12/26/2011

Percutian Singkat di Pulau Pinang (1-2 October 2011) Part 2

Assalamualaikum dan Selamat Pagi/ Petang semua.....


Penulis blog yang tak update update blognya sampai berminggu-minggu kini muncul kembali, hehe!! sambungan cerita yang agak dah basi tapi tak kira nak jugak buat sambungannya, sedia?? okay! sambung........


Selepas settle-kan proses-proses nak check-in kami pun carilah parking, dalam masa tengah parking kereta tu, semua complaint cakap LAPAR *tak semua sebenarnya, dayah sorang je, almaklumlah pagi tadi tak breakfast, last makan masa tengah malam tu je lah* :D mama pun dengan tak berapa nak sampai hatinya memaklumkan kepada baba untuk cari kedai makan dulu before kita letakkan semua barang-barang ni dalam bilik..hehe!! ^_^


Selalu kalau datang penangkan perkara yang ada dalam itenary kami adalah INGIN SINGGAH MAKAN DI NASI KANDAQ LINE CLEAR tapi yang buat kami selalu patah balik bila dah ada depan kedai dia adalah queue yang panjang berjela..Dahlah tengah lapar kena beratur pulak tu, tengah panas pulak tu lepas tu lauk yang diidamkan habis pulak tu, lepas tu banyaknya lepas tu..Haa!! selalunya sebab kena beraturlah yang membuatkan kami tak jadi singgah..Tapi kali ni nasib kami baik, rezeki nak makan dekat line clear ada..Masa kami lalu je memang kedai tu LINE CLEAR habislah, tak ramai pun orang, tak payah pun nak beratur mungkin sebab masih awal lagi agaknya, orang masih kenyang lagi, kami je yang kelaparan *memang duduk penang ni dayah terasa lapar jeeee* :p so tanpa melepaskan peluang keemasan ini *cehwah!* kami pun masuk and terus ambik lauk-lauk yang berkenan di hati..


tengok-tengok O.o lauk masih banyak lagi...

kepala ikan pun berderet tunggu turn..Tapi kami tak ambil pun, ambil gambar je..SMILEEEEE!!

orang yang bertanggungjawab untuk ambilkan makanan kami *mention to pakcik belakang tu eh!* :D

2 lauk utama, telur ikan dan ayam goreng..Mama and baba cakap telur ikan ni sedap, maaflah dayah tak makan telur ikan so I only akan cakap AYAM TU SEDAPPPPP!! :D

My plate, penuh dengan sayur, tak silap yang merah-merah tu kambing *maaflah dah lama sangat kejadian ni berlaku, sampai terlupa dibuatnya* hehe!!

tengah kusyuk makan, maaflah mama gambar tak muat nak masuk, hehe!! 

Dan selepas beberapa minit menumpukan perhatian kepada makanan :

Licikan?? nampak sangat semua tengah kelaparan.. :)


berlatar belakangkan kedai line clear, nampak tak gambar-gambar yang tergantung dekat belakang tu?? itu semua gambar-gambar artis dan orang-orang yang terkenal yang pernah singgah makan dekat kedai line clear ni..


Selepas selesai memenuhkan perut masing-masing dengan nasi kandaq line clear kami pun terus check-in..Masing-masing dah berpinar-pinar biji mata sebab kengantukkan, especially baba dan mama lah, satu malam tak tidur..Kami adik beradik steady lagi, siap boleh nyanyi-nyanyi lagi dalam bilik tapi bila mama ajak keluar mulalah mata mengantuk, hehe!! saja je malas nak keluar sebab aircond bilik tu macam terasa berada di Kutub Utara..

Kan dayah dah kata kalau pergi Penang ni dayah memang akan sentiasa rasa lapar je, so petang tu kitaorang keluar untuk cari makan..Kali ni teringin nak makan nasi lemak kecik-kecik tu dengan sup kambing plus teh tarik mamak..Tak payah pergi jauh-jauh, depan hotel je dah memadai..

jalan raya depan hotel penginapan..

sup kaaammmbbiinnnggg saaatuuuu mamak..

kalau boleh nak habiskan semua ni ehhh!!???

nasi lemak Bilis Telur (BT)

Nasi Lemak Ikan Masin (IM)

Nasi Lemak ada udang, short-form nya, alamak tak tau pulak..

Seriously nasi lemak kecik-kecik ni sedap dimakan ketika lapar sebab boleh tambah at least 3 bungkus sekali, hehe!! Kalau u olls pergi Penang, nasi lemak ni memang banyak dijual, kadang-kadang kitaorang beli sampai sepuluh stok dalam bilik.. :)

sila fokus pada teh tarik ini yeee!!

- sup kambing yang diminta secara menjerit tu gambarnya terlupa nak ambik, hehe!! -



kekonon gambar ni candid lah dengan teh ais tu.. >.<

Selepas menghabiskan nasi-nasi lemak itu kami pun berjalan-jalan sekitar Penang dengan menaiki kereta..Kalau pergi Penang kan memang tak sah kalau tak singgah Batu Ferringhi, tak kisahlah nak lalu je ke, nak berhenti bermandi-manda ke. nak stay dekat sana ke tapi itu adalah tempat wajib untuk disinggahi..Kami lalu je singgahnya tak, singgah nak petik gambar adalah, jadi ini hasilnya...

deretan kereta yang parking di tepi jalan..

suasana petang di tepi pantai..



Sebenarnya kami tak ada arah tujuan, lepas lalu depan Batu Ferringhi tak tau nak pergi mana lagi, kami suruh je baba jalan terus lagi dan lagi dan lagi.........

merentas laut nan luas terbentang..

merentasi jugak empangan yang besar gedabak ni..

tak lupa jugak hutan melintang ini kami rentasi

Akhirnya kami sampai di sini...

mengikut kata mama, ini kampung arwah datuk dayah..So tak sia-sialah kami menempuh laut, empangan dan hutan bagai..

dan tak sia-sia jugak kami singgah sebab ada pasar malam kecil disini..

tak lepaskan peluang untuk membeli-belah sikit, ;)

dapatlah minum milo kampung, teruja nak beli sebab milo ni jual dalam lori yang macam selalu datang dekat sekolah-sekolah tu tapi jangan expect rasanya sama macam yang dekat sekolah tu eh! :)

Sambungan ke next entri please... ^_^


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...