10/27/2010

Cerita Kami di Singapura - Geylang ( The Wedding ) Part 4

Hye!! semua,

Mari sambung lagi cerita kami di Singapura..Kali ni nak cerita pasal wedding ceremony pulak..Pagi tu bangun je terus bersiap sebab kami sebagai sedara mestilah nak datang dewan tu awal sikitkan tapi sebelum tu kitaorang pergi breakfast dulu tapi berempat je, cik piee pagi-pagi dah keluar sebab dia kena attend kursus haji..Dah macam dekat rumah sendiri pulak kami rasa..hehehe!!

Mula-mula cadang nak naik MRT je terus ke dewan sebab MRT station dengan dewan tu sangatlah dekat, turun Payar Lebar and jalan sikit dah boleh nampak Kampung Melayu atau Malay Village..Tapi disebabkan semua berhigh heels bagai so tak jadi lah nak jalan kaki, kami terus tahan teksi suruh dia hantar terus depan pintu masuk dewan, senang kan lagipun sejuk sikit, taklah cair make up kami semua nanti...

di dalam teksi menuju ke geylang, malay village...


Kami sampai je rombongan pengantin perempuan pun sampai sama, naik satu bus tu..Melangkah masuk je dewan dayah macam fuhyoo!! cantiknya, nampak exclusive tapi looked simple..

penunjuk arah di luar dewan...

dah dekat nak sampai tu dewannya, makcik depan sikit je lagi, terus eh!!

sampai je tadi sepupu dayah suruh bawak satu hantaran ni..ada choc kisses in individual wrapped..okay!! sumpah dayah tak ambik pun tau..usik je sikit, iyalah nak gak tengokkan..:)


meja makan untuk tetamu, bahagian atas pun ada jugak..


nak tengok tak pelaminnya..okay!! jom scroll ke bawah:




Cantikkan pelaminnya..Mix colour tapi still looked cantik..:)

Ini pulak gambar meja santapan pengantin:


untuk mereka berdua sahaja..nice one




entrance pictures:




Pengantin nikah pada hari yang sama dan bertempat di dewan yang sama jugak..Tapi untuk majlis nikah ni cuma keluarga dua belah pihak je yang hadir..Majlis ni dari tengah hari sampailah pukul 7 malam sebab diorang bergabung pengantin lelaki dan jugak perempuan..Kami taklah tunggu sampai pukul 7 sebab semuanya ada aktiviti masing-masing, ada tu tak sempat lagi shoppinglah, jalan-jalanlah eh!! macam-macam lah sebab malam tu jugak semua orang KL nak balik, termasuklah dayah dan family..Tak sempat nak tengok pengantin potong kek tapi tak apa gambar kek ada..

Pengantin:


semua terpegun tengok gambar ni sebab sorang kacak sorang lagi cantik..Gambar ni diletakkan di entrance..percayalah semua nak bergambar dengan gambar ni..:)

alamak pengantin tak sempat nak senyum tapi takpe still cantik lagi..Baju ni jugak digunakan masa akad nikah..


menunggu pengantin lelaki datang..


inilah pakaian jawa yang diorang pakai..Masa pengantin lelaki nak masuk dewan, ada kuda kepang iringin pengantin, masa ni memang best..:)

Akad nikah :




sedang menunggu tok kadi datang..

dengan sekali lafaz je mereka sah menjadi suami isteri...

Hantaran kedua belah pihak :


Daripada pihak perempuan kepada pihak lelaki..

Pihak pengantin lelaki kepada pengantin perempuan..Ini dibuat sendiri oleh saudara-mara pihak lelaki tapi yang pasti bukan kami yang dari KL ni semualah..hehe!!

p/s : harap maaf sebab gambar masa pengantin batalkan air sembahyang tak adalah sebab dayah dah diri dekat depan tu dari tok kadi belum sampai so segan nak bangun lagi nak ke depan..hehe!!

Pasal makan pulak, perghh!! memang sedaplah makanan yang diorang hidangkan especially dessert, tak putus-putus tu dan bertukar-tukar pulak tu jenis dessertnya..

Makanan :


sebelum tu, inilah kek pengantin..

beratur dulu sebelum mengambil makanan..

di pinggan tuan punya blog..uikk!! nampak penuh pulak, masa ambik tu tak nampak tau..seriouslah

dalam pinggan fizah..

cornflakes dengan peanut tu memang tersangat sedap..terliur dah tengok gambar ni..

ini pun sedap..Ada lagi dessertnya tapi kami sempat ambik yang ini je..itu pun 2 kali round setiap satu pinggan..hehehe!! takpe kitaorang gilir-gilir pergi ambik jadi tuan catering atau tuan rumah tak nampak sangat..:)

Mari gambar dayah dan sepupu-sepupu pulak :


antara orang KL yang terawal sampai sebab hotel mereka dekat je dengan dewan..Inilah sepupu-sepupu dayah..kiri: kak farah, dayah & kak ila..

sepupuku dari kiri: fizah, dayah, baby zarieff, kak leeya & kak leez..

dari kiri: kak mai, dayah, fizah, kak ieda, baby zarieff, kak leeya dan yang duduk tu kak ila..

dari kiri: kak leeya, kak ieda, aunty lah, dayah, fizah, kak azam dan baby rayyan, kak leez, kak mai & kak normali..we all looked gorgeous kan..hehe!!

bersama orang ipoh..:)

budak kecik ni pun nak berposing..dari kiri danish, baby rayyan, baby zarieff & daniel..they are so cute..:)

inilah kecantikan kecantikan sekalian..

bersama kak ct adik kepada pengantin lelaki merangkap sepupu dayah..:)

gambar kami sekeluarga pulak :


kami berempat...

ala-ala adik kakak ni..

budak melayu di kampung melayu..

semasa beratur nak ambik makanan..ni first round tau, menyusul beberapa round lagi selepas itu..



kemeriahan :



suasana dalam dewan..

dah macam profesional photographer diorang ni eh!! :)

Gambar campuran :


door gift..

buku ucapan tetamu kepada pengantin..



air tin yang dibeli di luar dewan..teruja sebab ada air bandung tin..hahaha!!


Dalam pukul 3:30 petang kami pun gerak sebab planning nak ke orchard road pulak..Iyalah first day tak jalan lagi tu..hehe!! tu nanti next entry eh..ni pun dah penuh gambar..

p/s : EL hari ni sebab tengah-tengah jalan kereta buat hal..epp!! nak kena pukul ni..



 


Lots of LOVE...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...