3/09/2010

Melebatkan rambut

Dayah nak bagi tips sikit macam mana kita nak lebatkan rambut, mula-mula tadi ingatkan nak update trip ke Bandung tapi kita hold dulu lah..Meh, sini dayah nak bagi tips yang tak seberapa sen ni..Dayah terpanggil, ceh ayat siap terpanggil entah siapa yang panggil pun entahlah..Tak adalah sebenarnya dayah saja nak berkongsi sebab dayah tengah mengamalkan nya pun, sekarang ni memang dayah tengah risau sebab rambut dayah banyak gugur, boleh dikatakan rambut dayah dah nampak kenipisannya so dayah pun cari- carilah apa solution untuk rambut gugur ni, seboleh-bolehnya dayah nak guna cara traditional sebab orang kata cara traditional lagi baik and murah kosnya berbanding kalau kita ke salon buat treatment..

Lepas cari-cari and ramai jugak yang recommend untuk gunakan santan, diorang cakap santan selain boleh lebatkan rambut santan jugak boleh menghitamkan rambut atau mengilatkan rambut..Memanglah baunya agak tidak menyenangkan si pemakai tapi hasilnya nampak berkesan jugak, so dalam 2 minggu ni dayah dah gunakan santan and alhamdullilah jugaklah sebab rambut dayah kurang sikit gugurnya..Cara untuk gunakannya senang je, beli kelapa kalau boleh perah sendiri lebih baik sebab untuk letak dekat rambut ni santan tu mesti pekat sebabnya kita nak kan pati santan tu tapi kalau nak beli dekat kedai yang dah siap perah pun tak apa jugak, sapukan santan tadi ke seluruh rambut and pastikan rambut jangan di bilas dulu dengan air sebab kalau santan kena dengan air santan tak melekat dekat rambut sebabnya santan kan berminyak kalau kena air dia licin kalau macam tu baik tak payah letak sebab tak meresap pun santan dekat rambut tu, lepas dah lumurkan semua rambut dengan santan and make sure santan tu terkena kulit kepala biarkan dalam 10-15 minit, lepas tu bolehlah bilas sehingga bersih sampai santan tu dah tak ada and bolehlah shampoo macam biasa..Amallan ni boleh dilakukan seminggu 2 kali, Insyaallah berkesan..Lepas ni sure bukan setakat rambut lebat tapi juga lazat untuk di makan sebab lemak macam kuah lemak rambut tu..Apa-apa pun selamat mencuba..



p/s : jealous tau tengok rambut orang yang panjang and lebat pastu hitam berkilat..Sebenarnya bahan-bahan masakan ni bukan setakat boleh dijadikan makanan tapi juga boleh dijadikan bahan untuk buat treatment..wah!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...