- kalau tengah buat kerja kat office berhenti dulu
- kalau cakap dengan orang berhenti jugak bercakap, cakap dengan dia sambung lepas lagu ni habis eh!! cuma bila dengan bos je tak, tapi tak concentratelah apa yang dia tengah perkatakan..
- kalau tengah drive confirm volume dikuatkan sampai kereta sebelah pandang *macam dia dengar kan??*
- kalau tengah menaip berhenti jugak..
- kalau dah sampai rumah, nak keluar kereta kena sampai habis lagu ni baru masuk..
- kalau tengah basuh kain, stopkan machine tu dulu..
Pendek kata kalau dengar lagu ni memang mau semua yang dibuat di pause kan sementara waktu..Melodi yang sedap telinga mendengar, bait-bait lirik yang shahdu..ishh!! tunggu abang Anuar Zain nyanyikan live je kat dayah ni, bilalah agaknya kan..:D
Jom kita layan kejap lagu ni ..:
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...
p/s : Lagunya pandai-pandailah korang cari sendiri, tak pun dengar je dekat Hot Fm.. :(