Cerita yang bakal ditulis ini adalah cerita yang sangat lama dayah simpan dan baru sekarang rasa terhegeh-hegeh nak update (walaupun kalau tak update tak apa pun)..Lama tak lama adalah dalam 2 bulan jugak, hehe!!
Fizah merupakan orang yang paling rajin kalau bab-bab masuk contest secara online ni, tapi mostly contest yang senang-senang jelah, jadi disebabkan kerajinan dia pada suatu hari telah membawa tuah kepada kami untuk memenangi 4 keping tiket ke Sunway Lagoon sempena Astrolife Fun Night Carnival 2011..Actually fizah masuk another contest before tu, contest dimana kalau menang ada yang tak tidur malam sebab dapat jumpa Lee Dong Wook in person :) but then dia terfikir manalah tau in-case tak menang ke kan (tapi memang tak menang pun, harap maklum) so kita backed-up dengan another contest seperti yang tercatat di atas tadi..Dapat je result via sms yang kami menang contest ni masing-masing jerit keterujaan walaupun sekadar menang ke Sunway Lagoon je tapi just imaging semua free okay! siapa tak nak kan kan..
Carnival ni hanya attended by yang menang contest tu sahaja okay! so senang cerita kami antara the lucky pengguna Astro lah katakan and event ni diadakan sebelah malam yang supposedly Sunway Lagoon dah tutup waktu itu, lagilah nampak LUCKY kami ni semua.. :p Pada hari yang sama jugak kami kena datang ke Sunway Lagoon untuk collect our tickets, according to sms yang diterima tu ada certain time yang diberi for collecting, kami ni punyalah rushing sebab takutkan tak sempat nak collect the tickets tapi ermm! booth nya sampai time dah nak masuk still open (haishh!! buat basah ketiak je berlari-lari anak cari booth ni)
Bukan senang tau bagi kami bertiga nak pergi collect tiket ni sebabnya according to sms tu lagi, lokasi untuk collect the tickets dekat fountain area and dengan confident nya dayah after je baca sms tu terus cakap dengan baba and mama "oh! fountain area ni nor tau, alaaaa! yang dekat depan hotel tu" (muka seperti diberi tahu, sehabis CONFIDENT) sekali bila pergi 'fountain area' yang dimaksudkan tu kosong, I mean tak ada pun satu booth dekat situ *muka malu sebab tersalah info, lalala* bila tanya dengan guard dekat hotel tu dia cakap oh! ini, sambil dia bagi direction yang kami buat-buat faham walaupun.....Bila ikut arahan pak guard tu terus membawa kami ke basement Sunway Pyramid, erm! macam ni jelah kami mintak baba tunggu dekat parking lot tu since parking pun tak ada satu yang kosong, it was packed on that time dan biarkan kami bertiga je yang explorace kan tempat tu..Sekali lagi kami menggunakan khidmat pak guard, kali ni dia kata dekat level sini, sebelah sini tapi bila pergi kosong, haishh! *terus mengeluh ala-ala Korean people* dan setelah berlari anak kesana-kemari kami pun decide tanya dengan reception (kan senang if daripada awal tanya dekat sini, tak adalah basah lenjun sangat ketiak ni, kan tak pasal-pasal kena singgah Watson jap beli deodorant rexona), dengan sekali direction terus dapat lokasinnya..Masa jumpa je dengan booth tu, macam seolah-olah kami ni peserta amazing race yang pertama tiba di lokasi terakhir.. ;) oh! yeah, fountain area tu actually dekat betul-betul depan entrance Sunway Lagoon.
tadaa!! inilah lokasi yang kami cari..
After dah collect tiket kami pun menguruskan another one task lagi (eh! disebabkan perenggan keempat tu dayah mentioned explorace, amazing race terus tukar jadi TASK tau) Selesai je task yang kedua tu kami terus menuju semula ke Sunway Lagoon, disebabkan hari tu merupakan hari Sabtu makanya tak sah kalau Sunway Pyramid tak ramai dengan lautan manusia, mana taknya nak masuk parking dalam basement pun panjang tu belum tengok dekat luar-luar lagi, fuh! penuh..Disebabkan tak nak pusing-pusing buang minyak cari parking baba decide untuk bayar RM10.00 parking dekat kawasan luar tapi ini still dalam compound Sunway Lagoon lagi, lagi pun memandangkan kami akan berada agak lama dalam tu so worth lah pay RM10.00..
