11/23/2011

Percutian Singkat di Pulau Pinang (1-2 October 2011) Part 1

Assalamualaikum dan Selamat Pagi/ Petang semua.....


First thing first dayah nak mintak maaf sangat-sangat sebabnya dah lama sangat dayah biarkan blog ni tersadai macam tidak berpenghuni, hehe!! bukan tak nak update tapi itulah asyik sibuk mengupdatekan diri sendiri dengan SUPER JUNIOR je *ehem ehem* sampai blog ni terbiar je..Kalau log in tu hampir sepuluh kali, buat draft hampir sebelas kali tapi bila nak tekan publish post tak berkali-kali.. :p


Okay!! dayah tak nak merepek dengan intro pendahuluan yang panjang, baik kita straight foward pergi ke tajuk utama blog ini ye!! Yes, last month kami sekeluarga telah bercuti ke Penang, iaitu tempat paling wajib dilawati dalam setahun..Planning asal sebenarnya bukanlah nak ke Penang, sebenarnya kami cadang nak ke Cameron Highlands tapi semua hotel penuh and yang tinggal pun hotel yang mahal-mahal je, kami nak pergi satu hari je pun so tak payah nak sewa hotel mahal-mahal so planning bertukar angin..Fikir punya fikir, kami menemui kata sepakat untuk ke Pulau Pinang instead..


Hari jumaat malam tu balik je daripada kerja baba cakap lepas isyak kita start perjalanan, HUH!! awalnya, penang bukanlah jauh macam Kedah, tapi baba kata nak jalan makan-makan angin and nak ikut jalan lama..Hampir pukul 11 jugaklah kami berlepas dari rumah..Termengah-mengah tau dalam kereta, mana taknya dahlah baru balik kerja and malam tu jugak baru packing baju, nasib baik satu malam je so taklah pening sangat nak bawak baju..


Perjalanan berjalan dengan lancar, baba instead of using jalan lama terus dia ikut highway, katanya kereta tak banyak and jalan pun smooth je..Dayah tak tau apa-apa tetiba je kena kejut sebab nak makan malam, yes! kami tak makan malam lagi sebenarnya ni, lapar u know tapi dalam pada tu sempat lagi tidur ni, hehe!! Sampai je terus serbu mana-mana gerai yang menyajikan makanan enak-enak untuk dimakan *okay!! tipu pilihan makanan tak adalah enak mana pun* 


kedainya semua buka tapi menu setiap satu gerai sama je..alahai!!

akhir sekali dayah pilih Nasi Goreng warna oren, fizah Nasi Goreng warna putih, baba Yong Tau Foo dan mama Nasi Lemak..

satu lagi air terlupa nak snap, tapi itu air kosong je pun..

baba dah macam penyambut tetamu dengan gaya tangan macam tu, ini muka awal pagi..

muka agak ceria sebab baru lepas makan kan, kalau tadi kelaparan ini kekenyangan pulak..Alhamdulillah

tengok! SELESAI..

Perut dah kenyang mestilah suka hati kan, so kami pun dengan sukanya hati meneruskan perjalanan ke Penang..Sepanjang jalan kami dua beradik memekak dekat belakang menyanyi *segar mata lepas makan tadi, hehe!!* ini secara tak langsung menghiburkan driver dan penolong driver kita pada malam itu, iyalah kurang sikit mengantuk kan..hehe!! Dah beberapa jam menyanyi tanpa disedari kami di alam mimpi, zzzzzzzzzzzz!! :D

Hampir nak subuh baba berhenti kejap nak segarkan biji mata balik, masa ni tuhan je yang tau nak keluar kereta, mengantuk sangat-sangat..Baba and mama pekena kopi sebentar sebelum meneruskan lagi perjalanan. Dayah masih terasa kenyang lagi, yang tau sekarang ni nak lelap je mata ni..Tapi bila dah dalam kereta segar pulak mata ni mungkin sebab baba ikut jalan lama kot, seriously view pagi tu cantiknya, dengan cuaca yang sejuk tapi udara je macam tak berapa nak segar sebab bila buka tingkap terbau petrol instead of nak bau tanah dan pohon-pohon disitu..

hari mula nak cerah..



suasana nyaman di perkampungan.. :)

Perjalanan diteruskan sehinggalah sampai di butterworth, memandangkan waktu masih lagi awal pagi kami decide nak ke seberang menggunakan feri..Terasa berbalik kepada zaman-zaman tak ada Jambatan Pulau Pinang dulu, hehe!! seronok tau pagi-pagi naik feri, since kereta pun tak banyak kami sampai je terus diarahkan masuk dalam feri, so tak perlulah nak tunggu berjam-jam lamanya *bayangkan zaman dulu masa belum ada jambatan*..

Sebelum feri bertolak..



"Penang kami datang ni"

semakin menghampiri, nampak itu KOMTAR??

cuaca yang cukup cantik pada hari itu..

Setibanya di Pulau Pinang first thing first kena lakukan adalah mencari hotel, sebabnya kami memang tak booking so ni main walk-in booking jelah..Hotel adalah diatas pilihan baba dan mama, kami nak bantah memang jawabnya tidur kaki lima jelah..hehe!!

Jadi ini adalah hotelnya, agak dalam lingkungan budget jugaklah :

Hotel Malaysia, lokasi yang strategik kerana berdepan dengan kedai makan (beroperasi dari petang sehinggalah 4 pagi)..

Bilik di Hotel Malaysia :






- Harga untuk bilik kurang daripada RM200 - 
- Lokasi yang amat strategik bagi penggemar makanan terutamanya Nasi Kandar Line Clear kerana anda hanya perlu berjalan kaki kerana lokasinya tak berapa jauh pun daripada hotel ini - 
-lokasi menjual segala jeruk dan baju-baju 'I LOVE PULAU PINANG' pun sangat berdekatan-

Jadinya hotel ini sangatlah disyorkan kepada anda yang ingin stay di budget hotel..

Entri seterusnya berkenaan dengan Line Clear yang CLEAR .. :D


Terima kasih kerana menjadi pembaca :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...