8/06/2010

2nd Trip to Perth, Australia Part 6

Jom sambung balik cerita..

Hari ni hari untuk memulangkan balik kereta yang dah dipinjam selama 2 hari tu..=( sedihlah, best tu ada kereta boleh jalan-jalan outskirt dari city lagi satu tak payah nak jalan kaki (padahal lagi syok jalan kaki, tengok orang malaysia ni dah manja sangat naik kereta)..Macam biasa, sebelum keluar breakfast dulu, maaf ye gambar breakfast tak adalah, dayah tak tau mana hilang..T_T apa yang kami breakfast pun dayah dah lupa..Sementara nak tunggu lift (lift apartment ni macam lift zaman dulu2, tapi okay cuma tak cantiklah) dayah sempat snap few pictures..scroll ke bawah, jom tengok:


kawasan apartment kami, berbukit..






menunggu lift..satu lift je disediakan

beginilah rupa apartment kami, yang penting bersih..

Masa untuk hand-over kan balik kereta:




dah sedia nak berjalan..

jom!! kita berjalan..

Dah tak tau nak pergi mana lagi dah hari ni, so we all decided kita pergi jalan-jalan naik bus..Mula-mula ambik red cat, turun red cat ambik yellow pulak and since blue belum pernah naik lagi kami pun naiklah blue pulak..Dapatlah tengok kawasan-kawasan yang kami belum pernah sampai sebelum ni, ada tu kawasan cina sahaja, ramai jugak tourist yang berbangsa cina berjalan-jalan di kawasan ni, restoran cina and jepun pun banyak..

nak naik yellow or red cat??




Dah puas pusing-pusing dengan bus kami pun turun dekat habour town sebab dayah nak bershopping sikit kat sini..Sini merupakan tempat factory outlet jadi barang yang dijual murah dan kebanyakkan nya menjual baju, tapi ada jugak perfume, barang-barang perhiasan, beg..Dekat sini jugak ada disediakan kedai makan halal tapi biasalah kebab, tak silap dayah ada 2 kedai halal and the rest tak halal..Sempat gak dayah sambar 2 3 helai baju dekat sini, kalaulah ini kalau banyak duit memang dayah borong semua baju yang ada, dahlah murah cantik pulak tu, rambang mata..@_@.. Dah habis pusing-pusing sampai pening kami pun terus ambik bus dan terus ke destinasi seterusnya..
tingkat bawah, ada 2 tingkat..


sebelum nak start shopping kena makan dulu, bagi isi stamina..




baru turun yellow cat so sekarang nak ambik red cat nak ke supermarket, beli barang..

Destinasi seterusnya ialah ke supermarket favourite kami, nak beli barang makanan untuk makan malam and breakfast the next day..

laluan wajib nak ke supermarket..

inilah supermarket nya..

posing, untuk kenangan balik malaysia nanti..:)



bersihkan kentang ni??

tengah memilih ice cream..




i can buy this coz i'm solo.hahaha!!


fikir nak choose yang mana..


tak ada orang..........


kuat berjalan kalau duduk sana tau..bawa barang lagi tu

berat hokey barang-barang ni tapi maintain senyum..



makan malam kami hari ni ialah nasi goreng, ikan goreng dan salad wajib..

Kami makan agak awal sedikit, belum sempat gelap dah makan so perut bila dah malam sikit lapar balik..Baba sibuk tengah tengok world cup, mama pulak tidur tinggal dayah and fizah je so kami pun masuk dapur, tengok apa yang ada yang boleh dimasak..Dayah jumpa cendawan butang, capsicum, olive, and sayur..So tanpa melengahkan masa dan perut pun dah lapar dayah tunjuklah skill memasak dayah..hahaha!!

kita potong dulu bahan2 tadi..

gunakan minyak untuk menumis..

tunggu minyak panas, dah panas tumiskan bawang and diikuti bahan2 tadi, lagi sedap tambahkan chilli flakes, perghh!! terangkat tau pedasnya..

since pakai hot plate so tak bleh nak control tahap kepanasannya walaupun dayah letak yang low punya so terpaksalah angkat macam ni..gaulkan semua bahan2 tadi macam ni..

gaul lagi sampai betul2 masak yee!!

tadaa!! dah siap pun, inilah cendawan bercili..Nasi tu lebihan makan malam tadi so letaklah begini..Jangan main2 berebut2 semua nak makan..hehehe!! sedap katanya..

Dah lepas kekenyangan semua baba sambung balik tengok world cup dan yang lain semua tarik selimut terus tidur sampai pagi..Malam tu sangat sejuk, dayah sampai pakai stocking sebab tak tahan..:)

p/s: menaip sambil melayan fb..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...