8/21/2010

Air nenas


kalau u all tengah baca ni during puasa jangan tenung terlalu lama eh!! atau bayangkan tengah minum ni waktu-waktu tengah hari yang panas terik tu..Nanti batal puasa siapa nak ganti balik puasa tu..Jadi tengok jap je..dah2!! scroll ke bawah

Air ni pergilah mana-mana bazar ramadhan pun belum tentu or dayah gerenti tak ada punyalah sebab ni homemade punya air nenas..Baba yang buat, so dayah nak jadi blogger yang baik tau sebab kan dayah nak kongsi cara nak buat air ni, so nanti u all yang membaca boleh try cuba test dekat rumah..Mana tau sedap sangat sampai nak buat untuk jamu tetamu di pagi raya nanti..

Tapi disini dayah nak mohon maaf dulu sebabnya gambar masa air ni di proses i mean masa sedang dibuat dayah tak ambik gambar, aaaa!! sebabnya masa tu daya tidur, so bila bangun tengok-tengok dah ada atas meja, tinggal nak tuang and minum je..T_T..

cara-cara membuatnya yang sangat mudah:

  • nenas dipotong kecil-kecil, kalau boleh buat bentuk kiub, kan kiut je bila nak makan nanti..
  • lepas tu masak kan nenas tadi dalam periuk, ingat periuk jangan kuali..PERIUK, nanti air nenas tak jadi baru tau kalau tak guna periuk, cari yang besar sikit okay!! lupa nenas tu masak sekali dengan air tau, maksudnya rendam nenas tu, sukatan air ikut pada berapa banyak nenas yang u all letak, kira ni agak-agak jelah eh!!
  • then, masukkan gula pasir..Ini pun ikut citarasa sendiri, kalau nak manis letaklah dalam 12 sudu keatas or kalau nak kurang manis less than 10 sudu dah okay!! tapi ni tengok jugak pada sukatan nenas and air yang u all letak dalam periuk tu..Kira ikut citarasa sendirilah eh..
  • Biarkan sampai nenas tu agak empuk, lembut sikit..
  • Kemudian bolehlah sejukkan atau nak minum panas pun boleh je..
Senangkan buat dia, budak sekolah rendah darjah 3 pun tau buat tau..hehe!! SELAMAT MENCUBA..

nak kongsi dengan korang last sunday punya menu buka puasa kami sekeluarga..Masak biasa-biasa je..;-)


makanan yang terhidang..dayah ada caption satu2 lauk tau tapi semua pic tu corrupted, cuma tinggal yang ni satu je pic yang tak rosak..

rebung masak lemak cili padi dengan daging..selera bertambah

pancake, entah kenapa tiba-tiba baba nak buat pulak..rajin datanglah tu

kuih muih dari bazar ramadhan..ehh!! satu dari jiran sebelah rumah..
dari bazar jugak, asal ada 5 tapi tinggal 3 sebab 2 dah habis hancur..
makan-makan lupa nak tunjukkan air pulak..okay dari kiri perkenalkan air soya dari bazar but cair sangat-sangat, tengah air nenas yang kita kongsi cara pembuatan nya tu and last sekali our favourite air teh o ais..
tak ketinggalan my favourite muffin untuk bulan puasa tahun ni..ni flavour double choc, ada oreo, nanti dayah postkan yg oreo and yang lain-lain okay..:)
GCB, ehh!! silap2 ni tak ada dalam senarai menu-menu diatas..gambar ni di ambil semasa sebelum puasa lagi..harap maaf ye semua..jangan marah-marah bulan puasa ni, tak baik haaaaa!!

Tulah menu last sunday kami..Lapar tak tengok semua tu?? cakap je lapar..hahahah!!

p/s: malas nak tidur sebab nak tunggu sahur sekali..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...