3/31/2011

Sesekali merepek apa salahnya

Selamat Tengah hari semuaa.....

Hari ni mood dayah adalah sangat tidak stabil, sangat-sangat tak okay!! pagi-pagi lagi dah bad mood level moderate, I mean still I can handle it lah tapi tetap jatuh category orang bad mood..Sebab apa dayah bad mood, dahlah tak payah cerita, tak baik, biarkan je mood ni macam ni sampai petang, nanti okaylah tu balik, insyaallah...

Breakfast tadi dayah jamah macam biasa milo dan biskut tapi disebabkan mood hari ni tak baik so instead of makan 3 keping je biskut dayah pergi bantai makan 5 keping tadi..Tengah hari nanti terpaksalah makan buah sahaja..

Ohh!! yeah!! saja nak hebohkan sekarang ni dayah dah ada account twitter, hehehe!! walaupun followernya masih lagi berbelas je tapi dayah rasa twitter lagi best daripada facebook, ada jugak terasa macam nak delete je account Facebook tu tapi tak boleh dalam tu friend list banyak sedara, kawan-kawan lama so kalau delete tak boleh nak berhubung dengan mereka-mereka nanti, lost contactlah jawabnya..So keep it jelah ehh!! satu lagi dayah terasa sangat exclusive dengan twitter ni nak tau kenapa, ehh!! rahsia lah.. :p tapi serious its really an exclusive conversation.. :)

Malam nanti dayah akan review dekat u olls satu shampoo ni yang dayah dah sebulan guna dan alhamdulillah rambut dayah dah kurang terasa keringnya, rasa sekarang ni lebih lembut..Okay2!! itu malam nanti yee!!


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

3/30/2011

Cerita Murtabaklah Pulak ehh!!

Selamat tengah hari semuaa.....
Alhamdulillah, masih bernafas lagi nampaknya diri ini, masih diberi lagi kesempatan untuk menghirup udara segar di hari Rabu ni..Pagi yang terasa malas sebenarnya nak bangun, mana taknya hujan selebat-lebatnya turun pagi tadikan, rasa macam nak je tarik selimut tu sambung tidur sampai pukul 9 pagi ehh!!, tak 10 pagi lah..hehehe!! Kalau je hari ni adalah hari ahad memang tak ada maknanya nak bangun seawal mungkin kan kan..Mesti terlajak sampai tengah hari..Pagi ni jalan dari area rumah dayah sampailah lepas bandar tasik selatan jem, tapi taklah tak berjalan langsung cuma bergerak slow slow, penat tunggu nak sampai office, sempat tidur sekejap sampai mimpi-mimpi jugak *maknanya taklah sekejap tidur, itu lama namanya* sempat menguap beberapa kali, sempat tengok pemandu kereta sebelah jugak menguap.. :) Sampai di office macam biasa rutin di pagi hari iaitu breakfast bersama satu cawan milo *okay!! nak bagi tau dayah dah boleh minum milo diwaktu pagi, tak khayal lagi macam dulu..teheee!!* ohh!! yeah 3 keping biskut jugak, cicah milo perghh!! rasa nak habiskan satu tin biskut itu..

p/s : Dayah draft entri ni pagi tadi so itu yang cerita di atas lebih kepada cerita ni waktu pagi..hehehe!! Lunch tadi dayah makan sayur dan sedikit kentang, alhamdulillah cukup untuk alas perut sebelum makan di rumah nanti.. :)

Dayah terasa macam lama tak update blog ni kan?? Lately ni bukan apa agak sibuk sikit di office, bos asyik masuk je so nak update pun macam tak senang je..Gambar pun ada yang dayah tak edit edit lagi, size pun masih ditakuk lama *ecehwah!!* size pun masih belum dikecilkan lagi..Tapi semalam ditemani fizah yang tak habis-habis dengan cerita supernatural dia *rasanya dayah yang minat dulu tapi kini dah bertukar tangan* dayah berjaya meng-edit beberapa keping gambar dan siap dah upload dalam draft so pagi ni bolehlah dayah membebel dalam ini blog yee!! :)

Baiklah, setelah mukadimah yang agak panjang itu mari kita berbalik kepada topik asal entri kali ni yee!! sebelum lagi terbabas jauhnya dayah merepek..Last two weeks kalau tak silap dayah and family ada pergi cuba makan murtabak Singapura di Bangi..Cubaan ini adalah disebabkan mama tertengok rancangan Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) seminggu sebelum tu..So nak dijadikan cerita mama pun telah memasang impian untuk mencuba murtabak Singapura itu, gigih ni salin alamat kedai tu semata-mata nak makan tempat yang sama macam pengacara JJCM tu makan..Berangkatlah kami awal pagi ke Bangi, pusing-pusing terjumpalah signboard gerai yang dimaksudkan itu..

Sebelum jumpa kedai itu :

Dayah    : ma, betul ke kat syeksen ni??
Mama    : mama ada salin alamatnya *sambil mencuba mencari-cari kertas yang telah diselitkan di dalam purse sebelum pergi*
Fizah     : syeksen 16 kan ma??

baba pusing-pusing tempat yang sama sambil tunggu untuk dapatkan the exact kedai yang sepatutnya disinggahi..Tengah-tengah pusing tu tiba-tiba ternampak sebesar signboard Murtabak Singapura, dayah dengan confidentnya...

