7/17/2012

Hey semua,






Nantikan kemunculan tempahan kuih raya 2012 di blog ini dalam masa terdekat ini.. ;)




Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

Lunch di Levain

Memandangkan tinggal lagi 4 hari sebelum kita menyambut ramadan, baru rasa terhegeh-hegeh nak ganti puasa tahun lepas, padahal start bulan 5 hari tu rasanya dayah dah mula ganti, tapi asyik puasa tak sampai tengah hari dah terasa lapar, dahaga..Nak-nak bila kawan sebelah buat kopi, aroma tu menusuk lubang hidung, langsung iman tergugat..Tapi minggu ni dayah tak boleh nak main-main lagi sebab tinggal minggu ni jelah sebelum puasa..So hari ni dayah berjaya menahan nafsu untuk puasa penuh walaupun dayah dah start niat since pukul 10 malam ahad..Terasa jugak tergugat masa hampir-hampir waktu tengah hari tadi, tapi berjaya ditahan sehinggalah maghrib tadi..Alhamdulillah..

Jumaat lepas kami kebosanan tahap melampau untuk makan tengah hari dekat our food court sebab lauknya, adoi! sedih kalau tengok..Memang murah tapi tak ada variaties langsung, lauknya macam sama je, kadang-kadang entah apa-apa jenis lauk pun ada jugak..Dayah actually malas nak keluar waktu lunch hour espeacially bila kena bawa kereta, hehe! tapi kalau tumpang orang dayah suka.. ;p Tak adalah kalau dayah bawa kancil tak berapa nak kisah sangat sebab keretanya kecil, ni dayah bawa honda, nak parking semua itu menjadi masalah sikit so rather than keluar dayah sanggup jugaklah makan dekat food court tu walaupun meleleh air mata tatkala makanan itu masuk ke dalam mulut, ataupun keluar ke kawasan terdekat yang tak perlu bawa kereta, means jalan kaki, that should be okay for me..-sigh- Tapi sejak akhir-akhir ni terasa jugaklah kembang tekak bila teringat makanan dekat food court tu, so nak tak nak my friend and I redah jugak keluar tengah hari cari kedai makan yang best..Since we all keluar pukul 12 so taklah pack sangat rather than you keluar around 1pm..


Sebab dah tahap bosan sangat dengan makan nasi je untuk lunch kami berdua tukar pulak menu daripada nasi ke roti-roti, feeling terasa mat saleh habislah..Ni bukan roti yang dalamnya inti kelapa, kacang merah tu semua, tapi ini roti atau more tu pastries lah like slice of pizza, crossaint, sausage roll, manggo custard and banyak lagilah, tak ternama kalau dibilang dengan jari..*kelaskan makan tengah hari cenggini* ;p


Since my friend dah pernah pergi sekali before this so she introduced to me this restaurant/ bakery, tak tau nak justify kan as what type of shop..Nasib baik selera kami berdua sama so tak menjadi masalah untuk lunch seperti minum air petang.. -sigh-


what we had that day..Air tu untuk makluman, beli satu kongsi 2 orang, harga pun half, samajugak dengan pizza tu..

Ini adalah cara kami berdiet badan dan jugak duit..Iyalah selalunya dah budget sehari makan RM5.00 tapi kali ni lebih, so kenalah beli semua kongsi-kongsi.. ;)

Terasa perut ringan tapi bila petang mulalah terasa muzik semulajadi daripada perut keluar..


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...