Percubaan untuk dayah update blog ni sejurus pulang dari Ipoh selepas menghadiri majlis akikah anak sepupu dayah nampaknya tidak berhasil, kena jugak ditangguhkan dalam 3 hari baru boleh nak buka cerita, ini semua bukan gara-gara kekangan masa *iyalah saya kan pengganggur mana ada busy sangat kan kan* ini adalah disebabkan penyakit malas sedang beraja di dalam badan *cewah!* sama masa time belajar dulu suka buat kerja last minit and tangguh-tangguhkan kerja/assignment -_- tengok terbawa-bawa sampai sekarang ni, ish ish! not good not good..
Baiklah cukuplah tu mukadimah sebanyak 84 patah perkataan termasuk muka innocent saya tu, :p kalau ikutkan markah untuk pendahuluan karangan peringkat sekolah menengah ni dah boleh dapat markah penuh ni..hehe!! *dah-dah tak payah nak gatal-gatal kira balik*
Berbalik kepada story kita, jam 7 pagi mama dah kejut sambil jerit menggunakan nada suara yang medium, kang guna yang low tak ada yang bangun langsung kan, so anak-anaknya termasuk suaminya taklah bangun secara mengejut seperti hantu pocong, anak-anak dan suaminya bangun dengan begitu well behave sekali, sempat menggolek-golekkan diri sambil bilang mama "ma, 5 minit lagi eh!" padahal kalau ikutkan kiraan yang tepat dayah golek-golek atas toto tu adalah dalam 15 minit.. :D Dayah ada satu peel kalau bangun je daripada tidur dayah tak boleh pergi terus mandi so dengan itu dayah telah menyuruh fizah untuk mandi dulu lepas tu bila siap lambat dan mama mula menggunakan nada tinggi ning baizura dia jerit suruh cepat sebab katanya baba dah tunggu lama dalam kereta *padahal pintu kereta pun belum buka lagi* ALASAN! untuk suruh anaknya ini berada dalam keadaan cuak -_- haa!! mulalah time tu merungut dalam hati menyesal atas perbuatan lampau tak mandi dulu kalau tak, tak adalah kena jerit-jerit macam ni, tak adalah tak sempat nak sikat rambut bagi cun sikit, tak adalah tak sempat nak pakai anting-anting sampai kena pakai dalam kereta *bawa satu mangkuk subang tau* tak adalah sampai pakai salah kasut..erm! -_-
Dalam masa satu jam kami dapat bersiap, pukul 8 dah keluar rumah, selamat tinggal KL kejap..
matahari pun malu-malu lagi nak keluar..
Kami bertolak dari rumah awal sebabnya baba cadang nak ikut jalan lama dan alasannya kenapa nak ikut jalan lama adalah kerana pertama: baba nak cari breakfast kampung-kampung, kedua: nak jimat duit tol :) ketiga: baba tak nak guna line paling kiri sekali bila di highway *sila maklum kami guna kancil je*..Cadangan asal guna jalan lama sebabnya baba nak singgah beli nasi lemak sedap, memang serious sedap, nasi lemak kampung-kampung simple je tapi entahlah apa nama kedai tu pun dayah tak tau tapi tulah bukan rezeki barangkali sebabnya bila lalu je gerainya tutup..Sungguh berjaya makcik dan pakcik tu sebabnya dulu bannernya kad manila je tapi sekarang guna sign board okay! siap ada lampu-lampu lagi..Nampak pakcik makcik tu berkerja keras kan jual nasi lemak.. :D
nasib ada chocolate ini untuk mengalas perut yang tiba-tiba berbunyi merdu..
Baba terus ke depan lagi mencari kedai makan, tekak masing-masing teringin nak makan nasi lemak tapi satu kedai pun tak ada, bila time nak, time ni lah semua kedai nasi lemak tutup..Sudah setengah perjalanan masih tak jumpa-jumpa lagi, yang jumpa kedai mamak jual roti canai..Nehiiii!! breakfast mamak, lunch mamak, dinner mamak, minum petang je tak mamak, nanti panggil mama mamak baru tau, so tak jadi lagi singgah, kaki sebelah dah nak keluar kereta tapi dimasukkan balik sebab mahu cari kedai melayu *melayu sejati katakan* Tapi bila dah jumpa pulak bila tanya :
" kak, nasi lemak kukus ada?? "
" maaf dik, nasi lemaknya habis, yang ada tinggal roti canai je "
nehiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii *dalam hati*
Laa! baik singgah kedai yang tadi je, ishh! banner besar-besar letak NASI LEMAK KUKUS tapi bila tanya tak ada, habis, tak buat..
