6/16/2012

Bola, Zumba dan Gambar

Assalamualaikum dan Selamat Pagi/ Petang semua.....




Dua hari berturut-turut dayah frustrated sebab tak dapat tengok bola, dahlah dua hari tu jugak my favorite team yang lawan..ishh! Sebelum bola start, kira masih lagi di office dayah dah set in mind, malam ni tak nak tidur sampai pukul 5 semata-mata nak tengok bola since my boss pun away for 3 days, so kalau terbangun lambat ke, terdatang lambat sikit ke tidak menjadi masalah sangatlah, itu konon-konon berangan..Sekali bila jarum pendek tepat terletak pada nombor 10 waktu malam, mata dah tak boleh ditahan, macam termakan ubat tidur 5 biji..Mata terasa berat sangat, itu bila dalam keadaan duduk kalau dalam kedaan baring memang jawabnya zzzzzzzzzzzzz! sampailah keesokkan paginya..Second day match group favorite dayah pun terlepas jugak, jadi kesimpulannya kita dengar je update daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai pada keesokkan harinya okay!


Tetapi malam ini dengan kudrat yang terlebih ini selepas berzumba petang tadi dan selepas menambahkan sedikit kalori di dalam badan, insyaallah dayah rasa dapat bertahan mata ni sampai pukul 5 pagi nanti..Pada mulanya tak naklah sampai kena tambah kalori yang sudah dibakar petang tadi tapi I had no choice, kena jugak makan, hehe! *ini alasan je sebenarnya* nak nak pulak ikan masin yang mama goreng semalam still available dekat dalam tupperware so apa lagi bagai ulam dicipta pucuk mendatang *suka hati je guna peribahasa ni* 


nasib baik kongsi dengan fizah, taklah terasa bersalah sangat..

Sejak mama goreng ikan masin ni dayah buat ikan masin ni macam keropok je, tiap-tiap malam harus makan satu tambah 2, kalau lepas ni check doktor tetiba yang dulunya low blood pressure tapi sekarang "my blood go upstairs" taulah sebabnya kenapa.. 

Malam ni nampaknya macam berjaya untuk mata bertahan sampai separuh masa pertama, separuh masa kedua tu jangan tanya sangatlah sebab tak sure lagi sampai ke tak..hehe!

Hari ni dayah berzumba lagi selepas habis working hour tadi, but as for today punya session agak kurang menarik sikit, pergerakan pun tak best sangat dan yang pastinya today terasa sekejap sangat, tak sempat nak enjoy-enjoy sekali "okay! see u next time" "erkkk??!!" Kalau sesiapa yang belum tau what is zumba sila google..Actually zumba ni part of exercise jugak tapi kita gunakan lagu, dan pergerakannya pun more to like we are practicing dancing, so kalau lama-lama bergiat aktif dalam zumba ni mau dayah datang uji bakat Showdown next year tak pun sign contract jadi penari latar Super Junior, hehe! :p Class zumba ni baru lagi diadakan dekat office kami, and it's free tapi seminggu sekali je diadakan itu pun hari jumaat, I think why they choose jumaat kan sebabkan selepas zumba harus semua anggota badan termasuk hempedu, jantung dan limpa terasa sakit jadi the next day kan dah weekend so kalau sakit-sakit badan adalah masa nak jumpa tukang urut kan..So clever kan diorang ni, hehe!

Macam last week memang pergerakkannya sangat best and the instructor more focusing for underneath, like kaki, punggung (baik je guna bahasa ini) dan yang sewaktu dengannya, sampaikan malam tidur I can feel my muscle sakit dekat bahagian betis kiri, ada jugak terasa macam nak nangis tapi nangis dalam mimpi jelah..Hari ni still focusing on kaki lagi, I think hari ni punya session stop early because of the haze, makin petang makin worst, kitaorang siap nak suggest pakai face mask, tapi nanti apa pulak rupa kami yang cun-cun dan kacak-kacak ni kan kan..


gambar ini diambil 2 minggu yang lepas, saya antara beberapa orang terawal yang terpacak dekat kawasan helipad ni..

Seriously dayah nak habaq mai, zumba ni memang sangat best dilakukan terasa macam kalau hari-hari adakan class inikan bagus, kepada sesiapa yang teringin nak tau how zumba it is, sila ke youtube ataupun google mana-mana fitness centre yang provide this..

Baiklah dayah nak tahan mata ni sampai pukul 5 nampaknya macam kurang nak berjaya sebab masuk ni dah 3 kali dayah terlelap, paling bagus depan laptop tengah duduk pun boleh terlelap, itu tandanya dayah perlu tidur sekarang..

Apa-apa pun first half England dah score satu gol and second half another 1 tapi seri dengan Sweeden pulak, tak apa still have time untuk England score one more gol..Go England!!! :)

Next entri will cerita semua cerita yang pending.. :)



Terima kasih kerana menjadi pembaca :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...