Selamat petang semuaa.....
Dah minum petang u olls semua?? dayah baru je habiskan satu paket kerepek yang entah apa nama tapi sedap giler, lepas tu dua paket biskut yang rendah lemak daripada IKO, ini pun sedap jugak.. :) Maaflah kalau ada yang menantikan entri dari blog ini *ada ke yang tunggu??* weekend ni dayah sangat busy, busy melencong ke sana ke mari..hehehe!! Banyak ni cerita yang bakal di ceritakan kelak yee!! gambar pun dah banyak transfer cuma belum habis edit je lagi..Sabar yee!! :D
Sabtu lepas kami satu family pergi Pameran Perdagangan Halal Antrabangsa (MIHAS 2011) dekat KLCC Convention Centre, dulu pernah pergi sekali lepas tu asyik tak ada rezeki je nak jejak MIHAS lagi tapi tahun ni alhamdulillah dapat jugak kami pergi..Seronok sangat-sangat dekat exhibhition ni, rasa macam dekat semua booth tu nak membeli, ada few product yang masih belum ada dalam pasaran lagi tapi sempena MIHAS diorang jual to customer dan harga yang pastinya sangat berpatutan..Ehh!! terlajak pulak cerita, nanti-nanti dayah sertakan gambar sekali okay!! di next entri.. :)
Lepas habiskan masa yang berjam-jam jugak di MIHAS kami heading terus ke food court hantar mama dan baba untuk stay dekat situ while kitaorang dua beradik pergi tengok concert..Yeah!! bukan senang tau nak dapat pergi concert macam ni, mama tiba-tiba bagi green light so apa lagikan..Sangat happening, dah will continue next next entri, tak boleh lebih-lebih.. :P yang pasti enjoy sebab Altimet ada..hahaha!!
Ini satu cerita sebelum dayah balik, malam tadi dayah mimpi ada orang masuk meminang dayah okay!! dahlah orang yang meminang tu orang yang dayah tak suka atau boleh dikategorikan sebagai orang yang paling dayah benci..hahaha!! sebenarnyakan kelakar tau mimpi tu, nak cerita dalam blog ni macam susah tapi apa yang dayah ingatlah, dayah jadi tak tentu arah bila rombongan meminang tu datang, siap turun naik tangga for no reason, tak tau nak cakap suka macam tak, nak cakap tak macam dayah yang gedik lebih bila rombongan tu datang..hahaha!! *terjaga dari tidur gelak sorang-sorang jap lepas tu sambung balik tidur* padahal orang yang masuk meminang tu adalah orang yang dayah tak suka, tak suka sangat satu lagi ni datang secara mengejut tau, tiba-tiba je nak pinang anak dara orang, sibuk je kan.. hehehe!! jadi ada makna ke mimpi tu haa?? mainan tidur je kan?? :D
Okay!! masa dah time, dayah nak balik bye!! jumpa malam nanti, insyaallah try to make it untuk siapkan satu entri.. :) Selamat makan malam semuaa.....
Terima kasih kerana menjadi pembaca :)