" takpelah kak "
Kami terus bangun dan meninggalkan kakak itu..Bila bangun macam tu mestilah semua mata pengunjung yang ada terarah ke kami berempat..Perjalanan diteruskan lagi sampailah di Slim River, perut dah makin berbunyi so cari punya cari jumpalah gerai kecil jual makanan melayu, maksudnya ada nasi lemak, bihun, mee goreng, nasi campur pun dah ready padahal jam baru pukul 10 pagi..Bila tanya nasi lemak ada?? biasalah jawapannya tak ada lagi, okay! tak payah bangun cari kedai lain sebab perut dah lapar sangat ni lagipun hari dah lewat nanti kalau sibuk asyik cari kedai makan je bilanya ni nak sampai Ipoh..Dayah pilih untuk makan bihun goreng dengan telur rendam minyak, giler banyak betul minyaknya macam goreng ayam, mama pilih makan kuih je, baba mee goreng dan 2 biji telur, fizah bihun goreng dengan sambal sotong..Maaf gambar tak sempat nak petik, dah makan baru teringat..hehe!!
Jam 12 tengah hari kami sampai di Ipoh, tanpa menggunakan khidmat 'GPS manusia' kami selamat tiba di rumah sepupu dayah tu..Majlis kali ni dibuat di rumah sepupu dayah punya wife so nak ke rumahnya tu ingat-ingat lupa jugaklah, maklumlah masuk ni baru 2 kali kami pergi rumahnya, first time masa kenduri kahwin 2 tahun lepas tapi itu pun guna khidmat ikut belakang orang..hehe!! tapi disebabkan baba adalah seorang yang senang ingat jalan makanya kami tak sesat pun, ikut landmark yang ada semuanya selamat kami sampai..Landmark paling kami ingat sekali adalah.....
ni gambar 2 tahun lepas masa majlis perkahwinan sepupu dayah tu, landmarknya tu haa!! bus stand tu, depan bus stand ni lah rumah sepupu dayah..senangkan??
Kami sampai boleh dikatakan agak kelewatan jugaklah sebabnya sepupu-sepupu dan makcik-makcik dayah daripada KL semua dah sampai dan dah siap makan lagi..huwaa!! kambing I u olls jangan habiskan..Tanpa toleh kiri kanan kami terus serbu makanan..Nak ambik gambar memang tak dapatlah sebab makanan pun hampir-hampir habis so gambar-gambar yang ada ni semua berkat curi di FB sepupu dayah..hehe!!
ayam goreng kesukaanku, sedappp!
ini apa nama lauk ni dayah tak ingatlah..
ikan masin bulu ayam, masa nak ambil tengok tinggal kepala je.. :(
sambal belacan..
kuih muih, yang sempat dayah makan pulut inti tu je sebab banyak bakinya aunty dayah bawak balik rumah, taklah kempunan..
kelibat dulang buah ni pun tak sempat nak tengok..
- Sebenarnya ada lagi 2 lauk iaitu kambing masak kurma dan kari kambing tapi nak curi gambar tak ada, fail lah macam ni gambar makanan tak lengkap, hehe!! -
Disebelah pagi ada marhaban dan bacaan doa selamat, dayah tak sempat nak attend yang tu so gambar-gambar yang ada ni pun semuanya gambar curi tapi curi sambil mintak permission okay! :D
baby Ummar bersama uminya..
Ummar bersama aunty nya..Such a cute little boy isn't??
selepas menjamah makanan kami berborak-borak..
Lepas kenduri aunty dayah suruh ke rumah dia dulu sebelum pulang, baiklah dengan menurut perintah kami semua termasuk ahli-ahli keluarga yang lain datang ke rumah aunty dayah yang hanya beberapa kilometer je daripada rumah kenduri ni..Senangkan berbesan dekat-dekat ni..eh! Tujuan kami dijemput semua kesana adalah untuk merehatkan diri sebenarnya, aunty dayah suruh kami lepak rehat-rehat, makan, minum sebelum pulang ke KL..ohh!! baik sungguh aunty kita ni tau..hehe!!
Jap sambung ke entri yang seterusnya..