Wow! Lama rasanya dayah tinggalkan blog ni sampaikan nak tulis salam pun kena refer previous entri :D ish ish! dasyat tuan empunya blog ni..Baiklah di hari yang dingin di tengah malam di bawah aircond ni, dayah terasa ingin menghidupkan semula blog yang sudah lama kesepian ini, cewah! ayat dah macam skrip drama cerakaram TV3..Kalau dikirakan punyalah banyak cerita yang dayah nak ceritakan disini tapi itulah bila malas dah menguasai minda semua tak menjadi lagi-lagi bila tangan tidak langsung berkerjasama dengan otak..
Sambungan daripada cerita kami di Kuching, Sarawak yang dah setengah tahun tak habis-habis, wow! sangat lama..Hasrat rasa macam nak je tutup terus cerita ni tapi nanti seperti digantung tak bertali pulak, tak sedap hati pulak rasanya..Takpe dayah akan habiskan jugak tapi dengan kadar speed yang ala-ala cerita Tokyo Drift bila Paul Walker tekan minyak sampai api terkeluar dekat ekzosnya tu..haa! bayangkan lajukan? *anak mata di atas, jari telunjuk di dagu* fuh! macam ni skirt pun boleh terselak..o.0
*Sekejap sedang merujuk previous entri*
-
-
-
-
-
-
-
Hari ketiga kami di Kuching, Sarawak seperti biasa aktiviti di pagi hari, bangun awal untuk bersarapan, kalau di KL tak adanya nak rajinkan diri bangun untuk breakfast, sanggup tinggalkan breakfast untuk menikmati waktu tidur yang lebih panjang..Selama 4 hari kami disana, 1 hari pun tak pernah lepaskan peluang untuk ambil breakfast sebab hari-hari menunya akan bertukar dan yang penting sedap di tekak kami..Makan sampai terasa perut ketegangan, hehe! Lepas tu bila start perjalanan dalam kereta semua akan tidur sebab bila perut kenyang automatik mata akan layu so semua akan tidur tinggalkan baba driving sorang-sorang..hehe!
on the way ke restaurant di bawah..
-mengikut kata orang tua-tua dulu, jangan ambil gambar bertiga sebab nanti salah seorang di dalam gambar tu akan mati, entah betul ke tidak yang pasti ajal maut di tangan Allah swt, itu harus percaya, jadinya disebabkan mama agak termakan dengan kata-kata orang tua-tua dulu tak nampak tu tangan mama tolak baba tak bagi bergambar sekali, ish! -
Kalau entri sebelum ni dayah hanya tunjukkan bahagian atas restaurant ni yang macam ala-ala tengah tengok teater Phantom of the Opera, kali ni dayah sempat snap few pictures di bahagian bawah restaurant ini..Ini sementara tunggu mama and baba ambil makanan..
since kami bercuti ketika orang sedang sibuk bekerja jadinya taklah ramai orang..
bahagian ni paling digemari..
main dishes area..
sambungan daripada gambar di atas..
part ni pun kegemaran kami berdua, tak ingatlah ada ice cream ke tak pagi tu..
- dah menikmati gambar-gambar sekitar restaurant ni, apa kata cuci mata dengan gambar makanan pulak -
terimalah gambar daripada pinggan saya..
tak ingat siapa yang punya, kalau tak baba mesti mama yang punya..
sesiapa punyalah, lupa sudah.. :p
ini saya yang ambil untuk makan seorang.. *masa ni terlupa sekejap berat badan bakal bertambah, tutup mata je makan*
telur yang mengandungi cheese di dalamnya.. >.<
gambar ini diambil sebab sebenarnya nak snap gambar mat saleh sebelah mama tu, and mama pulak buat-buat macam tengah ambil air.. :D
sama-sama gumbira dapat snap picture mat saleh tu tadi.. :P
sedang bercuti pun ada call daripada office, busy betul mohd salleh ni :)
Selesai mengisi perut-perut kami dengan makanan-makanan yang sedap ini, kami pun berjalan-jalan di sekitar lobi hotel *sebabnya tak tau mana nak pergi lagipun semua tengah ketegangan perut, sama macam hari-hari sebelum ni*
bergambar di depan hotel..
hotel ni jugak ada menyediakan coffee house ala-ala Starbucks, kami sempat rembat 1 soft cookies before pulang KL..
jalan-jalan terjumpa dengan wall of pictures ni, gambar-gambar ni semuanya dijual..
Since ini merupakan hari ketiga kami disini sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada keesokkan harinya, mama ajak pergi borong kek lapis..Banyak jugaklah katanya nak dibeli untuk bagi orang-orang terdekat di KL..
beli parking coupon dulu..
di sepanjang deretan kedai inilah terdapatnya banyak para peniaga yang menjual kek lapis, walaupun kadang-kadang hakikatnya semuanya sama je rasa tapi in terms of barging, kadang-kadang kedai ni boleh bagi murah berbanding kedai yang satu lagi..Lokasi deretan kedai ni betul-betul bersebelahan dengan Waterfront..
Kalau ikutkan nafsu membeli belah ni mahu habis diborong semua kek lapis yang ada tu, geram-geram tengok but since baba dah set up kan berapa ratus sahaja boleh spend untuk kek lapis makanya tak adalah pembaziran berlaku..
beberapa kek lapis yang muat disusun di atas meja ini..
Akhirnya dayah hampir berjaya menghabiskan entri ini, tinggal satu sahaja lagi entri untuk menamatkan cerita tahun lepas ni.. :)
Baiklah hari pun dah tengah malam sangat, kejap lagi nak bangun bersahur *tengah mengganti puasa*