Dear All, eh silap kehadapan semua, dihari dan dibulan yang
mulia ini dayah ingin memohon maaf keatas pertama sekali diri sendiri dan kedua
kepada pembaca-pembaca yang sudi tersinggah di blog usang lagi bersawang-sawang ini (bak kata fizah), hehe! Kerana
sudah berbulan ditinggalkan terbiar begitu sahaja, percayalah bahawasanya mulai
daripada dayah last update tu macam-macam perkara telah berlaku (tak payahlah nak
cerita buat hati sayu lagi sedih je) kalau boleh tak nak ingat dah apa yang
terjadi tapi kena jugak beringat sebab daripada situlah dayah akan muhasabah
diri, fikir apa kejahatan/ keburukan yang dayah dah lakukan setiap
hari..Dah-dah ter-touching pulak..hehe!
Okay! I’m back as normal person..Dayah nak ucapkan selamat
berpuasa raya pun dah masuk seminggu, hehe! Baiklah dikesempatan ini dayah nak
ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN SEKIRANYA DAYAH PERNAH TERBUAT
SALAH KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG DAYAH KENALI MAHUPUN TIDAK, KITA START 0-0 BALIK EH! Harapan
semoga 0-0 ni sampai bila-bila bukan sampai bulan syawal ni je okay!!!! :P
Tengah tengok-tengok gambar mana yang patut di upload/ di
update kan dulu..ermm! since kita dalam mood raya ni dayah nak update tentang
bulan puasa dan raya tahun ni lah barulah happening sikit..
Bulan puasa tahun ni dayah rasa yang paling tak rasa
berpuasa (kehlas macam pantun tak serupa bikin je) betul! This year puasalah
dayah rasa masa berlalu terlalu cepat, pap pap dah seminggu puasa, pap pap lagi
dah 2 minggu, alih-alih tengok lagi 2 hari nak raya dah, rumah dah macam kapal
pecah (bunyi macam teruk sangat rumah saya kan). Actually taklah bersepah mana pun tapi biasalah konon-konon sebulan sebelum
raya tu tak nak kemas rumah, nak biar segala habuk berkumpul/ rumah tonggang
terbalik/ konon-konon bila pagi raya tu rumah nampak lain daripada hari-hari biasa,
hehe!! teori yang direka sendiri..
Tahun ni dayah berkesempatan pergi ke bazaar Ramadan 3 kali
sahaja, sekali dekat kawasan rumah dayah, second time di Desa Pandan and last but not least Taman Melawati.. Harap
maklum, me and my sister antara orang yang paling gemar dengan bazaar Ramadan,
we are always looking forward for bazaar Ramadan setiap kali bulan puasa tapi
tahun ni macam tak berkesempatan nak pergi, hari-hari nak pergi balik kerja
tapi kadang-kadang sampai rumah dah nak buka tak pun dah pukul 6:00, kalau dah
pukul 6:00 nak pergi bazaar Ramadan lupakan jelah, sesak dengan lautan manusia
je, nak beli pun dah tak best..Time dayah kalau nak pergi bazaar Ramadan adalah
antara pukul 4:30 – 5:00 sebab just nice je traffic dalam bazaar tak sesak,
lauk pun fresh-fresh lagi (kalau nak beli kambing pun masih berisi lagi) :p
Tapi alhamdulillah tahun ni office dayah ada buat kelaianan sebab F&B ada sediakan bazaar Ramadan jugak, so dayah
menghabiskan duit disini sahajalah walaupun bazaar nya taklah semeriah macam
dekat luar tapi quite interesting jugaklah menu-menunya.. Boleh dikirakan
tiap-tiap hari dayah beli Cuma adalah skip 2-3 hari sebab tak ada kawan nak teman *mengada*
bazaar yang terletak di lobby..
menu akan dihantar by email dahulu, so bolehlah buat pre-order.. :)
hasil belian saya pada hari yang berkenaan..
