1/08/2011

Ambang tahun baru part 2 - Burger daging bercheeseeee!!

Nak buat satu entri pasal di ambang sore ehh!! Silap ini berlaku gara-gara menaip di kala mata mahu terpejam, inilah dia, nak tulis ambang new year ambang sore yang terkeluar ingat ni lagu ahmad jais ke?? Apa-apa pun maafkanlah si penidur tegar ni *rujuk kepada tuan empunya blog ini yang ada 2 gambar di sebelah sisi kanan blog ini, semua gambar tu baru je diupload beberapa hari lepas *angkat-angkat kening*


Sebelum melalut dengan lebih lanjut lagi haruslah kita berpatah balik ke pangkal jalan kenapa entri ini di ditaip..Kan last entri ada bercerita pasal apa yang penulis blog ni buat di malam new year lepas kan kan??Ramai jugak yang message tanya tak pergi mana-mana ke.. Bukan malam new year je malam krismas pun tanya, malam CNY pun tanya, malam deepavali pun nak tanya, nasib malam raya kau tak tanya pergi mana, kalau tak memang tak reti bahasalah jawabnya..


Maka declaration disini bahawasanya tuan empunya blog ni tak pergi mana-mana pun, dia sibuk duduk dekat rumah dari petang sampailah malam new year..Ohh!! pagi-pagi dia dah keluar temankan ibu & adik tercintanya pergi JJ Maluri beli barang persiapan nak masak malam tu..Kau, siap pergi supermarket bagai macam nak buat party besar besaran malam krismaskan padahal haa!! Tunggu je sampai habis entri ni nak tau macam mana..Tengah hari memandangkan mama tersayang malas nak masak jadi dia ajak je anak-anak dia makan dengan makanan yang ada dekat food court JJ Maluri..Anak-anak dia yang ala-ala tekedek-kedek jalan ni pun teruja nak pilih makanan, last-last 2 beradik ni orderlah nasi ayam..Penulis blog sendiri makan nasi ayam black papper, manakala adik kepada penulis blog ini makan chicken chop nasi ayam, something macam tulah namanya, dan mama hanya menjamah kuih traditional je atas alasan nak jaga badan u olls, habis yang tak sedar diri ni pun terasa sangat2..haha!! ..Okay!! tau, bunyi mesti macam walawehhhh!! Sedapnya chicken chop makan dengan nasi, lepas tu ayam black papper pulak tu, selalunya nasi ayam ayam biasa je paling tragis ayam yang color putih je tu, sedih weh!! Makan nasi ayam macam tu.. *mood sedih meleleh air mata*


TAPI NI LAGI SEDIH TRAGIS MAGIS semua ada sebab namanya macam gempak tapi rasa ya allah tak taulah nak cakap..WEH!! tak sedap langsung and the worst part was dayah termakan ayam yang hanyir..uwekk!! silalah muntah bersama-sama sekarang..Giler!! aku bayar sampai berhinggit-hinggit ayam kau bagi hanyir..yuckks!! terus terbantut nak habiskan, nasib mama ada beli kuih onde-onde jadi makanlah kuih tu bagi hilang rasa hanyir di tekak..Terus dayah habiskan nasi dia je..Inilah dia masak tak nak jaga standard, main hentam je asalkan nampak macam nasi ayam walau rasa macam mee bandung..
Jadi disebabkan tak sedap jadi gambar pun tak ada, nak ambik pun dah lupa sebab :


-pertama, tempat dahlah penuh itu pun nasib baik dapat satu meja selepas berlari macam nak berebut sos cili life dengan seorang kanak-kanak..haa!! *muka harus angkuh memandang budak itu setelah mendapat tempat*


-kedua, kelaparan tahap melampau sebab pagi tak breakfast apa-apa tambah malam tu after pukul 8 memang tak makan dah *cewah!!* jadi teruja tengok nasi ayam macam mana dalam cerita upin & ipin bila ipin kalau cakap ayam je terbayang ayam terbang-terbang sekeliling dia..Tapi terbantut bila nasi ayam yang di order hanyir..


-ketiga, ohh!! yaa!! Lupa mana ada bawak camera time tu..HP pun semua tinggalkan..Jadi memang boleh hidup tanpa HP kalau macam ni..


Baiklah untuk tidak membuang masa lagi mari kita sambung cerita pasal malam new year..okay!!


Menjelang malam lepas maghrib kami berdua di dapur bertungkus lumus menyediakan sajian BURGER DAGING BERCHEESEEE!! & Banana Strawberry Smoothie untuk makan malam sempena new year tu..Mama kira off day selama 2 hari tak masak..