Masa masih berbaki beberapa jam jadi kami mengisi perut dulu sebelum masuk ke dalam tapi kami hanya sekadar minum petang je, menikmati kek dan segelas air..Nak makan heavy tak lalu pulak, hehe!! excitedlah katakan :p takut nanti kalau heavy sangat makan dekat dalam tu tak larat pulak nak berlari kesana kemari..
kedai ni jadi pilihan kerana kereta parking betul-betul depan kedai ni..
tak sah datang teh tarik place tak minum TEH TARIK, dan satu lagi minuman tu kopi susu..
barley dan sirap orang kahwin.. ;)
sebelum tu singgah Starbucks untuk membeli fruit cake..
first time beli dan first time jugaklah mama fall in love dengan cake ni..dayah tak sure kalau tak krismas ada tak kek ni..
tiket dan itinerary event ni, untuk makluman anda sekalian paper yang berbentuk buku tu adalah pass untuk kami berdua ni basahkan lagi ketiak kami dengan berlari untuk mendapatkan cop-cop disetiap booth di dalam nanti untuk berpeluang memenangi beberapa hadiah menarik (ada gaya pengiklan tak?)..Disebabkan terlalu menumpukan perhatian untuk mendapatkan cop-cop itu makanya dayah terlupa sama sekali untuk snap few pictures..
yang sedang dayah isi ni adalah borang survey yang sepatutnya diisi after the event tapi disebabkan excited sangat dayah isi before the event, dan semua soalan dapat EXCELLENT..
ini semua diberi ketika melaksanakan task yang kedua tadi, dayah ke menara maybank sempena career fair *lebih kurang macam nilah namanya, tak ingat sudah* sempat drop CV je tak sempat nak dengar taklimat-taklimat berguna yang ada masa tu..
- sementara menunggu masa berjalan -
dah edit bagai nak rak pun tapi still tak boleh hilangkan pencahayaan lebih dibelakang tu..Dayah sedang menghafal laluan-laluan untuk mencari booth-booth yang berkenaan..
- sementara menghabiskan beberapa masa lagi yang masih berbaki tu, kami berdua berjalan-jalan memenatkan kaki di dalam Sunway Pyramid, sempat sambar 3 bar chocolates from mark & spencer -
- masa dah time, berkumpul di depan entrance untuk masuk -
cuaca mendung tapi Alhamdulillah tak hujan..
sedang bersesak-sesak menunggu untuk masuk tapi sebelum tu kami diminta untuk menjerit sambil video merakamkan aksi-aksi mulut ternganga bila menjerit..
Sesudah pintu gate dibuka je kami terus masuk dan memang macam explorace vs amazing race, semua berlari sakan untuk dapatkan cop-cop yand dikehendaki..Dari satu booth ke satu booth, eh! ingat senang ke nak dapatkan cop-cop tu, kami terpaksa berlari dah satu hal, queue satu hal lagi, lepas tu sebelum diorang nak cop tu siap kena buat aktiviti dulu, macam simple task jugaklah..Letih tau, terasa dayah hilang 2 kg masa tu ;) Dah settle dengan semua cop tu kami redeem hadiah and dapatlah satu astro tumbler, not bad jugaklah, tak sia-sia sangat berlari-lari..
