2/17/2011

Cerita hari ini

Selamat pagi/tengah hari semua,

Hellooo!! pagi yang masih lagi busy dengan paper bertaburan di meja ku ini..Before lunch harus di settlekan semuanya..Takpe-takpe bos tak ada, update kejap boleh eh!! So how's your day today and last day?? ada yang muram durja, happy meal, atau yang everage je dia punya feeling?? okay!! tak kisahlah apa pun feelingnya mari kita senyum *tengah dengar lagu senyum ni* :D

Hari ni dayah nak kongsi sikit, tadi, kira baru je lepas ni kawan dayah offer "do you want anything from Mc'Donalds, cause I'm going to buy Mc'd for lunch today since shahrul craving for fish fillet" U olls nak tau tak dia nak pergi Mc'D just because of one of our friend craving for it, my friend ni tengah pregnant so ngidamlah tu.. tehee!! and disebabkan itu dia sanggup nak belikan bukan sebab dia nak pergi somewhere tapi sebab kakak yang pregnant ni..Haishh!! baikkan?? 

Dalam kehidupan ni kita nak jumpa seorang yang betul-betul boleh digelarkan sahabat memang sangat sukar, sahabat bukan sahaja bila ajak keluar jom tapi sahabat karib ialah sahabat yang sanggup kongsi suka duka bersama-sama kita..Bukannya bila kita happy dia pun happy siap belikan happy meal lagi untuk kita tapi bila kita sedih, dalam kesusahan masa tu lah kita nak bantuan dia, dia melarikan diri atas alasan tak nak ikut campur dengan masalah kita, nak mintak tolong belikan happy meal pun dia tak nak padahal kita nak belanja ni..So far dayah sangat bersyukur sangat sebab dayah dikurniakan sahabat-sahabat yang baik-baik belaka, tak ada yang tikam belakang *aku bagi kau kuih lompat tikam kang baru tau*, tak ada yang bongkak, tak ada yang jahat, semua mereka ni boleh dikatakan baik-baik belaka..Rasanya sebab kawan dayah tak ramai sangat kot, berapa kerat jelah pun tapi tak kisahlah hopefully dayah tak berjumpa dengan makhluk-makhluk yang seperti ciri-ciri diatas.. :D

Wahai semua kawa-kawanku ketahuilah bahawasanya saya nak buat kerja balik..Nanti kang bos jerit siapa nak jawab??

Baiklah tatabye.. :D

p/s :

semalamkan ada actor from india datang office baba, and baba dapatlah snap one picture together but then bukan daripada hp baba tapi hp orang so bila balik baba cerita yang nama dia ada kapoor so dayah pun buatlah assumption :

dayah     : ba, ranbir kapoor ke??
baba       : manalah baba kenal, tapi orang nya tinggi, tak gemuk sangat, muka tak shave,
                  adalah jugak dalam 6 foot tingginnya..Baba manalah kenal itu pun si jessy yang
                 bagi tau dia ni actor..
dayah     : ba, kalau macam tu ranbir lah!!
baba       : haaa!! ranbir kapoorlah jessy cakap..
dayah     : *terjerit-jerit bagai orang giler* jap *meluru pergi laptop baba bukakan gambar
                   ranbir*..Ba, ini ke??
baba       : haaa!! inilah,
dayah     : ma, fizah...ranbir ada dekat Malaysia *muka penuh excited* ba, dia buat apa dekat
                  sini, ada shooting ke??
baba:      : dia cakap ada release his new film minggu ni, lepas tu dia jumpa pegawai adalah
                  hal sikit dia cakap..
dayah     : jah, weh!! aku rasa kan film rockstar ranbir tu..wehh!! SRK datang Malaysia,
                  ranbir pun, dekat je diorang dengan kita ni..haishhh!! kena ambik cuti macam ni..
                  bila selalu hindi movie release haa!! kat sini??
fizah        : jumaat, khamis selalu cite melayu, orang putih..
dayah      : esok pergi kerja nak mintak unpaid leave lah dengan cherly jumaat ni..nak tengok
                   cite tu mana tau dapat bergambar dengan ranbir..*over excited okay!!*

selang beberapa jam kemudian..

mama     : norrrrrrrrrrrr!! *jerit dari bawah tembus ke bilikku*
dayah     : yup!! kenapa ma??
mama     : marilah turun

berlari-lari anak menuruni anak tangga....

