2/21/2011

Jangan guna perkataan sebegini

hi, sapew name??
tengah wat apew tu??
awak chat??
awak ni tomei lah
tinggal kat manew??
napew tak angkat call saya??

SILALAH AMBIL PERHATIAN JENIS BAHASA APAKAH INIEW??..EHHH!! TENGOK TERBAWA-BAWA TAU TAK..

OKAY!! SERIOUS *INI APASAL TIBA-TIBA TULIS DALAM CAPITAL FONT?? OHH!! YAA!! LUPA NAK TUKAR*

Baiklah kembali kepada asal, baiklah untuk pengetahuan semua dayah adalah amat PANTANG SEKALI bila orang chatting dengan dayah guna those ayat dekat atas tu especially yang belakangnya ada W..Kenapa harus ada huruf W belakang tu?? kenapa?? *jerit*dayah sendiri tak faham setiap kali kalau chatting dengan beberapa orang ni mesti nak letak huruf W dekat belakang, kalau nampak cool takpe jugak ni macam susah je nak menyebut satu lagi kadang-kadang sampai tak ku faham apa soalan yang cuba dia tanya ni..So tak payah huruf W tu, lagi cantik nampak ayat tu without huruf W..

One more thing dayah paling tak suka kalau orang chatting atau tak kisahlah apa-apa je yang menggunakan bahasa PELAT..For example, tomei, shayang, cedap, ucuk, *uwek!! tau tak* dayah sumpah geli nak mampos kalau ada yang hantar message macam ni dekat dayah..Rasa macam nak delete je terus apa yang di send tu..I've experienced dealing with this kind of people okay!! rasa macam nak tampar je dia bagi dia tersedar terus send sms tak ada word word pelat ni lagi..

Baiklah itu cara orang sekarang berbahasa barangkali tapi for me kalau kita dah besar cuba being like orang besar bercakap tak payah lah nak macam ala-ala adik tomei okay!! Tapi kalau nak chatting with me, send me an sms please and please do bare your mind not to used these kind of word again okay!! :D

Freedom to speak out what I'm dislike and no hesitation okay!!.. :D

Baju idaman

Selamat Pagi semuaaaa!! or ada yang baca ni waktu malam?? Okay okay!! selamat malam semuaaaaa!!

Baiklah sebenarnyakan dayah nak kongsi resipi kuih talam tau sebab last week mama ada buat untuk minum petang kami di rumah..wah!! bunyi macam kita berada di kampung pandan halaman kan bila petang-petang ada kopi 'o' *tapi dekat rumah tak ada maknanya nak minum kopi 'o', harus kena ada kopi with creamer atau kopi susu lah* lepas tu dihidangkan dengan pelbagai jenis kuih muih traditional melayu, wooo!! best tu..Budaya melayu jangan dilupakan walaupun anda suka makan cheese..*tetiba je*..Tapi disebabkan tahap pelupa tu makin tinggi *ini gara-gara kurang makan ikan makanya jadi pelupa* so setiap kali ada dekat rumah mesti terlupa nak buat entri pasal resepi ni, nak tulis dekat sini boleh tapi gambar tak ada jadi tak best nanti story kita..Baiklah malam nanti dayah update pasal resepi tu eh!! *promise*

Baiklah dayah sudah dapat perkhabaran bahawasanya bulan 5 ni kalau tiada aral melintang insyaallah kami sekeluarga akan ke Singapura lagi sekali untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu dayah lagi, yang sebelum ni abangnya kahwin so sekarang giliran adik bongsu dia pulak..So lagi sekali bercuti kita di Singapura, wehuu!! suka okay!! siap ni dah cadang sampai nanti nak pergi mana, nak beli apa..haishh!! lambatnya lagi eh!! hehehe!!

Tema untuk kali ni belum ditetapkan lagi sebabnya semua orang *sedara yang lain* masih belum tahu lagi the exact datenya cuma dayah and the family je yang tahu sebab mula-mula cadang nak pergi naik flight and balik daripada Singapura nak naik kereta api so since masa tu konon-konon nak buat booking *sebab time ni murah okay!! flightnya pergi untuk 4 orang baru RM154.00* dayah pun message lah my cousin ni tanya dia punya tarikh wedding, tu yang dayah kira orang MALAYSIA pertama yang tahu..hahahaha!! Last-last sekali tak jadi naik flight atas alasan the next day tengok harga ticket dah mahal balik, baiklah cancel plan nak naik flight kali ni kita bertukar ke arah naik kereta api pulak.. :D tapi ticket tak beli lagi sebab bila semalam check untuk booking online bulan 4 punya belum ada lagi so kita hold sampai next month eh!! Mama lebih suka kalau pergi Singapore naik Kereta api daripada bawa kereta sebabnya nanti dekat sana kereta parking je sebabnya kami lagi prefer naik public transport rather than bawa kereta kang sesat mana-mana siapa susah?? KAMI JUGAK!! hehehe!! sebabnya baba dah tak familiar macam dulu dengan jalan dekat sana so baik naik public transport je lagi pun macam last year yang pergi tu kami bawa je kereta gunanya dekat sana bila waktu sampai and nak balik, sepanjang dekat sana banyak naik kereta my cousin yang orang sana and public transport so tak payah kali ni nak bawa kereta..Baiklah berbalik kepada tema color yang masih belum ditetapkan lagi so dayah wish sangat-sangat kali ni diorang buat tema color merah sebabnya dayah teringin nak buat baju lace style ala-ala indonesia *yang belakangnya labuh depanya pendek tu* dengan kain batik dan warna baju tu MERAH..Mengidam sangat ni nak pakai color ni walaupunku tahu kulitku tidaklah secerah zizie ezette.. :D tapi tak kira nak jugakkkkkk!! so itulah dia baju idaman dayah untuk kali ni punya wedding sebab ini semua gara-gara tertengok sinetron indonesia tu bila diorang ada scene kahwin dayah suka tengok baju kebaya diorang cantik tuuuu!! o.O

Selagi tema warnanya tak diberitahu lagi selagi tulah kain tak dapat nak beli lagi so bulan ni dayah dah berazam mahu mendapatkan kasut idaman yang bakal dipakai bersama kebaya itu nanti dulu..hehehe!! kasut ni dah menjadi idaman sejak bulan lepas lagi bila asyik-asyik selak majalah kasut ni yang diorang tunjuk..Kasut jenis apakah itu?? jeng!! bagi u olls suprise nanti eh!! bila dayah dah beli akan di publishkan di entri yang seterusnya..hehehe!! tungguuu tauuuu!!

So sekarang ni diet secara besar besaran bakal dilancarkan bermula hari ini..Azam untuk pakai kebaya tu nanti so kena patuhi diet secara berhemah yee HIDAYAH.. :D so silakanlah kawan-kawanku sekalian doakan dayah berjaya ye kurus sikit masa wedding tu nanti.. :D

p/s : macam-macam ragam manusia kadang-kadang kita bakal jumpa kan..Lagi meningkat usia kita selagi tulah kita akan jumpa dengan pelbagai jenis manusia.. :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...