Okay itu adalah pendahuluan mintak maaf namanya sebab cerita tertangguh..:)
Sambung balik eh..........
Lepas je kami habis memakan makanan yang ada dekat gerai tu tapi bukanlah semua, suku je kami terus melunjur laju ke Bandar Melaka pulak..eh!! harus di akui yang kami taklah lunjur laju sangat sebab jalan nak masuk ke bandar jem waktu tu..Wah!! ramainya pelancong-pelancong yang sedang cuti -cuti Malaysia
*Harap maaf gambar jem tak ada nak lampirkan disini*
Nasib kami pada hari tu memang agak baik sebabnya sekali pusing je *maksud disini sekali lalu je tempat berkenaan* dalam usaha mencari parking kami terus dapat parking yang betul-betul terletak tepi jalan dan tak payah bayar lagi..yeah!! its free, kalau tak kena jugak bayar dengan menggunakan meter tapi since hari tu dah petang and hari Sabtu jadi ianya free..
Gambar di edit untuk lebih dramatik almaklumlah kitakan dekat MELAKA, bandar bersejarah..
Jalan-jalan tiba-tiba tengok ramai yang menuju ke suatu tempat so kami pun decide nak ikut mereka-mereka itu, mencelah-celah di tengah-tengah orang ramai tu..Ohh!! rupa-rupanya ramai yang nak bergambar dengan Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka..Ada dipaparkan sekali sejarah tetang kincir air ni tapi disebakan kesibukan nak bergambar jadi hehe!! tak baca pun sejarahnya..ehh!! lagipun ramai orang waktu tu mana nak mencelah nak baca *alasan*..
Satu je gambar dekat Kincir Air ni..nampak tak yang belakang tu, itulah dia..Besar punya!!
Kawasan ni terletak di:
Terletak di Dataran Quayside iya tuan-tuan & puan-puan..Maaf gambar ni je yang ada untuk menunjukkan nama tempat ni..Silalah abaikan model tak berbayar di tepi tu..*sedaya upaya edit untuk nampakan nama dataran ni*..Nampak tak??
Rasa macam banyak je gambar di ambil dekat area-area Quayside ni tapi hehe!! 2 keping je..Okay!! dah puas tengok Kincir air yang besar tu kami jalan ke depan lagi mengikut beberapa manusia, mencelah-celah lagi..Ohh!! masa tengah sibuk bersaing-saing sambil berlaga-laga bahu kami terserempak dengan 2 pasangan pengantin sedang melakukan photoshoot..Amboi kakak tu siap berbaju gaun & suaminya segak ber tuksedo yang satu lagi pasangan tu amboi jugak sebab bersongket di tengah-tengah bandar melaka..Terserlah kemelayuannya..
Jalan-jalan lagi terserempak dengan ini pulak:
Baca dulu sejarah ni..tak nampak sila zoom in
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah habis baca?? jangan tipu hee!!
Gambar pertama..
Gambar kedua..gambar tak meluaslah so advice saya silalah google untuk tengok gambar yang lebih besar dan penuh..saya malas malam ni nak providekan..ngeee!!
Jalan diteruskan lagi, ishh!! banyak pit stop nak kena stop..Kali ni kami ke kawasan terletaknya bangunan Stadthuys..Harus anda semua percaya yang banyak kali dayah pergi ke Melaka ni, inilah kali kedua dayah jejakkan kaki disini..Tak percaya?? *geleng-geleng kepala sambil pejam mata*..Pernah dulu sekali masa tu tak ingat bila, gambar pun tak ada..
Cepat u olls nak pergi mana??..Bus,flight,keretapi,kereta,kapal semua dah tunggu..Jangan lama sangat nak fikir tu kang kena tinggal baru nyesal..Dayah pilih London..byeee!!
Iya-iya pilih London, sampai Melaka je..
Model tak berbayar ni haruslah berada dimana-mana tempat tumpuan pelancong..
Tempat ni terdapatnya gerai-gerai yang banyak jual souvenir, t-shirt & jugak tempat pit stop untuk penarik beca..Kepada sesiapa nak rasa macam mana naik beca yang cantik-cantik siap ada pasang lagu Maher Zain lagi silalah ke sini, jangan lupa bawa lirik sekali sebab lirik tak di provide ye..harap maklum..
car-cari apa yang best untuk dibeli..
nak ambik gambar ala-ala candid pun tak boleh dengan model melaka ni..
Berangan kalau pakai topi ni berada di tepi pantai..Curi-curi ambik sebab tak dibenarkan bergambar dengan topi ni..Nasib peniaga itu sedang leka melayan pelanggan lain kalau tidak tidak adalah gambar saya bersama topi besar ini..ngee!!
Stool yang macam-macam gambar ada..Agak menarik jugak, pilihan hati mestilah yang hijau putih tu..TAPI TAK BELI PUN..ngeeeeeee!!
Gerai-gerai ni taklah banyak sangat dan satu lagi semua jual benda yang sama je..Kami hanya beli ni je :
Fridge Magnet, 2 untuk kami 1 untuk jiran sebelah..
Sambungan seterusnya menyusul pada keesokan harinya..Laptop semakin lembsss jadi faham-fahamlah ye kejap dia stop kejap lagi dia run balik..
p/s: Melayani lagu Hindustan..:)