Cerita pulak pasal buka di luar kawasan rumah, puasa yang ke
berapa tak ingat kami berbuka diluar anak beranak..Selalunya kalau dayah nak
buka dekat luar dayah akan make sure kami berbuka di rumah dulu, makan minum
yang ringan-ringan je, after pukul 8 baru kami keluar untuk makan yang heavy
sebab dayah tak tahan nak terus berbuka dekat luar sebab ramai sangat
kadang-kadang nak cari tempat duduk pun tak ada..Kali ni dayah try satu kedai
yang baru bagi kami, diperkenalkan oleh fizah yang mana di tertengok dalam
JJCM..Sebelum tu baba dah prepare burger (nak ringan-ringan terjadi berat-berat
pulak) sekali dah makan burger semua kekenyangan tapi itu tidak menghalang kami
untuk berbuka diluar, nak gila kuasa jugak, nak makan banyak jugak padahal
masing-masing dah comment kekenyangan..Kengkonon nak makan roti bakar je sekali
hambik kau masing-masing order sorang satu, hehe!
kami berbuka di sini..
- Lokasi : terletak di Menara CMY Jalan Ampang..
Masa untuk order..
coffee yang ada unsur-unsur almond.. *hehe! lupa nama air ni apa*
Air yang berunsurkan pandan..
Air yang ada unsur-unsur ice-cream yam..
this is mine, something yang tidak mempunyai unsur-unsur daging, maknanya ini adalah vegetarian mee..
*harap maklum selebih makanan tidak di ambil gambarnya*
Niat asal yang sememangnya mahukan roti bakar tidak dilupakan..hehe!!
Tahun ni jugak tahun yang dayah banyak menerima undangan
berbuka puasa di luar..Dayah berkesempatan berbuka di 4 lokasi
yang berbeza (ceh ayat macam wartawan tulis article artis berpuasa) *perasan*
First dayah berkesempatan berbuka di KL Convention Centre..Ini memang last
minit punya invitation..Tiba-tiba dapat call tengah hari daripada one of my
colleague ajak berbuka puasa malam tu jugak..Tengah-tengah hari tengah berpuasa
dengar je macam tu terus cakap OKAY! NAK! Tanpa fikir dengan lebih mendalam,
hehe! I must admit yang KL Convec punya makanan adalah yang terbaik, semuanya
sedap-sedap..Nafsu tu memang tinggi masa sebelum berbuka, kalau boleh nak makan
semua yang ada tapi bila dah jamah satu pinggan nak ke pinggan yang kedua dah
mengah, banyak yang kami makan semuanya kongsi-kongsi, tak terlarat nak makan
seorang sepinggan..Yang pasti kami balik hampir pukul 10:30 malam, sampai orang
dah habis terawih kami tak reti-reti nak balik..hehe! tapi sebenarnya berborak
yang lebih daripada makan..
Second dayah berbuka di Passage thru India..Dayah
dah tak nak pergi actually tapi didesak akhirnya dayah tertewas untuk pergi
jugak, hehe! Restaurant ni sangatlah dekat dengan my office, just cross the
road dah sampai..Makanan boleh tahan, nak kata too authentic india food taklah
sangat tapi not bad, yang pasti dessert nya dayah suka..There was one dessert
yang dayah makan 3 ketul lepas tu yang ketul terakhir dia punya muak tuhan je yang tau tapi tetap habis :) Dayah tak lepak lama sangat dalam 8:30 macam tu kitaorang dah balik..So
malam tu seperti biasa lepas mandi dayah nak start buat kuih raya tapi mungkin
disebabkan buka tadi dayah punyalah mengantuk yang memang kaw-kaw punya,
sampaikan nak switch off laptop nak cari button start tu pun dah tak
jumpa..Sebelum mandi tu masih okay lagi, lepas mandi masih bertahan dalam 1
jam, after that yang dayah melepek habis, tidur pun tonggang terbalik..So the
next day ceritalah dengan one of the bosses yang pergi, rupanya dia pun sama,
dia cerita dia yang light sleeper malam tu boleh tidur daripada pukul 10
sampailah bangun nak pergi kerja tanpa berjaga in between tu..So kami bersyak
wasangka ini mesti sebab nasi briyani, diorang kata mungkin restaurant tu ada
letak kas-kas yang boleh menyebabkan kami khayal..Kami akan find out sekali
lagi adakah ianya disebabkan oleh briyani itu ataupun kami yang terlebih makan..hehe!
