1/20/2011

11/01/11

Kisah tergendala ini sebenarnya ingin dikongsikan bersama anda semua since last week tapi disebabkan beberapa perkara terpaksalah cerita ini ditangguhkan buat seketika *cuba mencari alasan yang kukuh untuk diketengahkan tetapi kurang berjaya*..

sebelum tu, pada hari kejadian lepas je berlaku situasi ni balik rumah terus on laptop dan perkara wajib dilakukan apa lagi update status FB untuk bagi tau dengan semua rakan-rakan dan saudara mara..Status yang ditulis

"peristiwa 11/11/11" ..

nampak tak apa saya cuba sampaikan disini??
okay!! bagus kalau u olls nampak sebab saya mula-mula tak perasan apa yang ditulis sebenarnya kemudian disusuli pulak dengan comment *nasib baik sorang je yang comment itu pun lepas saya comment terus dia tak comment balik, barangkali dia ingat saya gila kot bagi comment yang tak ada kena mengena dengan apa yang dia tanya*..Selang beberapa hari tiba-tiba fizah bersuara ketika di dalam kereta menuju untuk makan malam..

"nor, asal kau tulis dalam FB kau 11/11/11..Bukan 11/01/11 ke??"

tersedar dari lamunan *agak lama untuk berfikir dengan pertanyaan fizah itu*

"a'ahlah weh!! laaa!! *menekup muka tanda menyesal* iyaalahh!! aku pergi tulis 11/11/11 buat apa itu bulan sebelas..ishh!! balik ni harus diubah..patutlah mamat yang comment tu bila aku comment balik macam tu dia tak balas balik, rupanya salah.." hanya mampu tersengih..

Baiklah cadang nak buat print screen untuk jadikan bahan bukti kepada anda semua tetapi disebabkan terasa malu yang melampau selepas fizah membuat teguran terus update status lain tulis yang itu sebenarnya tersalah taip akibat keletihan melampau pada hari kejadian *semata-mata alasan*.. T_T

bayangkan ini screen FB saya :

'peristiwa 11/11/11'


tukang comment : tarikh keramat ke??
hidayah                 : tak lah saya tak pergi keramat pun tadi..hahahaah!! :)

terus tak dapat tindak balas selanjutnya..*merah muka*
haa!! inilah padahnya bila nak buat lawak sekali tak jadi, malu yang dapat..padan muka sendiri..hrmm!! *kenang nasib sambil menongkat dagu di tepi tingkap*

Sudahlah benda nak jadi nak buat macam mana kan..hermmm!! *mengeluh lagi*
Bersambung dengan cerita sebenarnya..Baiklah disebabkan kereta yang telah berkampung selama 3 hari di bengkel akhirnya dapat dikeluarkan dengan jaminan oleh mekanik tu kereta ni dah 'sihat'..Baiklah cuti yang selama 4 hari itu sepatunya dimanfaatkan dengan aktiviti ke Pulau Pinang tetapi disebabkan kereta dua dua rosak terus cancel *sadis* so untuk tidak merugikan cuti yang diambil, pagi isnin yang indah kami pun bangun awal dengan niat nak ke Pantai Morib untuk bersiar-siar, iyalah seumur hidup ni baru kali kedua nak menjejakkan kaki kesana..

Sebelum tu mama ajak makan dulu selepas urusan dengan LHDN selesai, since LHDN tu berdekatan dengan JJ Maluri langsung mama cadang makan ikan bakar di sekitar kawasan tu, kami semua okay je asalkan kenyang..

Selamat datang ke gerai..*sila rujuk nama dekat signboard tu sendiri*..

Selamat datang lagi, memang selamat kita berada disini u olls..

seleksi lauk pauk yang terdapat di gerai Afiqah Intan..:)

Ikan sedang dibakar.."kembung bakar 2 kak"

percayalah kami anak beranak je yang sedang makan ketika itu..

tengok-tengok mana ada orang..Pekerja tu tengok je kami makan..


kalau makan ala kampung, sambal belacan & ulam ulaman harus ada..

memandangkan teh yang digunakan di gerai-gerai selalunya menggunakan teh timbang (teh ni bahaya untuk kesihatan) makanya kami dua beradik memilih milo ais instead of teh 'o'..

ikan kembung bakar..Harap maaf memang pertama & terakhirlah kami makan eh!!


close-up


Selang beberapa minit..


tinggal tulang je..

sila ke kaunter dan bayar..tunai sahaja!!

bolehlah dari tak ada..




