U olls minum petang apa tadi dan makan malam apa tadi?? dayah sambil-sambil update ni tengah makan cekodok bawang campur cili padi dan teh 'o' panas hasil air tangan mama..Perghh!! pedas giler cili padinya, lepas tu minum teh 'o' panas meleleh air mata
bukan nak cicah teh 'o' tu ehh!! nak tunjukkan je gabungan dua makanan dan minuman ini.. :)
p/s : dayah update entri ni sebenarnya waktu petang tadi tapi waktu malam ni baru siap..hehehe!! :D
Baiklah dayah bukan buat entri ni untuk bercerita cara-cara membuat cekodok mahupun teh 'o' yang berperasa strawberry ni eh!! tapi sila baca tajuk diatas, hehehe!! Iyalah dayah nak buat entri pasal Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) yang sempat kami sekeluarga datang melawat hari tu..Kalau tak silap dayah tahun ni adalah tahun ke-8 pameran ni diadakan, mesti dapat sambutan yang menggalakkan iyalah kalau tak tak ada nya sampai tahun ke-8, kalau anak umur setahun sekarang ni dah lapan tahun tau tapi still kanak-kanak under 18 tahun tidak dibenarkan masuk so kak kenalah tunggu lagi 10 tahun baru boleh seisi keluarga masuk tanpa ada yang tertinggal di luar ye!!.. :) Kami pernah attend exhibition ni berapa tahun yang lepas kalau tak silap masa tu mama masih lagi berkerja, dapat jemputan dari kawannya yang ada ambil bahagian time tu, masa tu best sebab mama banyak kawan dengan vendor dan ramai jugak vendornya yang ikut serta setiap kali pergi satu-satu booth mesti ada je barang free dapat, hehehe!! tapi lepas-lepas tu dah tak dapat nak attend lagi sebab asalkan ada je exhibition ni kami mesti tak ada dekat KL ataupun ada hal yang lagi penting..So tahun ni Alhamdulillah dapat jugak jejakkan kaki ke exhibition ni..Oh!! yeah!! kalau masa dulu kitaorang masuk kena bayar seorang RM5 kalau tak silap tapi tahun ni tanya-tanya kena bayar ke, kakak yang tukang jaga kaunter tu cakap tak perlu dan start tahun ni jugaklah exhibition ni dibuka untuk public hanya satu hari sahaja tak seperti sebelum-sebelum ni at least 2 hari for public..
Kami suka datang exhibition ni sebabnya semua yang dipamerkan 100% halal itu pun ada jugak makcik yang tanya "ni semua halal ke dik??" dah sah-sah pameran halal makcik oii!! haishh!! mungkin sebab makcik tu was-was tengok bila ramai orang cina atau bukan berbangsa melayu yang promote produk-produk mereka kot..Entahlah makcik tu kena brief dulu oleh anaknya before masuk taklah penat makcik tu nak tanya dekat setiap booth ni halal ke?? :P Banyak jugak barang-barang yang belum ada dalam pasaran tapi secara exclusive dipamerkan dekat exhibition ni so kalau kita beli, kita antara mereka yang exclusive jugak sebab belum ada dalam pasaran kita dah guna, bolehlah nak aksyen-eksyen dengan jiran sebelahkan, hahaha!! *lakonan semata-mata ye!! jangan tiru aksi ini*
Memandangkan pameran ini berkonsepkan antarabangsa jadinya banyak jugaklah negara-negara yang terlibat dalam pameran ni..
Baiklah mari tengok gambar yang sempat dayah snap :
jeng!! jeng!! lupa nak cerita yang kami pergi ke KLCC dengan menaikki Putra dari station Jelatek, senang park sini naik Putra terus sampai dalam KLCC, lagi pun kami lama dekat KLCC mau kena bayar berpuluh -puluh kalau parking dalam KLCC.. hehehe!! konsep berjimat cermat..
moh naik train dah sampai, nasib tak sesak dengan orang..
setelah sampai, menuju ke KLCC..
jalan lagi, kali ni menuju ke Kuala Lumpur Convention Center..
stay close, banyak lagi gambar ni.. :)
Selamat Datang ke MIHAS 2011..
sebelum masuk isi dulu borang yang berkenaan..
kaunter untuk submit borang yang diisi tadi, nanti akan diberi sticker as Visitor untuk dilekatkan di baju so bila nak masuk nanti orangnya akan check dulu sticker tu ada ke tak yee!!..
jalan-jalan dulu kasi warm up..
Tak sempat nak warm up lebih-lebih, mama dan baba dah terpaut dekat booth jual kopi, dah nama pengemar tegar kopi kenalah cari booth yang bersesuaiankan so mama dan baba agak lama jugak di booth super power, try mana-mana kopi yang boleh dibeli untuk dibawa balik sementara tu dayah and fizah jalan -jalan ke depan sekali terjumpa dengan ini orang :
sebelum tu, inilah kopi yang dah terpaut dihati mama dan baba..*kopi ni dah habis pun*
Linda Onn dekat booth Soya Master..
nak bergambar dengan Linda Onn kena beli product ni dulu..Linda yang petah bercakap, suka je jumpa dia tak sombong.. :)
tengok dah terpengaruh, nasib baik sedap, seriously soya bean tu sedap ehh!! satu hari je kami habiskan satu botol tu, lepas ni nak cari dekat Tesco lah..
dah beli kenalah bergambar kan..hehehe!!
:)
Berjalan-jalan lagi mencari apa lagi yang boleh dibeli...
ini adalah chocolate, booth ni menjual chocolate daripada koko tempatan kalau dayah tak silap tapi kami tak beli pun, kami try je!! hehehe!! :p
dayah tak tau whether ini diorang jual or just for display purposes..Nak tanya orangnya dahlah tak ada..
ini for sure untuk pameran sahaja, creative..
