Selamat tengah hari semuaa.....
Sebenarnya entri ni dayah taip semalam tau masa baru je balik dari makan satay, tapi malangnya tengah-tengah taip dayah tertido :) terbengkalai laptop ni sorang-sorang, pukul 5 pagi baru terperasan.. Okay!! cerita pasal makan satay semalam, sebenarnya makan sataynya kejap je satu jam pun tak sampai tapi macam biasa kalau dah keluar malam lepas makan perkara wajib adalah ronda-ronda KL..hahaha!! mama selalu marah kitaorang kenapa entah kau asyik nak jalan KL je, hari-hari kau tengok sama je, ehh!! mana ada sama je, orang berlainan kot kita jumpa setiap kali lalu.. :) Memandangkan tadi dayah yang drive habis semua ceruk dayah jalan..Pusing-pusing dekat area club yang ada dekat belakang KLCC tu..hahaha!! jumpa ramai 'awek' seksi u olls..
Baiklah kali ini entri bukan nak bercerita pasal makan satay malam semalam mahupun apa yang kami jumpa semasa ronda-ronda di kotarayaku semalam eh!!, ni dayah nak sambung part 2 cerita setengah harian kami di Cameron tu, hehehe!! padahal setengah hari je pun pergi tapi siap ni nak buat sampai berpart-part..Alaa!! biasalah gambar boleh dikatakan banyak, nanti kalau letak semua dalam satu entri u olls jugak yang muak sampai muntah berbaldi-baldi kan.. :p so dari tak nak buat u olls rasa sakit dan terus kurus baik dayah ambik langkah berjaga-jaga dengan membuat 2 entri.. Okaylah tu 2 entri je pun..
*Kejap dah lupa nak cerita apa, kena tengok gambar balik dalam folder lepas tu gambar terakhir masa update entri part 1 kelmarin* hehehe!!
Baiklah semua, dayah dah ingat balik mana nak sambung...
Sambil melepakkan diri dan menikmati minum petang akibat keletihan drive dari KL straight sampai ke Cameron kami pun 2 beradik mengambil kesempatan untuk ambik gambar ladang teh yang cukup cantik ni..Okay!! kalau nak tau setiap kali kami singgah sini mesti kena wajib ambik gambar ladang teh ni..Tak percaya tengok jelah folder gambar dalam laptop dayah ni *macam u olls boleh tengok*, mesti ada gambar ladang teh, angel pun sama je, cuma mungkin yang berubah cuaca je, ada yang tengah panas terik, ada yang tengah mendung, tengah hujan pun ada jugak..
Kita mulakan dengan gambar ladang teh eh!! :
waktu ni cuaca mendung...
cuaca macam ni lah yang membuatkan kami berat hati nak tinggalkan Cameron Highlands...
- mula-mula tak ramai tau sekali dah beberapa snap sekali toleh belakang, haa!! hambik kau beratur tunggu turn nak bergambar -
Gambar kami pulak dua beradik :
- dua keping cukuplah, sebenarnya ada banyak lagi tapi takpelah nanti u olls muak sebab teknik dan angel-nya sama je, tak ada aksi-aksi sampai turun ladang teh pun -
Sesudah selesai semua makan, kami pun beredar untuk beri laluan kepada pengunjung lain pulak yang tengah sibuk berdiri-diri dekat sebelah macam bagi-bagi hint suruh kami bangun cepat sebab diorang nak duduk, tempat semua dah penuh masa tu..Sempat singgah dekat kedai teh sebelah, saja suka-suka masuk tapi tak beli apa-apa pun..Nak beli teh, dekat rumah ada lagi tu sepaket tak habis-habis lagi..
Jadi kami masuk tawaf sekali dan.....
bergambar..
Tak cukup di dalam, sambung di luar kedai pulak.....
- mama dalam toilet masa ini that's why tak ada gambar -
sudah-sudah, mari kita jalan menuju ke pasar malam pulak di Brinchang..okay!! tipu jom naik kereta...
