Okaylah dayah tau tentang arrowhead ni pun dari seorang blogger ni baca ni..Ohh!! arrowhead ni ada yang boleh dimakan rupanya, baruku tahu..Ikut info yang dayah google sat tadi ni during chinese new year baru ada chips arrowhead ni, adakah ini benar??kawan cinaku yang bernama chui tolong jawabkan kalau anda terbaca ni, tapi kalau buahnya memang ada dijual cuma dayah tak pernah nampak pun dekat supermarket *ke selalu lari bila masuk bab-bab barang basah sehingga tak tahu akan kewujudan benda ni??* :D Lepas ni akan usaha meng-usha arrowhead ini..
Nak dijadikan cerita kawan chinese dayah ni semalam dia bawak satu balang arrowhead chips untuk kami semua ni makan..Mula-mula tengok macam alaa!! kerepek biasa je kau bawa so tak layan okay!! lalu sebelah je, pandang pun tak..Lepas tu bila petang menjelma ada seorang kakak ni tanyalah
"alex, ni kerepek apa you bawak ni??" kakak tu berkata memecah hening di dalam kesunyian bilik ini..*cehh!!*
"itu, mak saya buat, itu chips arrowhead" alex reply *nak buat sleng macam cina wa tak reti okay!!*
"haaa?!! arrowhead?? tak pernah dengar pun, ada ke??" kakak itu reply
"ada ma, ni chips ni" alex reply
"arrowhead bukan macam tu ke?? *dia menunjukkan tangan bagi membuat bentuk arrow* kakak itu reply
"bukan ma, ini bentuk dia bulat, dulu susah nak beli tapi sekarang baru senang ma nak dapat, you try lah cari" kata alex *ohh!! yeke??*
Lepas tu tak ingat apa lagi diorang perkatakan, so dayah yang memang telinga antena *ep!! bukan telinga I capang lah, cuma pendengaran tajam tau* ni pun teringat yang macam pernah baca pasal arrowhead ni dekat blog yang tadi dayah bagi link tu..Jadi tak naklah nampak macam orang yang sibuk-sibuk nak pergi makan chips tu so dayah buat tak layan je sampailah tengah hari tadi buat-buat nak try sikit..'hrmm!! boleh tahan gak rasanya' *dalam hati berkata-kata* so lepas je lunch tapi masa lunch lagi dah pasang niat yang masuk je office, sediakan one clean paper nak taburkan arrowhead chips tu untuk kudapan semasa sedang mem-busy-kan diri membuat kerja.. :D uikk!! bisa addicted rupanya eh!! bila makan chips ni, ehh!! serious tau ehh!! kita dah makan banyak ni ehh!! *silalah lakukan kalau rasa-rasa nak lempang dia ni* sampai ehh!! dah tinggal sikit je kat balang tu, kerja siapalah ni *pandang kiri kanan*..Tapi serious u olls i highly recommended untuk u olls cuba sekali pasti nak lagi, dayah bukanlah orang yang suka chips chips ni, kalau chipsmore ye!! boleh makan sekotak tapi kalau chips yang selalu makcik-makcik jual masa kita tengah syok-syok menjamah makanan di gerai dia pun bawak satu beg besar dia dalam tu segala chips kau nak ada, so berbekalkan muka makcik tu yang kesian mama pun belilah 1 packet, kalau yang chips macam tu dayah kurang sikit makan sebab entahlah dahaga tahap melampau okay!! kalau lepas makan..I makan fish & chip tak dahaga, hahaha!! tiba-tiba je
Ehh!! cop!! tapikan dulu mama ada pernah beli carrot chips dekat KL Sentral tau, perghh!! yang itu I tell u memang sedap tau, addicted jugak..Hari-hari mama kena singgah beli sebab anak dia habiskan sebungkus sorang..hehe!! Tapi sekarang ni dah tak ada lagi, tak taulah kalau kedai dia pun sekali tak ada, pernah jugak intai-intai cari dekat kedai jual kerepek-kerepek ni tapi tak pernah pun jumpa.. :(
Berbalik kepada cerita arrowhead tadi so lepas ni dayah cadang nak pergi cari dekat supermarket or pasar buah arrowhead ni and nak try goreng sendiri, boleh makan banyak-banyak tanpa rasa segan silu..Tadi google ada satu blog tu cakap hiris halus-halus *bukan hiris yang macam bawang tu tapi hiris like you nak makan chips, fahamkan??* lepas tu katanya rendam dalam salt water before fried..Dan tadaa!! jadilah kudapan untuk menonton cerekarama malam minggu nanti.. :D
p/s : hari suam ni sesungguhnya sangat sedap tau..*psychology untuk terus meminumnya tanpa rasa tak sedap*
p/s : balik nanti kan, chips arrowhead tu ada sikit lagi, agak-agak kalau ambik 3 keping diorang tak perasan kan?? hekhekhek!!
Sebelum itu inilah rupanya arrowhead tu :
haa!! hiris macam ni lah tau..Tak serupa langsung bentuknya dengan namanya..Kenapa arrowhead??
gambar ihsan daripada google..