12/01/2010

Aktivitiku di malam hari

Baru balik jalan-jalan makan sup dekat kampung baru..Sup kambing semestinya diorder, mama, baba & fizah pilih nak makan dengan nasi lemak, dayah pulak pilih nak makan dengan nasi putih *buat-buat macam terlupa akan diet yang telah dipatuhi sejak semalam, haa??!! baru semalam nak kecoh, ehh!! tapi ada sikitlah perubahan fizikal yang dapat dirasakan..Benar tak tipu sebab tengah hari tadi makan roti je* Teruja jumpa dalam convinience store roti high five sausage roll, adakah masih baru dipasaran atau saya yang ketinggalan dengan isu semasa pengeluaran roti di malaysia ni..Berbalik kepada isu makan nasi tadi, memilih untuk makan nasi bukan apa sebab teruja depan mata cili padi potong satu piring kecil siap diletakkan kicap cair masin lagi..perghh!! menaikkan nafsu makan macam ni..Itu nasib baik tak tambah sepinggan lagi kalau tidak..ohhhh!! TIDAAKKKKK!! BAJU AKU DAH TAK MUAT LAGI..hahahahah!!

Lepas makan lepak dalam kereta sementara menunggu baba memasukkan duit dalam bank, biasalah masukkan duit dalam bank CIMB berjam-jam nak kena duduk depan mesin tu tunggu semua duit dia telan, ditambah peluh lagi nak menunggu duit tu dikira..haishh!!

Habis kes di CIMB kampung baru kami terus membawa kereta ke Tesco Ampang pulak sebab ada benda yang nak dibeli..Jam dah menunjukkan hampir-hampir ke tengah malam tapi orang yang datang macam tesco tu baru je nak mula beroperasi * termasuklah kami sekali*..Syok-syok tengah pilih chocolate rupan-rupanya ada artis sebelah kami, fizah walaupun tidak memakai cermin mata yang berpower tinggi tapi dia dapat tau kehadiran artis berkenaan, ada sixth sense agaknya * tak ada kene mengena dengan cermin mata berpower tinggi*..Toleh-toleh nampaklah Adira & Iwan AF..Alaa!! comel je diorang ni, baik tak sombong, kami senyum dibalas balik..okay!! ini artis boleh diminati..:)

Pusing-pusing depan area chocolate mencari satu choc kegemaran semenjak tengok gambar salah sorang kawan fb dayah post dalam fb dia..Hermm!! perlu ke time-time kamu diperlukan oleh tekak ini kamu tak ada stock?? Stress sampai tertonggeng-tonggeng mencari kot-kot adalah tertinggal satu bungkusan dekat belakang rak tu tapi hampeh!! tak ada..Tak apa 7eleven kan ada *teringat terus muka kembali ceria*

Pulang kerumah, ohh!! tidak lagi kan dah cakap nak singgah 7eleven ..Akhirnya choc kegemaran dalam genggaman..Happynya rasa dapat menggigit-gigit kamu wahai Chocolate Boost..Selain membeli choc hajat singgah 7eleven adalah untuk beli top up, bayangkan selama beberapa minggu hidup dalam tiada-menggunakan-handphone-kerana-kehabisan-credit..Orang sampai dah merajuk-rajuk hantar message, message yang agak berbaur baiklah ini message terakhirku buatmu..hahahahahah!! rilekslah brother, credit tak ada nak balas, nak mintak sos pun dah guna..Haaa??!! malam ni kau siaplah sampai muntah aku message, tengok terlayan tak..

Ini sajalah kronologi aktivitiku selepas pulang dari office pada hari ini, sebelum tu tengok gambar choc kegemaranku ini..Terima kasih google kerana menyediakan gambar chocolate ini, koleksi sendiri ada tapi tak transfer lagi dari handphone ke laptop ni *gambar koleksi sendiri siap ada teh tarik kurang manis background tau*




p/s: chocolate boost masih belum habis digigit2..*makan sorang2 je*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...