3/15/2011

Squash - a quick update-

Hye!! semuaa.....

A quick update, after office ni I will be playing SQUASH..Yeah!! saya main squash, tolonglah jangan nak gelakkan kita..hehehe!! Actually ini dah second time main, first time was last week, sampai lenguh-lenguh jugaklah tangan ni, so this time nak lebih kuat lagi memukul bola itu.. :)

Kalaulah dayah tau yang Squash ini se-best ini dari dulu dayah dah joint okay!! entah-entah sekarang ni dah boleh bertanding dengan Datuk Nicol David tak pun Azlan Iskandar..*berangan* Tapi serious dan percayalah permainan Squash ni sangat BEST..*Advice kepada sesiapa yang ingin melepaskan geram secara sihat bolehlah daftar main Squash ye!!*

Baiklah dayah nak bersiap ni bye..


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

Melepak bersama keluarga di KLCC

Hye!! semuaaa.....


Jam menunjukkan pukul 12:45 semasa mula-mula untuk menaip entri kali ini..Hari ni hari hilang mood sedari awal pagi sampailah sekarang, monday blues merebak sampai ke rumah..Jangan ditanya kenapa mood itu hilang ini semua gara-gara salah DIRI SENDIRI so sebagai pengajaran dan sebagai terapi jugak dayah nak tulis satu entri..


Kejadian yang bakal diolah ini telah berlaku seminggu yang lalu..Hari Sabtu yang boring, pagi dayah pergi mana eh?? entahlah LUPA..memory lost, yang ingat petang tu dayah ajak mama, baba dan fizah melepak dekat KLCC..Tujuan melepakkan diri disini bersama seisi keluarga adalah sebabnya selalu kalau melepak dekat sini mesti bertiga iaitu tanpa baba *dah asyik keluar waktu baba kerja haruslah baba tak pernah ada kan.. :) * So untuk tidak menampakkan berat sebelah atau tak ingin mengecilkan hati baba, itu yang tak pernah-pernah sabtu lepak KLCC tiba-tiba terlepak anak beranak..hehehe!! *sungguh tak layak jadi orang KL* 


Lokasi untuk melepak macam biasalah Food Court KLCC sebabnya MACAM-MACAM ADA dekat sini..Nak western, middle east, pasta, pizza, teriyaki, fast food ohh!! apa sahaja namakan je anda pasti akan dapat menikmatinya..Ecewahh!! macam iklan tak ayat itu?? TAK?? okay!! takpe tak kecil hati pun..Setiap kali kalau dayah datang melepak bertiga inilah tempat yang sering disinggah, lagipun murah berbanding dengan restoran-restorang yang lain.. :)


Memandangkan waktu yang kami tiba tu adalah waktu untuk minum petang makanya menu leih terarah kepada yang ringan-ringan sahaja cuma fizah jelah yang jamah nasi petang-petang tu..


Antara yang menjadi pilihan hati masing-masing.....


ini adalah wafer dan pisang, ohh!! maaf dayah tak ingat apa nama dessert ni sebenarnya..
-photo courtesy by MAMA-

ini dibeli oleh mama so maaf sekali lagi, air ni pun dayah tak tau apa namanya..Ini kalau tak silaplah ehh!! see coconut kot..
-photo courtesy by MAMA-

hidangan seterusnya nuggets dari Mc'Donalds dan kopi o untuk baba..
-photo courtesy by MAMA-

Taco-taco dan chips *this is not the real name of this dish actually* :)

-pusing-pusing hampir beberapa kali, mula-mula cadang nak makan pizza so dah beratur ni tapi lagi beberapa orang je terus tukar pilihan nak try yang lain pulak lah, itu yang pusing-pusing lagi sekali terjumpa dengan kedai yang menjual Taco ni terus beratur dan segera mendapatkannya sebelum lagi beberapa pusingan dibuat..-

sedap dan ini adalah extra hot so meleleh air mata sekali gigit.. 

didatangkan secara set bersama dengan air dan harganya kurang RM15..Oren menjadi pilihan..

Set dari Hachigo, Wasabi Chicken yang menjadi pilihan Fizah petang tu..Kalau kesini memang tak sah kalau dia tak order dari kedai ni..Set ni didatangkan dengan air sekali..


Kalau sambil makan tanpa borak atau pot pet pot pet memang sangat tidak menarik situasi itu..Sambil kami perlahan-lahan menghabiskan segala yang ada diatas meja tu kami berborak dan bergambarlah, sampai jiran meja sebelah pandang je, baik orangnya siap tolong angkatkan dulang kami lagi sebab mungkin dia rasa serabut sangat tengok meja kami..hehehe!!



disebabkan dayah adalah bukan seorang pengemar makanan jepun jadinya dayah telah meminta fizah untuk mendefinasikan bagaimanakah rasa WASABI ini..


Sambil berborak tangan dan mulut berjalan sekali dan inilah akhirnya.....

licin..

Sebelum balik mestilah kena ronda-ronda sekitar kawasan Ground floor KLCC, sempatlah menyinggahkan diri di beberapa kedai seperti MNG, CHAMELEON, MARK & SPENCER, TOPSHOP, BODYSHOP okay!! semua kedai yang ada dekat floor tu kami singgah accept kedai yang jual make-up dan barang kemas mahupun jam tangan.. :) Masuk, keluar, masuk keluar apa yang dibeli?? subang harga kurang daripada RM10 je..hehehe!! *tak mahu shopping dalam masa terdekat ni kalau boleh*

Habis meronda kami pun pulang tapi sebelum tu sempat menyinggah lagi sekali di salah sebuah bakery..Nama bakery ni memang tak diambil tahu langsung sebabnya kami teruja tengok desserts selection yang ada, roti-roti, wah!! rasa macam nak sambar semuanya tapi tolong jangan tamak sangat..

kotak kepunyaan bakery itu..Mungkin yang di-highlight hitam itu kot nama bakerynya..


lagi sekali nama dessert dessert ini dayah tak ingat *memory dah low, perlu di-caskan balik ni* 

- tapi yang penting dua-dua desserts ni sangat menjilat jari, sangat sedap dan boleh dibeli lagi ni bila berkunjung ke KLCC *masihkah ingat nak kesini??*-

Sekian cerita melepak kami sekeluarga di KLCC, do hope you guys enjoy dengan entri kali ini.. :)

Terima kasih kerana menjadi pembaca :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...