Pagi tadi sampai je office buka dulu twitter dan blog, nasib facebook tak boleh buka kalau tak semua social networking yang popular dayah dah log in, bos masuk cepat-cepat tekan button sign out takut terkantoi, hehehe!!..Jadi bila tadi check dekat dashboard sekali ternampak segmen baru dari abang Ben, apa lagi tak akan ku lepaskan peluang untuk ikut serta almaklumlah dayah masih baru lagi dalam dunia blog ni..Sebelum itu baca dulu kriteria yang telah ditetapkan, nampaknya dayah layak untuk join so apa lagi mari baca ni bawah ni.. :)
Selepas membaca beberapa entri abang Ben Ashaari sekali dayah terjumpa gambar ni yang dayah rasa suka tengok, walaupun muka abang Ben tak nampak tapi dalam gambar ni abang Ben macam baru lepas kena marah dengan Cikgu Siti Hajar, teringat masa nana AF dulu kena marah sampai nangis-nangis..Apakah mungkin ini yang sama terjadi dengan abang Ben kita?? Kalau nak tau iya ke tak abang Ben kita kena marah silalah baca entri yang ini...
Kenapa saya jadi blogger??
orang sibuk-sibuk ada blog dayah pun nak jugak, hehehe!! Taklah sebenarnya tergerak hati nak buat blog ni masa dayah berjumpa dengan cousin dayah, dayah suka baca blog dia, suka nak tau mana dia travel, kadang-kadang ada jugak info tentang satu-satu tempat yang dayah nak pergi dayah rujuk dari blog dia..Lepas tu bila baca pulak kawan-kawan dia punya blog rasa macam menarik je bila blog ni bukan sekadar nak cerita pasal mana kita pergi, mana kita makan tapi boleh dijadikan diari as well cuma diari yang taklah privacy...Lepas tu dayah yang memang berpenyakit pelupa ni sangat baguslah ada blog ni at least dayah ingat balik apa aktiviti dayah tahun lepas, dayah ingat balik mana negara atau negeri yang dayah dah pernah lawat, cerita kami dekat sana itu sebabnya dayah rasa tak menyesal langsung ada blog, hehehe!!..Dayah sayang sangat blog dayah ni walaupun tak ramai yang follow, its okay then!! :)
Blog yang menjadi pilihan harian saya...
of courselah pertama sekali blog abang BEN ASHAARI, hari-hari nak tengok dekat dashboard manalah tau ada segmen-segmen baru kendalian abang Ben ni..hehehe!!
Satu lagi blog yang menjadi pilihan dayah semestinya jugak cousin dayah punya blog, syarliz.blogspot.com dan banyak lagi sebenarnya tapi ini adalah keutamaan setiap kali log in.. :)
Okay!! nampaknya itu sahaja yang diperlukan, semua dah lengkap eh!!
kepada yang tak join lagi silalah..
Terima kasih kerana menjadi pembaca :)