1/31/2011

Suai Kenal Blogger Baru : Edisi Februari



www.1tube.my  



  • berpotensi untuk menjadi masyur seperti youtube sekiranya dikendalikan dengan lebih baik lagi, maksudnya sekiranya search engine untuk satu-satu video tu dipermudahkan lagi..Secara tidak langsung jugak boleh mengenalkan konsep satu malaysia di kalangan negara lain..
  • memperbanyakkan lagi video-video terutamanya yang berkaitan negara malaysia kita, contohnya dari segi info tentang negara kita selian daripada lagu-lagu melayu..:
Dunia Blog di Malaysia semakin menarik kerana banyaknya info-info berkaitan negara kita yang ditulis oleh blogger blogger kita yang suka melancong dalam negara sendiri, dengan ini sekiranya pelancong asing ingin membuat research tentang negara kita mereka hanya perlu membaca blog-blog yang disediakan oleh rakyat Malaysia, selain itu, dari segi resipi masakan melayu, dengan ini dapat memperkenalkan makanan rakyat Malaysia di mata dunia..

Ang Pau

Yeah!!

saya dapat ANG PAU hari ni..

*big smiley*


*macam dapat beratus-ratus gayanya*   :D



Tak ada mood lagi

Hari ini kita banyak bercerita mengenai MOOD ye kawan-kawan *padahal baru dua entri pasal mood*

Memandangkan CNY just around the corner, dah tak lama je lagi kawan-kawan cina kita nak makan besar dengan family diorang rabu ni, dah tak lama lagi je kawan-kawan cina kita nak pakai baju color merah yang dibeli time sale di Sogo hari tu di pagi Tahun Baru Cina nanti dan dah tak lama lagi kita akan bercuti bersama-sama.. :D seronok eh!! u olls yang CNY ni keluar berjalan-jalan, berholiday-holiday di luar Kuala Lumpur..Kahsian diri ini yang kena duduk rumah, ehh!! tak kata nanti nak keluar ke??..Esok je dah planning nak jalan-jalan dekat sebab last week ternampak sebesar-besarnya signboard Debenham dekat Lot 10 tu..hehe!! *dah agak lama jugak kedai tu ada tapi baru sedar last week, alangkah kesiannya, tsk tsk!!*..So macam dapat green light dari mama esok boleh ronda-ronda KL ke Lot 10.. ;-D

Cerita pasal jalan ni, tadi masa tengah lunch *okay!! disini mahu ditegaskan tadi dayah makan quaker oats je okay!!, diet qaucker oats today plus mana ada mood nak makan kan tadi dah bilang* dayah borak-borak dengan rakan seperjuangan cerita pasal semalam dia google nak cari resepi daging masak black papper *dia cakap tak tau nak masak apa tu yang google resipi, wah!!* okay!! lah dia pun dapat resipi sekali bila dah ikut instruction with segala bahan-bahan yang ada, tau daging masak black papper jadi apa?? DAGING KERABU okay!! aishh!! kalau iya pun tukang pemberi resipi agak-agaklah kalau iya pun, tulis je tittle tu daging kerabu jangan memandai nak tulis daging black papper instead..Ohh!! baru dayah perasan daging tu adalah sikit papper nya tapi tulislah kerabu black papper ke something sikit, kesian kawan dayah ni..ishh!! berharap dia dapat masak daging black papper, baru nak feeling-feeling western jadi Asian jugak..

Okay!! back to the story pasal jalan ni, maaflah melalut sampaikan ke resipi..:) Tak ni nak cerita pasal husband dia adalah orang yang sangat tak suka berjalan..Dia kata dia ada jugak ajak-ajak pergi berjalan tapi tak pernah dihiraukan pun permintaan tu, dia prefer lagi duduk rumah..Tengg!! macam mana lah kalau dayah dapat husband macam ni kan..*thinkkk!!* Tapi nak buat macam mana kalau dah memang bukan kaki berjalan, macam mana buat pun dia akan rasa rumah dia adalah hotel yang paling best untuk dia spend time..Tapi kesian jugak dekat kawan dayah ni, merungut nak pergi holiday tapi tak boleh..Masalah ni memang tak dapat diatasi oleh kami sebagai kawan.. *ini ditulis kerana tiba-tiba dayah terasa if terkena pada diri sendiri, alamakk!!* tapi ingat jodoh ditangan tuhan..ermm!!

Pasal tak ada mood, serious hari ni memang tak ada mood langsung nak buat kerja..Boleh diakatakan semua orang..Masa makan tadi sunyinya, maklumlah 3 orang je yang makan di pantri tu..Kakak depan dayah ni yang sorang dari tadi blogwalking, yang sorang ni tak tau website hollywood mana dia buka*masa tengah menaip ni, dia tengah google cari website apa entah, tak nampak nak jenguk detail url dia..hhahaha!!* Yang sorang ni awal-awal dah bagi tau hari ni nak balik awal, sebab sifu dia on leave sampai next week..Dayah pulak memang penyakit tak ada mood ni dari last week, ingat tak on friday, so aircond ni sejuk tau tapi tak rasa nak pakai sweater..*ini falls into which kategori?? tak ada mood or PEMALAS??* Dari tadi asyik blogwalking je..

p/s : limau 3 kotak dah sampai..Dulu masa mama kerja, satu kotak satu hari dia bawak balik okay!! almaklum vendor bagi kat mama dulu, memang dia tapis dulu before nak distribute kan dulu kepada staff yang lain.. Gelap je fridge masa tu, penuh dengan limau..