Okay!! Marilah sama-sama kita lihat proses-proses pembuatannya jadi kalau terasa rajin bolehlah salin recipe ni dan cuba weekend ni..


Mula-mula kita perkenalkan bahan-bahan untuk membuat burger dulu ye :

Minced meat atau daging cincang..gunalah ikut suka, nak guna ayam pun tak jadi masalah asalkan dia daging cincang yang tu tengok tu HALAL..tau-tau


bila dah dikeluarkan daripada plastik panjang tu jadilah ianya begini..Satu lagi nasihat, kalau nak buat burger ni seelok-eloknya gunalah daging minced yang kasar-kasar macam ni barulah terasa daging bila gigit nanti..Dayah beli daging ni dekat Carefour, jadi sila serbu sana sekarang untuk dapatkan daging ni..


Bahan-bahan untuk digaulkan bersama daging tadi..Dari kiri: olive oil *kalau tak ada guna minyak masak biasa pun boleh je*, rosemary yang dah dikeringkan, thyme, oregano, italian herbs *kurang pastilah apa nama herbs ni tapi dia adik beradik macam oregano, thyme jugak so cari je dekat supermarket sure ada*, serbuk cili & lada hitam..


Baiklah puan-puan semua, mari kita ke cara-cara membuatnya pulak ye *ala-ala chef selebriti mana-mana yang korang suka nak bayangkan :

mula-mula tuangkan sedikit minyak ke dalam daging tadi, sikit je dah mencukupi ye puan-puan..

letakkan sedikit herbs ni *sampai ke sudah tak ingat nama herbs ni, jadi cuba-cubalah cari italian herbs ada tak ye puan-puan dekat supermarket nanti..rajin-rajinkanlah diri buat explorace dalam supermarket tu nanti*

sedikit oregano..

sedikit thymes square..

satu sudu kecil lada hitam, cari yang lada hitam kasar lagi sedap..Ikut sukalah kalau terasa nak nampakkan lada hitam tu di celah-celah gigi bila senyum lebar silalah tambah lagi beberapa sudu..:)

memandangkan setelah selongkar kesemua almari tidak termasuk almari baju untuk mencari chili flakes tapi tak jumpa jadi gunakalah serbuk cili..Ini terpulanglah kalau suka pedas boleh je letak banyak tapi dinasihatkan satu sudu ni pun dah mencukupi sebab ada lada hitam kan, kang tak pasal-pasal berebut bilik air..

lupa nak bagi tau, letak sedikit garam ye puan-puan..

dah letak kesemua bahan-bahan tadi sekarang bolehlah kita gaulkan rata-rata daging tadi..Dinasihatkan kalau nak gaul tu silalah menggunakan sarung tangan plastik bagi mengelakkan tangan pijau atau macam ni gunalah sudu je..Nak biarkan seketika pun boleh tapi kalau rasa-rasa macam tak sabar nak bakar boleh je ke proses yang seterusnya..

Sebelum tu satu lagi bahan-bahannya, iaitu yang terpenting cheese mozzarella..Nama pun burger cheeseeeeee!! haruslah ini ada..

dapatkanlah yang sudah disagat begini, lebih mudah kerja dan lebih cepat boleh makan..

jadikan daging tadi bebola macam ni..Baiklah ini boleh guna tangan sebab tak kan nak gedik guna sudu pulakkan..

setelah habis membuat bulat inilah hasilnya..

daging tadi dileperkan sedikit macam ni, tujuannya tunggu sat tengok bawah ni..

taadaa!! nak letak cheese lah atas daging tadi..kan nama ni burger bercheseee!!

letakkan satu lagi keping daging untuk tutupkan chesee tadi..

dah ready untuk dibakar..

tuangkan sikit minyak bagi burger tu tak melekat..*sebenarnya teruja dapat guna olve oil dirumah*

susunkan di atas tempat pembakar begini..

nampak tak cheese nya tengah melted tu..bagi tidak merugikan ruang sekaligus merugikan elektrik jadi kita bakar sekali capsicum & bawang..

tak taulah kalau dayah ketinggalan zaman sebab macam baru tau gardenia ada roti burger..

sebelum hidangkan, bakar sekejap..Kalau nak bagi rasa macam burger beli dekat gerai burger abang handsome silalah sapu planta sebelum bakar..memandangkan planta tak ada kita bakar dengan letak minyak sikit eh..


Setelah beberapa jam di dapur akhirnya inilah burger yang dapat kami hasilkan.....:

yeah!! letakkan sedikit sos cili lfe..

Sambung next entry..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...