Sambil pengunjung-pengunjung semua termasuk kami berseronok menikmati Sunway Lagoon di waktu malam *u olls ada?, u olls tak ada* pihak astro ada jugak menyediakan beberapa persembahan dan cabutan bertuah..Hadiah cabutan bertuah memang sangat bertuah kalau siapa yang menang..Grand prizes : 1 ticket to Korea untk menonton Korean Music Festival dekat sana (hampa tak menang, kalau tak dapat salam SUPER JUNIOR) and 2 tickets to enter Universal Studio Singapore (berapa kali calling nama orang yang pertama bertuah tu tapi mungkin dia dah balik since acara ni paling last sekali, sampailah orang yang ke-lima kalau dayah tak silap baru ada, she is so lucky walaupun dia SHE) dan hadiah yang lain pun best jugak TAPIIIII :(
Kalau ikutkan itinerary, ada Scha al-yahya tapi sampai kesudah kelibatnya tak nampak pun..Tapi takpelah ada Joe, penyanyi cina, handsome jugak, walaupun tak faham apa yang dia nyanyi tapi kami belasah je diri betul-betul depan stage rakam dia nyanyi :)
lagu rancak plus ada rap (sebab tangan dia macam tu so we assumed dia tengah raping)
Lagu ballad sebab dia tengah duduk plus muzik pun slow je..He pointed to us sebab kami lambai tangan dekat dia, hehe!!
- we bayangkan, me and fizah..Kalaulah kita boleh berdiri sedekat ini tengok konsert SUPER JUNIOR -
Tengok tu, patutnya Scha ada..
beratur untuk main our first game, game yang dia pusing-pusing dari perlahan ke laju tu..
- game yang selebihnya dayah tak ambik gambar sebab pertama ianya melibatkan high speed games dan keduanya sebab melibatkan air -
Pengalaman pertama kali dayah MASUK RUMAH HANTU, gilalah ini semua kerja si fizah tu lah..Kalau u olls tau ataupun tak tau yang Sunway Lagoon ini mempunyai satu attraction yang MEMANG DAYAH AKAN MASUK SEKALI SAHAJA DALAM SEUMUR HIDUP iaitu Scream Park yang merangkumi RUMAH HANTU YANG BAGI DAYAH HANYA TUHAN SAHAJA TAU SERAMNYA..Mulanya dayah ingat it just a show pasal hantu, sebab ada iklan tulis 3D pontianak *something like that* tapi rupanya rumah hantu yang si fizah ni suruh dayah masuk..Belum lagi masuk hantu dah terkeluar dari main door secara mengejut..Sepanjang dekat dalam tu dayah tutup mata, tutup telinga sebab hantu-hantu ni semua jenis keluar tak bagi signal..Percayalah dayah and fizah sampai tergolek-golek jatuh dekat dalam tu disebabkan disergah oleh zombi-zombi yang daripada filem mana terlepas, nak kata zombi kampung pisang sama sekali tak, ni mesti zombi import..Tapi the funny part masa nak masuk another part tu kami kena beratur dulu sambil di jaga oleh 'hantu-hantu' sekalian, disebabkan dayah dan fizah asyik menjerit je setiap kali dia sergah, dia boleh buat lawak suruh masuk sorang-sorang dalam tu, tapi yang bestnya dia cakap guna suara rock tu, sampai fizah tegur "seksilah suara hantu ni" :D Seriously kalau masa tu masuk scream park ni kena bayar memang rugi RM10.00 sebabnya dayah tak menikmati langsung masa dalam tu..ishh!! first and the lastlah jawabnya..
Acara pun semakin hampir ke penamatnya dengan pengacara mengumumkan nama-nama pemenang bertuah yang dapat grand prizes for lucky draw, kami tengok je di bawah pentas sambil mata bergenang air mata mengenangkan nasib yang tak menang apa-apa hadiah pun, hehe! but we enjoyed and thanks to Astro for giving us this kind of happiness, ada lagi sila jemput lagi.. :D Last sekali ada persembahan daripada dancers dancers yang cukup wow!! seksi tu kakak tu.. :p
sempat snap gambar badut tinggi ni..
Time to go home, hari pun dah malam..
sapphire blue, lagi few days untuk sambutan hari natal dan new year..
Bagi yang tak kenal Lee Dong Wook, meh sini dayah lampirkan satu gambar dia :
handsome kan handsome kan? *angkat-angkat kening*