Tadi fizah balik je dari sekolah dayah ternampak dia bawa satu buku ni, tajuk buku tu menarik perhatian dayah nak curi-curi baca..Tajuk dia Horoskop & Imej Remaja..Kita kalau bab-bab nak baca horoskop ni mesti sukakan, termasuklah dengan dayah, TAPI INGAT, baca je jangan percaya nak obsessed sangat tau..
Dayah pun apa lagi carilah bintang dayah iaitu virgo, jom scroll ke bawah baca, cepat-cepat:
Sifat-sifat Umum:
Virgo adalah satu-satunya lambang feminin dalam 12 lambang zodiak ini. Mereka tidak suka membuang tenaga untuk perkara-perkara tidak berfaedah. Mereka juga termasuk dalam golongan yang tidak suka mengunjungi doktor..(jap nak mencelah, ni memang tepat..hahaha!!) Seorang remaja Virgo suka mengkritik, gemar mencuba sesuatu yang baru dan berfikiran logik. Mereka selalu mencari kesempurnaan
Dalam bercinta, seorang remaja Virgo berfikiran amat terbuka. Namun cinta tidak datang begitu saja dalam seorang Virgo. Remaja memerlukan banyak usaha dan pengorbanan untuk mencairkan hati seorang Virgo (bagi dayah senang je nak cairkan hati dayah, be gentleman towards women, memang cair habislah..hehe!!) Tapi satu kali dia jatuh cinta, maka dia akan menjadi teman hidup yang setia tidak kira lelaki mahupun perempuan (dayah belum pernah bercinta dan tak tau lah ini akan terjadi ke tak, so sesiapa yang nak bercinta kalau perempuan carilah lelaki virgo eh dan sebaliknya)
Kalau orang yang dicintainya sedang sakit, maka remaja Virgo merupakan seorang pengubat yang sempurna bagi kekasihnya (how romanticnyaaaa!!).. Dan kerana seorang Virgo ingin mencari kesempurnaan, namun dia tidak pernah mencapai tujuannya, maka golongan ini akan selalu bermurung..
Personaliti (ciri positif):
Orang yang lahir pada tarikh antara 22 Ogos hingga 22 September dikatakan bernaung dibawah zodiak Virgo, yang berlambang seorang gadis.. Dengan yang demikian, anda suka pada kerja, hasil kerja sempurna, punya wira-diri, suci, mengutamakan penjagaan kesihatan (walaupun tak suka pergi doktor eh, hehehe!!), ada kesedaran, memberi penumpuan berdisplin (ni sometimeslah, tapi selalunya tak pun), praktikal, sedia berkhidmat dan menyeluruh.
Personaliti (ciri negatif):
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berasa bimbang, cerewet, berpandangan sempit, terlalu tertib, suka merungut, tidak mudah mengaku kalah, dan ada ciri mengkritik..
Tulah dia buku yang bertajuk diatas bercerita tentang Virgo..Semua zodiak ada tapi dayah pilih virgo sebab itu sign dayah..hehe!! selfish punya budak kan kan..
takpe kalau fizah tak bagi lagi buku tu dekat kawan dia dayah post lagi tentang bintang-intang yang lain..
Tapi ingat pesanan dayah (pesanan untuk diri sendiri gak ni) jangan terlalu taksub and percaya sangat hokey!!
p/s: sepatutnya sambung cerita Perth tu kan, hehe!! hokey2!! dayah sambung lepas ni..Sedang menepekkan bedak sejuk campur gamat beli dekat langkawi ke seluruh muka, mudah-mudahan muka berseri di pagi Syawal nanti..Puasa pun belum lagikan..