dayah     : kenapa??
mama     : bukan ranbir lahh!!
dayah     : habis tu siapa??
baba       : ni haaa!!

okay!! dayah memang tak ingat dah nama actor tu, something bunyi like shardaat..entahlah siapa entah nama dia tapi kenal jugaklah sebab ada jugak dia berlakon sebelum ni..

dayah     : laaaaa!! iya-iya ingatkan ranbir turun KL..
mama     : kena tipu daa!!

nai tangga dengan hampanya..hehe!! lepas tu tiba-tiba gerimis..

mama     : nor, kau nangis ke hujan renyai-renyai ni, air matamu berguguran..
dayah     : :D heeeeeeeeeee!!

Sekian cerita saya hari ini.. heeeeeeeee!! :D
ni betul-betul tatabye..

Eco Cafe - Desa Pandan -

Selamat tengah malam..Kalau ikut jam rumah dayah yang senantiasa akan cepat 5 minit ni jam dah menunjukkan waktu nak tengah malam..Ada ke yang takut nak baca blog sorang-sorang tengah malam macam ni?? haaa!! tengok kat tingkap bilik u olls tu, apa yang melayang-layang tu?? heheheheheh!! seram tak?? perasaan macam ni lah best nak nak lagi kalau kita tengah bercamping dalam hutan..perghh!! *ini adalah nada takbur ye daripada saya, jap lagi sekali pintu tertutup sendiri baru tau nak terjah bilik mak ayah* :D


Cukup!! saje je nak bagi u olls rasa keseraman bila sorang-sorang dalam bilik..hehe!! Ingat tak petang tadi dayah ada promise nak buat satu entri pasal makan-makan kan?? kalau tak ingat pergi cari sendiri, make your own effort..lalalala!! 


Early bulan ni dayah ada try makan dekat ECO CAFE, cafe ni terletak dekat area Desa Pandan..First time lalu dayah ternampak terus macam ehh!! macam best je cafe ni in term of the name itself..Almaklumlah sejak dunia sibuk mengadakan pelbagai kempen menjaga bumi ni, so bila dayah pertama kali terserempak dengan nama cafe yang macam ni, macam terus tertarik nak mencuba mana tau dia guna bahan-bahan semulajadi yang dapat safe kan environment kita kan..Kalau sesiapa yang nak mencuba boleh je pergi ke area Desa Pandan sebelah secret recipe je cafe ni..


menu dulu..

selection menu yang agak menarik jugak..

muka yang sedang menunggu makanan, minuman..

muka ini jugak, ohh!! muka orang tengah bercuti..

ni lagi dasyat tidur terus..

air pilihan siapa lagi kalau bukan mama..Rasanya sedap jugak!!, hahahaha!!

kalau bukan nescafe yang diorder oleh baba itu bukanlah baba saya, mungkin ayah orang lain..

Eco Eyes ( red dragon fruits, banana, lemon) fizah yang order..Ini sedap okay!!

this is mine, macam biasa adik beradik kopi menjadi pilihan..

karipap I think sardine, lupalah!!

ini pun saya lupa nama menunya.. :) tapi lebih kurang 1/4 roasted chicken with rice..*kalau salah tolonglah jangan marah*

ini kalau tak tau memang nak kena cepuk!! Chicken chop u olls..

mashed potato..Ini agak kurang sedap rasanya..Presentation pun menghambarkan hati pelanggan yang suka kan presentation yang kelam kabut sikit..hhehehe!!

kosong pinggan..


Makanan main hanya di order 2 sahaja sebab takut nanti tak habis kalau ambik satu-satu..Lagi pun amalkan lah konsep 'sharing is caring' ehekk!!

air ni tak masam pun,kenapa raut muka mama macam ni pun confuse..

ma, tengok fizah rileks je dia minum..

kekenyangan 1

kekenyangan 2..



sekian disini sahaja laporan saya untuk episod makan-makan kali ini..Sehingga bertemu lagi..Amacam ada gaya macam pengacara makan-makan tak??

Makanan dekat cafe ni nak kata tak sedap sangat tipulah, kalau tak manakan licin pinggan-pinggan kami tu tapi nak kata sedap terbaikk wok!! pun tak jugak sebab ada few masakannya macam agak kureng sikit so kalau nak mencuba tak salah..Tengok rating bagi pun ala-ala juri pertandingan memasak tau..

okay!! tatabye semua!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...