Limau Panas
Selamat hampir-hampir tengah hari semuaaa!!
Hari yang masih lagi busy, pening dan mari kita berehat sebentar bersama bukan kit kat tapi blog..hehehe!! Dayah tengah menahan mata dengan lidi daripada mengantuk yang terlampau ni *inilah dia kalau orang kaki tidur bila berkerja* :D
Semalam dayah pergi rumah my cousin kejap lepas tu balik singgahlah kedai mamak yang berdekatan nak minum-minum sekali kan buat pertama kali seumur hidupku dayah minum LIMAU PANAS..hahaah!! pecah rekod dunia tu tak pernah pernah dayah order limau panas tapi malam tadi terasa semangat untuk kurus tu datang menderu bak angin bayu terus menyapa wehhhhh!! bangun.. :D ohh!! maaflah ayat-ayat tadi tu adalah ayat mengigau tapi yang order limau panas tu benar ehh!! Mama sampai cakap "kau betul ke nak yang panas ke ais punya??" "Ma, betullah panas punya" bukan mama sahaja yang terkejut tapi fizah lepas ambik order siap tanya "kau nak jaga suara ke nor?? aku terperanjat dengar kau order limau panas" dayah reply dengan menjerit ala-ala Mariah Carey gitu *menjerit secara perlahan ye sila maklum* Tapi serious muka fizah memang muka lagi terkejut daripada mama.. :D Mama suruh order makanan pun dayah refuses sebab waktu masa tu dah agak ke tengah malam so mana boleh MAKAN AFTER 8 MALAM..heeee!!
Nampaknya starting yang agak memberangsangkan untuk berdiet secara hemah mulai bulan ini dan seterusnya..So keep it up dayah, ehh!! bukan keep it up teruskan minum air limau panas tapi teruskan usaha tu..Usaha tangga kejayaan dayah, ingat tu.. :)
Cerita pasal limau panas ni kan dulu kawan dayah dia punya housemate gila nak kurus cepat padahal badan dan kurus melidi but still tak puas hati *wehh!! aku lagi tak puas hati bila kau cakap macam tu sebab terasa I gemuk okay!! hekhekhek!!* so every morning, every morning okay!! before eat anything dia akan buat satu gelas air limau panas ni, and limau bukan sikit-sikit haaa!! ambik kau satu plastik tu setengah limau untuk dia sahaja..Kitaorang yang gemuk-gemuk ni tengok pun takut tau iyalah pagi-pagi kau minum air limau kau tak takut ke nanti kena ulser perut ke gastrik ke, dulu dayah pernah minum limau ais depan baba pun kena tegur cakap nanti kau punya perut sakitlah padahal depan mata tengah mengadap satu pinggan nasi lauk ayam ni.. :) So bila tengok dia macam tu rasa menakutkan pulak cara dia berdiet, itu kurus memang kurus tapi the end of the day masuk hospital terus, sebab cara diet tu tak seimbang langsung..Dia tengah hari pun bantai minum air limau, ibarat macam mineral water jadinya..haishh!! melampau tu, tak taulah kalau makan lepas tu dia muntahkan balik nanti jadi macam anorexia..Jangan wehh!! badan kau dah okay tu!! kang kurus kering melenting dah tak cun..hehe!!
Jadi berdietlah secara sihat ye kawan-kawan..Baiklah saya mahu pergi lunch makan Quacker oats lagi hari ni, lately ni asyik dengar, baca, tengok iklan Quacker oats, perli ke apa..Tapi takpe asalkan jantung I sihat..Okay!! byeeeeee!!
No comments:
Post a Comment