Mari sambung trip dayah yang dekat Bandung tu..Macam biasa pagi-pagi kena bangun sebab nak pergi breakfast..Dekat Bandung ni pukul 630 pagi dah macam pukul 730 waktu KL sebabnya dah terang benderang, nak tidur pun tak lalu rasanya..Hari ni planning nak pergi Pasar Baru, nak belanja (orang indonesia panggil kalau shopping belanja so kalau dekat pasar baru ni setiap kali lalu satu kedai diorang akan teriak macam ni "buk belanja buk belanja, boleh buk belanja") pening lah jugak sebab pantang terpandang je kedai tu gerenti diorang jerit belanja belanja buk..orang tak mau belanjalah..Dayah pergi pasar baru ni pun bukan apa sebab aunty dayah dia pesan pisang salai goreng, huishh!! macam-macam jenis rupanya, ada yang macam nipis macam kipas, ada yang hitam legam, ada yang macam basah-basah..seriously dayah tengok pun tak lalu nak makan..Pusing-pusing dalam pasar baru sebab nak cari tu je, tak shopping pun kali ni..
Dayah sempat snap 3 pic je masa dekat pasar baru ni sebab ramai sangat orang, rimaslah..Lepas dah beli apa yang orang kirim kami terus balik and jalan-jalan dekat mall pulak..Kali ni terjumpa Istana Plaza..ehh!! sebelum tu, sebenarnya masa dekat Bandung ni kami tak sewa supir pun sebab saja nak try naik angkut..adoii!! keciknya angkut ni lepas tu masa nak balik dari Istana Plaza, padahal kan Istana Plaza dengan hotel kami punyalah dekat tapi disebabkan pemandu angkut tu entahlah sama ada dia tak faham apa yang kami cakap atau dia sengaja bawa jalan jauh-jauh lepas tu charge sampai 50 ribu kami pun confuse sampai sekarang..Sampai ayah dayah bertengkar dengan pemandu tu, last last ayah dayah bagi 20 ribu je..ishh!! tak jujurlah dia ni..
dalam Istana Plaza, baru lepas CNY
Kenapakah muka baba serious semacam, sebenarnya ada story behind this serious face..secret tak boleh kasi tau..
lupa mau ambik gambar mama..tengok orang tamak minum skali 2 gelas air, curi orang punya pulak tu..
Malam sekali lagi kami kena dengan pemandu angkut, adoii!! malang betul sekali ni pergi..asyik kena tipu je, naik teksi pun sama jugak..Tapi takpelah dah nasib kan..Malam tu pergi makan dekat kawasan dekat-dekat je, malas nak pergi jauh-jauh lagi pun waktu kami keluar tu tengah hujan..Esoknya nak pulang KL dah so malam ni kita tidur awal okay tapi ehh!! tidak untuk dayah sebabnya malam tu layan cerita zombi, marathon pulak tu..
Rutin yang sama kalau pagi-pagi ialah pergi breakfastlah apa lagi..breakfast bolehlah tahan tapi dayah rasa macam bukan selera kami lah tapi takkan pagi-pagi ni nak makan minang kan so makan jelah, lagi pun free kan untuk 2 orang..okaylah dari tak ada..Lepas breakfast mama ajak pergi kartika sari, kartika sari ni kalau dekat Indonesia memang popular, banyak branches dia..Kartika sari ni banyak jual kek and yang paling famous brownies kukus, macam-macam flavour ada..bukan sekatakat kek je, ada lagi macam-macam and yang paling favourite dayah ialah chocolate stick, sedap tau..Jalan kaki je nak ke Kartika sari ni sebab tersangatlah dekat, melampaulah kalau nak ke situ pun nak naik teksi atau angkut, lagi pun baru breakfast bagus kalau berjalan, cepat sikit proses penghadaman tu..
part of exercise jugak ni kan..
Berhabis dekat ratus ribu jugak dekat kartika sari ni, cehh!! macam beli kereta je berhabis ratusan ribu..hahaha!! adalah dalam RM80 hinggit, mama biasalah kalau kemana-mana mesti wajib belikan jiran kami ole-ole..Kami terus berkemas sebab pukul 1130 nak check-out dah sebab nak kena ambik bus lagi ke Jakarta, sunday pulak tu takut macet atau jem..
bergambar sementara tunggu teksi
Flight kami pukul 9 malam, so bila kira-kira sempat kalau ambik bus pukul 2 petang..Dari hotel ke station bus tu taklah jauh sangat, dalam pukul 1230 dah sampai..Kebetulan station bus dekat dengan mall so untuk menghilangkan rasa bosan menunggu bus dayah and fizah pun jalan jalan lah dalam mall tu..Pusing-pusing terjumpa KFC apa lagi kita masuk and orderlah..Take away je sebab masa tu pun dah pukul 130, tunggu dalam 15 minit jugaklah sebab setiap kali order baru dia buat..Yang bestnya KFC dekat Indonesia ni ada spaghetti, sedap pulak tu..
Bus jalan je tangan kami pun berjalan jugak mencari-cari makanan..Sepanjang perjalanan hujan plus aircond yang sejuk so memang best kalau kita tidur..zzzzzzzzz!! Kan betul apa yang kami agak iaitu jem dekat Jakarta, nasib baik masih ada masa lagi..Sampai airport before nak check-in kami makan lagi, senang nanti sampai Malaysia boleh terus balik rumah tak payah nak makan makan lagi..Flight delay sikit dalam 15 minit..Tak ingatlah pukul berapa sampai KL, dari LCCT terus ambik bus ke KL Sentral and ambik teksi lagi untuk balik rumah..Tengah malam jugaklah sampai tapi tak risau sangat sebab the next day tu semua cuti cuma fizah je yang kena pergi sekolah..Alhamdullilah selamat pergi dan kembali ke tanah air, cewahh!! macam pergi berjuang je..