lah keluar semua hot lah, gorgeous lah, super duper fucking hotlah dan macam-macam lagi terma-terma yang ingin diorang klasifikasikan diri kita ni..So kesimpulannya ku buat bodoh je sampai dia punya line mati dengan sendirinya..hahaha!! padan muka kau cakap lagi 'hot' 'hot' kan dah 'HOT' kau punya laptop tu yang terus mati dengan sendirinya dah sama macam laptop ku.. :p
Satu lagi, dia ni dayah perasan adalah budak sekolah dayah cuma dulu tak pernah bertegur sapa, kan dah ku bilang dulu diriku ini comot so tak kose orang nak tegur I..hehe!! So bila jumpa balik dekat FB apa lagi haruslah add sebab dah besar kecomotan time sekolah dulu agak berkurangan so bila letak profile picture agak-agak nampak kurus semua time ni nak add baiklah profile picture dayah tak pernah nampak hot pun walau sekalipun so jangan terpedaya sangat eh!!.. -_- *serious dayah tak pernah add diorang but diorang add dayah okay!! nak budget dia ni hotlah kunun-kunun baiklah TAK OKAY!!* hekhekhek!! So sebelum ni kan kalau dia start chatting always be like this :
si dia :hi wat pew tu?? *nasib tak kena penamparkan??*
dayah : chatting
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ini adalah tahap kelamaan dia nak tulis another ayat, kemudian tu :
si dia : kat mane tu??
dayah : rumah
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Okay terus tak balas sampai lah dayah offline..
Second time dia chatting pun macam ni jugak, third time pun sama jugak *tak payahlah buat conversation tu eh!! sebab kang u olls confirm muak sama je soalan dan jawapan seperti diatas tu.. :) So I think semalam untuk ke empat kali kot dia start chat, dan yang ayat paling tak boleh blah ialah :
si dia : hi syg tgh wat pew tu??
pause sekejap..........................................................................................................................
lepas tersedar dari kaku seketika, gelak jap......................................................................
lepas tu baru balas..
dayah : ni kenapa tiba2 panggil sayang?? salah orang ke?? *rasa nak muntah pun ada* :)
si dia : np tak boleh ke??
dayah : takdelah tak pasal-pasal panggil orang sayang ni knp??
si dia : ok,dekat mana ni?? *entah apa yang okay!! pun tak tau*
dayah : malam-malam buta macam ni ada dekat rumahlah..
Baiklah terus tak jawab sampai lah dia offline..
So kesimpulannya janganlah baru 4 kali chatting terus panggil sayang ehh!! geli dengar okay!! Adakah dia berharapkan dayah balas balik "iya, sayang, sayang ni tengah chatting dengan sayanglah" memang TAK LAH YEE!! NAK JAWAB SEBEGITU RUPA..
p/s : malam ni nak ajak mama,baba, fizah pergi tesco beli eno.. :D
Selamat hampir-hampir tengah hari semuaaa!!
Hari yang masih lagi busy, pening dan mari kita berehat sebentar bersama bukan kit kat tapi blog..hehehe!! Dayah tengah menahan mata dengan lidi daripada mengantuk yang terlampau ni *inilah dia kalau orang kaki tidur bila berkerja* :D
Semalam dayah pergi rumah my cousin kejap lepas tu balik singgahlah kedai mamak yang berdekatan nak minum-minum sekali kan buat pertama kali seumur hidupku dayah minum LIMAU PANAS..hahaah!! pecah rekod dunia tu tak pernah pernah dayah order limau panas tapi malam tadi terasa semangat untuk kurus tu datang menderu bak angin bayu terus menyapa wehhhhh!! bangun.. :D ohh!! maaflah ayat-ayat tadi tu adalah ayat mengigau tapi yang order limau panas tu benar ehh!! Mama sampai cakap "kau betul ke nak yang panas ke ais punya??" "Ma, betullah panas punya" bukan mama sahaja yang terkejut tapi fizah lepas ambik order siap tanya "kau nak jaga suara ke nor?? aku terperanjat dengar kau order limau panas" dayah reply dengan menjerit ala-ala Mariah Carey gitu *menjerit secara perlahan ye sila maklum* Tapi serious muka fizah memang muka lagi terkejut daripada mama.. :D Mama suruh order makanan pun dayah refuses sebab waktu masa tu dah agak ke tengah malam so mana boleh MAKAN AFTER 8 MALAM..heeee!!
Nampaknya starting yang agak memberangsangkan untuk berdiet secara hemah mulai bulan ini dan seterusnya..So keep it up dayah, ehh!! bukan keep it up teruskan minum air limau panas tapi teruskan usaha tu..Usaha tangga kejayaan dayah, ingat tu.. :)
Cerita pasal limau panas ni kan dulu kawan dayah dia punya housemate gila nak kurus cepat padahal badan dan kurus melidi but still tak puas hati *wehh!! aku lagi tak puas hati bila kau cakap macam tu sebab terasa I gemuk okay!! hekhekhek!!* so every morning, every morning okay!! before eat anything dia akan buat satu gelas air limau panas ni, and limau bukan sikit-sikit haaa!! ambik kau satu plastik tu setengah limau untuk dia sahaja..Kitaorang yang gemuk-gemuk ni tengok pun takut tau iyalah pagi-pagi kau minum air limau kau tak takut ke nanti kena ulser perut ke gastrik ke, dulu dayah pernah minum limau ais depan baba pun kena tegur cakap nanti kau punya perut sakitlah padahal depan mata tengah mengadap satu pinggan nasi lauk ayam ni.. :) So bila tengok dia macam tu rasa menakutkan pulak cara dia berdiet, itu kurus memang kurus tapi the end of the day masuk hospital terus, sebab cara diet tu tak seimbang langsung..Dia tengah hari pun bantai minum air limau, ibarat macam mineral water jadinya..haishh!! melampau tu, tak taulah kalau makan lepas tu dia muntahkan balik nanti jadi macam anorexia..Jangan wehh!! badan kau dah okay tu!! kang kurus kering melenting dah tak cun..hehe!!
Jadi berdietlah secara sihat ye kawan-kawan..Baiklah saya mahu pergi lunch makan Quacker oats lagi hari ni, lately ni asyik dengar, baca, tengok iklan Quacker oats, perli ke apa..Tapi takpe asalkan jantung I sihat..Okay!! byeeeeee!!