Tak ada mood

Memang serious tengah TIDAK ADA MOOD sekarang ni..

ermm!!

tak ada mood..lalalala!!

malasnya..

Okay!! mood yang hilang tu dimaksudkan dengan TIADA MOOD UNTUK KELUAR MAKAN LUNCH atau dalam erti kata lain TAK ADA MOOD NAK MAKAN..hahahahaah!! boleh??

kan best kalau hari-hari gini, boleh kurus I tau..Seriouslah hari ni tak ada mood nak makan, mungkikah semalam dah makan sampai 3 pinggan ohh!! yeah!! sekali dengan makan malam after 8 okay!!
Ehh!! tipu-tipu ni tak ada mood nak makan gara-gara perutku meragam daripada pagi tadi..
ishh!!

Rasa sekarang ni nak duduk je sorang-sorang baca blog orang.. :D

bye kawan-kawan *sambil melambai-lambaikan tangan kepada rakan-rakan yang mahu keluar tapau makanan*

Marah tau tak??

Pagi-pagi dah bikin diri ini marah..Marah tahap menyampah dah tengok ni..

Tertanya-tanya?? hahahah!! dayah tengah marah sebab cari invoice yang amount dikehendaki tak jumpa-jumpa..Hangin okay!! dahlah hari ni punyalah malas tahap tak boleh dibendung lagi bila pagi tadi nak kena bangun seawal pagi untuk pergi ke office..Kalau ikutkan hasutan syaitan yang sentiasa berlegar-legar di mata ni, sentiasa bermain-main dengan emosi ni memang taklah dayah bangun dan terpacak depan office seawal pukul 8 pagi..

Dahlah esok cutikan, hari ni tak ramai yang berada sama dalam office ni, terasa kesunyiannya bila ramai kawan-kawan cina ku dah start cuti, ada tu dah sampai kampung pun..Jealous-jelaous, diorang dapat bangun lambat..

Semalam punya hujan, kira saki-baki tu masih ada lagi pagi ni..Since buat masa sekarang ni dayah masih lagi 'menumpang' dengan baba selagi satu lagi kereta tu tak siap makanya sorry pagi-pagi hujan macam ni I nak basah u olls sebabnya baba siap hantar depan pintu masuk office lagi, kalau boleh sampai masuk office dia nak hantar *ehh!! itu kalau mama, mak sayang anak terlebih katakan* hehehe!! :p..Untuk yang tak mengetahui, semalam KL atau macam kawan dayah cakap 1 Malaysia hujan daripada pagi sampailah malam, pagi ni pun still drizzling lagi..Memang semalam rakyat Malaysia banyak menghabiskan cuti hujung minggu mereka dengan melepak di dalam rumah je lah, termasuklah kami sekeluarga, nasib baik semalam tak ada apa-apa planning nak keluar..Hujan ni kan rahmat so jangan merungut ehh!! bila hujan, bersyukur je dengan rahmat Allah swt ni..:) *tiba-tiba kan*

Jadi bila semalam tak keluar rumah makanya dayah telah menghabiskan masa-masa berfaedah tu dengan blogwalking dan ber FB ian..Habis semua status dayah comment, chatting, comment gambar..Tengah dok sibuk membalas comment-comment rakan-rakan itu *banyak ke yang balas balik dayah oii!!??* salah seorang kawan yang dikenali zaman sekolah dulu telah offer untuk keluar bersama dan telah berniat ingin belanja dayah..hehehe!! suka, ada orang nak belanja..Tapi mula-mula dia nak belanja shushi memang haramlah I nak ikut serta okay!! so dia tukar planning ke Teppanyaki..Okay!! gaklah sebab dayah pun memang tak pernah try lagi.. :)

Ni nak cerita sikit, dulukan masa sekolah budak ni bukan kata nak cakap, pandang pun tak nak okay!! kat diri ini, almaklum dulu masa zaman sekolah agak comot sikit diri ini *sekarang ni nak cakap yang tak lah tu, ohh!! sungguh perasan* so bila masing-masing dah besar dah ada FB mulalah nak berkawan balik siap ajak keluar lagi..:) tapi ni bukan orang yang pertama ada lagi sebenarnya sebelum ohh!! terasa diri ini sungguh berharga..hahahaha!! okay!! tolonglah u olls jangan muntah, malu I..:)

p/s : hahahaha!! *gelak jahat* boss ku tak masuk-masuk lagi..so tak payah je terus masuk..lagi pun hujan ni, stay at home lagi best.. :D

p/s: terdengar perbualan seorang rakan dayah dan boss, ohh!! rupanya dia lambat sebab she met an accident..Laa!! kesian pulak, masuk ni dah 2 kali dia ditimpa malang tau..Bad luck bad luck, dulu kena rompak..ishh!! and one more kawan dayah baru je bercerita semalam di tahan oleh seorang yang psycho masa tengah drive dengan husband dia, siap nak bertumbuk ni tapi mujur dia kunci pintu so si psycho tu tak dapatlah nak menumbuk husband kawan dayah ni..Kesimpulan yang ingin disampaikan disini ialah, kalau bawa kereta malam or siang silalah kunci pintu kereta tu ok!! sekarang ni macam-macam boleh berlaku.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...