Jalan-jalan lagi sambil mencuba-cuba minuman :
tak taulah apa nama air, sudah lupalah..
macam-macam air yang dicuba so air yang fizah minum ni pun tak tau datang dari booth mana.. :)
Jalan-jalan lagi dan lagi, tak puas hati sebab tengok orang kiri kanan bawa paper bag besar IKO, nampak hot okay!! hehehe!! dayah pun cari punya cari sekali I jumpa u olls booth IKO.. :
dah jumpa..
yeyeye!! dah dapat pun satu, nak tengok apa dalam ni??
dua tin dan satu kotak berharga RM10, mana nak dapat semurah ni wehh!! tau beli 2 kan..
terjumpa gerai pasta so try yang ini, sedap jugak..
tengok-tengok, teruja tak sudah dengan beg besar IKO nya tu, padahal berat okay!! tapi sanggup tahan ni nak bergambar.. :p
We go to the next hall pulak yee!! yang ni lebih kepada international section lah, kalau tadi tu more to barangan tempatan.. :
kita ke seberang sana pulak yee!!
rehat jap, penat angkut paper bag IKO tu..hehehe!! tu lah siapa suruh terhegeh-hegeh nak bawakan, rasakan.. :p
1 Malaysia..
first je masuk section ni kami singgah booth menjual kek, actually product ni according yang pemberitahunya diorang supply raw material untuk membuat kek to hotel, restaurant besar-besar, airlines dan ada lagi few places that's why first time dayah tengok product ni macam tak familiar je..Kek yang dalam gambar ni di jual satu RM50..kami tak beli
haa!! yang atas ni kami beli, satu RM5 je..hehehe!! seriously sedap okay!! kami beli 2..Nak snap gambar tak sempat lor!!
yang ni dayah try kicap eh!! bukan buah nenas tu..
chocolate fountain yang masih berbekas lagi chocolatenya, nasib tak berulat kan..ohh!! yeah!! MIHAS ni bukan je tertumpu pada barang makanan je tau, ada juga dijual mesin-mesin untuk industri atau persendirian..
singgah booth yang menjual barbican..
satu botol berharga RM2..Dayah beli lain-lain flavour dan ternyata flavour lemon sedap yee!!
Memandangkan mama adalah peminat cerita sinetron yang tegar jadi kami tak lepaskan peluang singgah di booth ini :
hahaha!! kami suruh mama duduk tengah-tengah tu sebab nak snap gambar ni.. :)
mencuba rendang di booth Indonesia..
rehat sebentar tanpa kit kat..
ini adalah ice yang telah dikisar halus, dayah tak pasti sangat diorang ni jual product ni ke atau mesin pengisar ni..
tak kisahlah yang pasti kami cuba.. :)
booth dari Singapura..
Jalan-jalan lagi dan lagi dan lagi terjumpa booth Nestle pulak, tapi mereka tak jual product mereka, they just displayed for public and give a free try..
try perisa chocolate..asal kalau buat sendiri mesti tak sesedap macam ni?? benci tau!!
baba try yang honey flavour..
tak sedap katanya so terpaksalah dayah habiskan dua-dua sekali..hehehe!!
selain maggi dan nesvita ada jugak gerai nestea dan nescafe..Tengok dah pening nak habiskan dua-dua ni..
fizah mencuba nestea..
mama pun cuba..
mengedik sekejap..u olls mesti pelikkan, pelik ke?? sebab apa kami tersadai dekat tepi ni lama kan?? hehehe!! sebenarnyakan kami tengah tungguh ni..
fizah beratur, kenapa ni??
penasaran??
sampaikan mak dan ayah sanggup ni menunggu walaupun lama..
inilah dia yang menyebabkan kami tersadai lama dekat tepi booth nestle..hehehe!! mula-mula datang dah habis pulak so terpaksa tunggu orang yang bertanggungjawab untuk masak maggi ni masak lagi sekali dan hasilnya 15 minit kemudian yee!! baru dapat makan..Fizahlah yang beriya-iya sangat nak cuba padahal maggi je pun, sebab orang maggi yang buat rasa dia lain macam sikit sedapnya.. :P
okay!! dah penat pusing-pusing jom balik..ehh!! nanti dulu kami tak terus balik TAPI...Itu next entri yee!! :)
Antara barang-barang lain yang kami beli dan dapat free :
meatball, sedap terasa dagingnya..
popiah bermacam flavour..Rasanya entahlah tak ingatlah..
berdasarkan apa yang baba cakap ni lidah dan percayalah ini dapat free dari booth mana entah, baba jalan-jalan diorang bagi free..Sebelum-sebelum tu ada macam-macam tapi sebabkan baba pergi dah lewat so tinggal yang ini sahaja..Jadilah
jangan risau ini adalah marshmallow yang halal..nanti dayah nak try buat sendiri, kalau jadi dayah postkan dekat blog ni yee!!
pusing-pusing cari booth ni sebab fizah sibuk sangat dia nak beli, nasib jumpa kalau tak kempunan lah kau fizah, hehehe!!
wajib simpan semua ni, bila nak pergi holiday senang nak guna.. :)
pamphlet yang berjaya dikumpul..
Itulah dia serba sedikit cerita kami di MIHAS hari tu, tahun depan definitely akan pergi lagi..Yang bestnya MIHAS ni sebabnya kebanyakkan barang yang dijual berharga RM10 ringgit so kalau bawa RM100 je pun dah mencukupi untuk dapatkan 10 barang..hehehe!!
Baiklah kan dayah ada bagi tau yang habis je MIHAS ni kami bukan terus balik kan kan?? nak tau kami pergi mana?? Haa!! tunggu next entri ye!! :)