Perut dah terisi mari kita mulakan perjalanan ke Pantai Morib..Kegembiraan terpancar di muka masing-masing..Perjalanan pada mulanya memang lancar..Selepas tol batu 3 di federal highway baba pun bercadang nak isi minyak dan macam biasa anak-anak dia pun nak sibuk-sibuk dalam kedai mesra mencari makanan ringan yang boleh dimakan ketika dalam perjalanan nanti..Setibanya dekat petrol pam tiba-tiba bila keluar kereta mama terbau seperti sesuatu terbakar, kami pun nak sedapkan hati cakaplah ni mungkin sebab environment kot *tak pasal-pasal persekitaran menjadi mangsa* sekali kami terpandang tayar sebelah kiri, nampak macam berasap..Baba cuba memeriksa tapi macam okay je!! Lepas isi minyak masa baba ingin meletak kan kereta di kawasan parking tiba-tiba kereta terus jem, tak boleh jalan..Okay!! selepas dibelek beleknya kereta tu, rupa-rupanya tayar kereta tu bengkok, dan ada skru yang tertanggal..haaa!! kereta dah tak boleh jalan langsung ni..Nasib baik dekat petronas tak dekat tepi jalan..

Masa ni semua dah buntu tak tau nak buat apa..8 mata terarah kepada tayar kereta je, macam mana ni?? Akhir sekali kami mintak orang bengkel yang betulkan kereta kami ni datang dan betulkan balik tapi dia tak dapat datang dan nasib baik dia agak bijak jugak mintak kami telefon insurance and mintak towing sampai bengkel dia..Its free within 50 km tapi kalau lebih kena chargelah, nasib baik tak lebih dari 50 km so dapatlah towing dengan freenya sampailah ke bengkel..:) Etiqa did very excellent job sebab nak contact diorang sekejap je and very efficient..:)

Sementara tunggu towing datang kami pun lepak-lepak lah dalam kedai mesra tu..Ada jugak beberapa orang yang mengalami masalah yang sama seperti kami iaitu kereta rosak turut lepak bersama, kira meriahlah kedai mesra tu..*psstt!! baca ni, muka yang jaga kaunter dalam kedai mesra tu sebijik macam Fahmi yang penjaga gol Malaysia tu*..:D

skru yang dekat bahagian tengah tu tertanggal mesti tercicir tengah jalan kan..



Air-air tin seperti diatas ni dibeli adalah untuk dibawa minum masa dalam kereta tapi since kereta dah tersadai rosak makanya kita buat minum masa tengah tunggu towing datang jelah..


kopi panas & muffin pilihan hati baba..

teruja walaupun kereta rosak, tak menunjukkan langsung rasa bosan..



sedang menghubungi atau dihubungi??

Dah agak bosan duduk dalam kedai mesra tu kami dua beradik melepak pulak dalam kereta..



memandangkan dah duduk dalam petronas apa kata kita apply sekali kad mesra..Isi borang dulu, dapatkannya di kaunter ye rakan-rakan borang ni..

dah isi borang tu terus hantar ke kaunter dan on-the-spot dah dapat kad mesra ni..Senang je kan, so yang tak ada lagi tu tak reti-reti nak pergi petronas sekarang ni??


Selang 1 jam kemudian towing pun datang..Kancil dah ready untuk di towing, okay harus di akui masa ni semua mata memandang dekat kami sebab kereta kena tarik, abang motor yang passed-by pun sempat lagi ni mengerlingkan mata dia..



check dulu apa yang patut..


"okay!! kasi depan sikit"

"ngam-ngam masuk ni"



okay!! dah ready untuk ditarik..Jom!!

kami bertiga duduk dalam kereta & baba tuu kat depan tuu!!

Itulah kisahnya, dari nak ke Morib kami berkelah je dalam Petronas station tu..Tapi apa-apa pun kami bersyukur sangat sebab tak tersadai dekat tepi highway sebab waktu ni dahlah tengah panas terik *perasan puteri lilin lah tu* satu lagi dayah agak fobia sikit kalau kereta rosak tepi highway ni, tau-tau jelah kan..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...