Ketiga dayah
berbuka puasa di PNB Darby Park dan dapat berjumpa dengan model/pelakon yang
muka ada iras-iras Remy Ishak..Handsomenya dia, cair sekejap tengok, dahlah
handsome friendly sangat, disebabkan semua terpegun dengan kekacakan dia
masing-masing terlupa nak ambil gambar so sekarang masing-masing menyesal.. :/
Dan yang terakhir dayah dapat invitation ke Impiana KLCC..I think ini yang paling cool sekali buffet Ramadannya sebab ada disediakan durian sebagai salah satu menunya dan ice-cream yang disediakan sebagai dessert semuanya daripada Baskin Robin *terbeliak biji mata*..Kali ni ice-cream yang disediakan lagi banyak daripada buffet di hari-hari biasa..Sesi memakan durian diadakan di luar daripada kawasan yang ber-aircond, kalau buat dekat dalam mau tak ada mat saleh yang nak masuk hotel ni..hehe! Yang paling cool makan durian secara berdiri pulak tu, dah tu tepi jalan lagi..Memandangkan sebelum tu dah makan banyak so dayah hanya menjamah 2 ulas sahaja..Sopan sangat tu makan durian..
Makan bersaksikan twin tower.. :)
Mungkinkah nasi briyani itu??
Manggo Lassi, daebak! bak kata orang korea atau memang terbaiklah lassi ni..
inilah pencuci mulut yang dayah makan sampai 3 ketul..
kopi tidak dilupakan walau dimana pun saya berbuka.. :)
Last dessert sebelum balik, Kulfi (sejenis ice-cream ala india)..
-Gambar dalam restoran ni dayah tak ambil sebab gelap, I didn't bring my camera so pakai handphone je -
Dan yang terakhir dayah dapat invitation ke Impiana KLCC..I think ini yang paling cool sekali buffet Ramadannya sebab ada disediakan durian sebagai salah satu menunya dan ice-cream yang disediakan sebagai dessert semuanya daripada Baskin Robin *terbeliak biji mata*..Kali ni ice-cream yang disediakan lagi banyak daripada buffet di hari-hari biasa..Sesi memakan durian diadakan di luar daripada kawasan yang ber-aircond, kalau buat dekat dalam mau tak ada mat saleh yang nak masuk hotel ni..hehe! Yang paling cool makan durian secara berdiri pulak tu, dah tu tepi jalan lagi..Memandangkan sebelum tu dah makan banyak so dayah hanya menjamah 2 ulas sahaja..Sopan sangat tu makan durian..
kena perli sebab makan durian pakai glove.. :)
Cerita pasal kuih raya pulak, tahun ni seperti tahun-tahun
yang sebelum ni, dayah ada menjual kuih raya tapi tahun ni dayah buat
kecil-kecilan so dayah tak postkan pun dekat FB or Blog..Bukan apa dayah takut
tak terbuat nanti..2 minggu sebelum raya dayah dah start mengerjakan kuih-kuih
yang orang tempah..Dah siap baru lega kalau tak hidup dihantui oleh kuih raya je,
hehe! Nanti ada je mimpi yang berkaitan dengan kuih raya.. :P Dah leka membuat
orang punya kuih raya, kuih raya sendiri tak siap-siap lagi..Almond London dah
ready coklat masakan tak cukup untuk rumah sendiri, alih-alih rumah sendiri tak
ada almond London :)..I must admit my kuih raya ada yang satu hari
sebelum raya baru nak buat tapi puas hati sebab none of my kuih raya adalah
kuih tunjuk, semuanya home made hokay!! *bangga*
Cerita raya kita sambung next entri okay! :)
Annyeong!!
Terima kasih kerana menjadi pembaca :)