Di pasar malam Brinchang.....
mula-mula hujan renyai-renyai tapi sebaik kami langkah je nak masuk pasar malam ni terus hujan tak jadi..merestui kedatangan kami di sana.. :)
baru beberapa langkah dah start membeli...
buah strawberi...
beberapa langkah lagi ke depan...
dan lagi, masih belum jumpa apa yang dicari...
aikk!! masih lagi melangkah?? belum jumpa lagikah??
baiklah, dah jumpa pun...
sayur-sayuran...
jagung, 8 batang ni RM1O...
oren tapi ini kami tak beli ambik gambar je...
dayah teringin nak makan honey comb ni, satu mangkuk kecik ni RM2.50..Rasa honeynya sedap tapi yang honey comb tu liat, gigit-gigit tak jugak dia hancur, dah macam makan chewing gum, nak telan takut so gigit-gigit lepas tu buang..
dah, sayur dah beli, jagung pun so sekarang jom cari kedai makan, lapar ni...
Sebelum pulang kami makan malam dulu..Selalunya kalau pergi Cameron ni, satu kedai ni pasti akan jadi tempat kami makan tengah hari, breakfast, makan malam sampai owner dia dah kenal kami, dari mak dia yang jaga sampailah ke anak dia..
Inilah kedainya...
kedainya biasa je, makan pun biasa je tapi tak tau kenapa suka sangat kami dengan kedai ni..Dulu kedai ni ada jual claypot rice sedap tau!! tapi lately ni dah tak sedap sangat, mungkin sebab dah bertukar tukang buatnya kot..
Sementara menunggu makanan yang diorder sampai.....
masa dekat pasar malam dayah ada beli cendawan dan sayur yang digoreng dengan tepung ni..Tak tau apa nama sayur ni tapi sedap bila dah digoreng macam ni...
Makanan pun tiba.....
dari kiri : air suam (dayah), nescafe (mama & baba) dan milo ais (fizah)...
claypot rice * tak sesedap yang macam dulu-dulu*
tak ada cili padi tak sedap, kalau ada ni at least boleh menambah perasa makanan tu...
- dalam beberapa minit -
licin...
Hari dah semakin nak gelap so kami cadang untuk turun ke KL..Sebelum itu. ada lagi yang nak dibelinya :
ce teka ce teka..??
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tadaaa!!
Hanya beli take-away je sebab jam dah menunjukkan pukul 8 malam, pukul berapa nak sampai KL macam ni kalau lepak lagi dan lagi..
Perjalanan turun yang tak banyak kereta, kadang-kadang kereta kami je ada atas jalan tu..Dayah suka sangat environment macam tu, jalan dekat bukit-bukit waktu malam, sunyi je dengan gelapnya..hehehe!! walaupun scary jugak rasanya tapi entahlah best kot..Mama macam biasalah dah fikir yang bukan-bukan, nampak anjing pun dah takut, padahal anjing tu berehat je dekat tepi jalan tu.. Tak senang duduk mama dibuatnya masa on-the-way turun KL dalam kegelapan tu..
Sebelum terus pulang ke rumah kami singgah sebentar di perhentian jejantas Sungai Buloh, nak supper sebelum sampai rumah..
memandangkan air ni dayah beli yang venti size lepas tu seriously air ni manis sangat-sangat, nak minum macam tu je memang tak terhabis so masa singgah dekat perhentian jejantas ni dayah jadikan air ni as chocolate ice, dah macam milo ais rasanya..By the way nama air ni Hot Chocolate Hazelnut, lepas ni memang tak akan pilih lagi air ni..MANIS..
mama dan baba makan nasi lemak bungkus...
seorang satu sandwich telur (dayah dan fizah)...
Selesai makan teruskan balik pemanduan untuk pulang ke rumah, lebih kurang 1 pagi jugaklah kami sampai rumah..
Sekian cerita kami untuk kali ni.. :D
Terima kasih kerana menjadi pembaca :)