Baiklah ayuh sambung balik percutian kami di Singapura, oh!! sebelum tu u olls minum apa eh!! petang gini?? dayah baru je lepas menaikkan sedikit lagi berat badan, baru je kejap ni dengan memakan bergedel yang dibuat oleh mama sebentar tadi, sebenarnya bergedel tu salah satu menu untuk makan malam nanti tapi since bergedel itu sedap diratah begitu saja makanya dayah makanlah sikit, alaa!! dalam 3 biji je pun, mama bikin banyak so tak terjejas amountnya kalau dayah ambik, hehe!!
inilah dia bergedel yang dimaksudkan itu, hanya bergedel yang mama buat sahaja yang ada DAGING BANYAK.. :)
sebelum tu dayah ada buat chocolate ice blended, mama complaint sebab tawar, hehe!! mana tak tawar lupa ma letak gula tadi..Senang je buat air ni beli hot chocolate powder cadbury tu, bancuh dengan air panas, tambah susu fresh milk dan ice cube and blend..Taraa!! siaplah air ni.. :)
Okay!! dah sudah cerita pasal makan je, dah gemuk kau hidayah..tsk tsk!! sambung cerita asal..Pagi bangun terus bersiap nak ke rumah pengantin, biasalah sedara kenalah datang awal sikit kan *hehe!! sebenarnya lapar nak makan tau tak* hahaha!! so macam biasa sepupu dayah yang hantar, kitaorang nak naik MRT dia tak bagi..Dia drop off kan kitaorang dulu sebab dia ada hal dengan kawannya so tak kisah asalkan petang nanti jangan lupa fetch kami balik tau, hehe!! :p
tengok setiap destinasi kitaorang nak pergi dia ambik dan hantar.. :D
ada marhaban pagi tu, diketuai oleh mak cik dayah dari Ampang KL, orangnya tu yang berbaju purple..
kurang sopan rasanya kalau datang je terus terjah buffet line, kita duduk dan bergambar dulu dalam 10 minit lepas tu baru mulakan operasi ye!!
nampak baba dihujung sana?? itu bukan sebab merajuk ye! tapi disebabkan oleh adik beradiknya berkumpul disana masa kami tiba, sekali toleh semua dah hilang ni mesti kes nak pergi terjah buffet line kan sebelum penuh.. :p
decoration di setiap meja makan tetamu..Mak kepada wedding planner ni (wedding plannernya adalah sedara pengantin sendiri) sibuk tak puas hati dengan bunga ni sebab katanya menganggu orang nak berborak, hehe!! tapi bagi dayah, I SUKA aunty..
Majlis perkahwinan sepupu dayah ni kan kalau bab makan jangan risaulah sebabnya dari pagi sampailah majlis ni habis makanan tak putus-putus..Kalau kita di KL ni mana ada orang nak buat majlis kahwin ada breakfastkan?? tapi dekat sana tak ye! diorang sediakan sekali breakfast untuk tetamu yang agak-agak datang awal ke kan *macam kami nilah* :p so tak menyesal rasanya untuk datang awal, patutnya lagi awal kami datang, hehe!!
ini menu untuk breakfast, ada nasi impit/lontong lepas tu ada pulut yang bersalut dengan kelapa *maaf ye! namanya dayah tak tau* lepas tu ada pagoda *makanan india, betulkan eja nama makanan ni??* ada serunding and yang paling dayah jakun tengok adalah yang dalam tin tu, itu ialah gula merah..Entah mana diorang beli ni kan..
ini pinggan dayah dan fizah, hahaha!! nampak je kami ni macam kuat melantak kan oh!! tapi tidak ye! tengok ini buktiknya satu pinggan kongsi 2 orang tau.. :D
Sementara kami makan-makan, tambah-tambah lagi makanan iyalah orang tak ramai lagikan, lagi pun kalau dibiarkan membazir baik kami-kami yang dari KL ni habiskan, eh?! tak-tak kami tak habiskan semua jangan takut, kami tinggalkan sikit untuk tetamu yang lain, :p Sementara tu lah, tengok nak cakap lain lain yang terkeluar, dayah ambik dulu gambar-gambar apa yang patut sebelum orang semakin ramai..
tempat pilihan hati budak-budak, bukan budak-budak je yang suka mak budak pun sama..Ada satu cookies tu ya allah sedapnya, dari malam sebelumnya lagi dayah dah hadap makanan tu sorang-sorang.. hehe!!
inilah cookies yang dimaksudkan itu, nampak biasa je kan tapi rasanya luar biasa..Sedara mara yang lain sibuk tapau makanan untuk bawa balik masa habis majlis ni dayah sibuk tapau cookies ni satu balang.. :)
ini adalah buffet line untuk yang vegetarian..ada satu dessert tu sedap tau, jap lagi dayah tunjukkan..
main dish, macam-macam ada, ada sayur, kambing, udang besar-besar, ikan masak sweet sour, rojak buah, ayam dan banyak lagilah..Meriah u olls makanannya..
nasi briyani yang sedappp!!
laksa pun ada tapi ni dayah tak try sebab perut dah ketatlah, hehe!!
bubur pulut hitam pun ada, ini pun tak sempat dayah nak makan..
dessert line ada 2 dan pinggannya tak pernah kosong sepanjang majlis berlangsung dan kami tak pernah rasa jemu nak menghabiskannya.. :D
second line for dessert..
setting untuk minuman dah serupa macam hotel, semua orang tegur..style kan diorang ni, cadang nak panggil diorang je jadi my wedding planner nanti.. :D
minuman panas guna 3 in one nescafe, self service..
baiklah dah penat pusing-pusing ambik gambar makanan, dari kenyang lapar balik so jom kita makan pulak eh!!
line penuh dengan orang dari KL je..hehe!!
ini pinggan kepunyaan saya..tak banyak kan?? :D
ini lagi tak banyak, ini pinggan fizah yang punya..
ini pinggan kepunyaan mama, baba punya pinggan terlupa nak petik, hehe!! "jangan marah ba, ba punya pinggan penuh nanti kalau orang baca blog ni orang cakap baba banyak makan"
Okay!! ini nak tunjuk gambar dessert yang kami ambik, untuk pengetahuan ini adalah dessert awal yang kami ambik, ada lagi beberapa ulangannya harap maklum :
oh!! dessertnya sangat sedap, oh!! yeah, lupa dayah sempat tapau satu dozen fruit tart tu untuk bawak balik.. :)
Baiklah dayah stop sekejap dekat sini sebab tengok makanan ni semua buatkan dayah kelaparan so kejap lagi dayah sambung balik eh!!
p/s : dari petang tadi dayah update benda ni baru sekarang settle itu pun belum habis sepenuhnya lagi ni, tunggu kejap eh!!