Dayah    : Ma, ni haa!! kedainya..Tu ada tulis murtabak Singapura.. *sambil menunjuk ke arah gerai itu*
Mama    : haaa!! nilah kedainya
Dayah    : laaa!! senang je cari, tak payah nak pakai map yang mama salin tu
Fizah     : bukanlah ma, kedai dia lain sikit, ni bentuk lain..
Dayah    : *dengan confident marah fizah* alaa!! kau mana tau dia lain ke tak, inilah kedainya, sah-sah dia dah tulis tu Murtabak Singapura..*muka confident habis padahal dayah tak tengok pun episod tu so manalah nak tau reka bentuk kedai tu*
Mama    : dah, nilah kedainya *tapi dengan muka agak kurang confident sikit*
Fizah      : Bukanlah ma, lain..
Dayah     : ahh!! tak kisahlah asalkan dapat makan murtabak..

Baiklah untuk pengetahuan semua ini bukanlah gerai yang sepatutnya kami tuju sebab kedai murtabak ni di seksyen 16 sedangkan yang sepatunya dituju tu di seksyen 15..So fizah betul dan kami yang salah sebenarnya..teheee!! :D


pakcik yang dipertanggungjawab membuat murtabak Singapura...

menu dia dah siap-siap letak dalam meja so tak payah susah-susah nak tanya"saya nak menu yee!! kak/bang "

mukadimah dah panjang berjela, supaya u olls tak muak mari kita tengok apa yang kami order..

sebagai pembuka mempersembahkan air suam di order oleh dayah...Nak makan murtabak balancekan dengan meminum air suam tapi lepas tu curi ABC mama.. :p

nescafe macam biasa macam tak tau siapa punya, ayah kitalah..

mama adalah pengemar ABC, kalau gerai tu ada ABC mesti dia order cuma kadang-kadang dayah tak bagi sebab manis atau balancekan dengan order air kosong..

teh 'o' ais diorder oleh fizah, dia ni memang pengemar teh 'o', boleh hantar belajar dekat Jakarta..

nasi goreng kampung sebagai sampingan, takutlah kalau tak cukup ke kan murtabak tu nanti.. :) *kongsi dengan fizah okay!!*

ini dia murtabak Singapura kita dah sampai..Ini yang 2 layer punya, ada jugak 1 layer dan 3 layer..Ikutlah mana suka nak order, harga pun lain-lain ye!! kalau tak silap ini RM9.00..

Ingatkan ada daging kambing tapi tak ada *muka keciwa mula-mula ye!!* so kami order yang murtabak daging..

didatangkan sekali dengan kari dan yang merah tu rasanya macam sos cili tapi dah diubahsuai sikit, siap letak beberapa potong timun tu..Kalau dulu makan murtabak teringat mesti ada bawang yang macam dijerukkan dalam air color merah-merah sikit tu kan?? dululah sedap sekarang TAK..

tak nampak pun 2 layer, macam satu layer je ohh!! tapi mungkin sebab ni tebal sikit kot..

- baba ada ambik nasi campur tapi tak sempat nak on kan camera baba dah makan, baiklah kesimpulannya tak ada gambar untuk makanan itu -


Ehh!! terlupa pulak nak letak gambar pemakan-pemakannya jadi silalah...


kenyang sangat ke ba??

sebagai pencuci mulut, mari makan ABC...

tukang habiskan sampai licin nasi goreng kampung..Cili tu tak nak kasi habiskan jugak??

- gambar dayah nak jugak ke?? tak payahlah sebabnya gambar ada dua keping je, satu yang seperti di atas sekali tu dan satu lagi ee!! malu nak letak sebab double chin weehhhh!! TAK MAU, TAK MAU -


Selesai makan...


bukti pertama...

bukti kedua...

Total up kami habiskan disini dengan menjamah murtabak Singapura dan beberapa lagi menu yang lain adalah RM22.00 so boleh dikirakan reasonable sangat dan yang penting murtabaknya sedap walaupun kami tersalah kedai.. :)

Masih tak berpuas hati sebab kedai yang sepatutnya kami pergi mengikut map yang mama dah salin tu tak jumpa-jumpa..Kami pusing-pusing area tu beberapa kali semata-mata nak cari jugak kedai yang masuk JJCM tu..Setelah hampir setengah jam membuang minyak akhirnya kami jumpa jugak..yeahh!! tapi taklah singgah, ingat ni apa siri JJCM jugak ke?? Kami nak tau landmarknya supaya next week kami boleh datang kedai ni pulak..hehehe!!


balik baba ikut jalan yang dekat Bukit Tinjau tu, tak taulah nama jalan ni apa tapi kami singgah kejap tepi jalan sebab nak ambik gambar view KL di waktu tengah hari..

saja nak ambik gambar ibu dan bapa serta adik di dalam kereta...

Disebabkan rasa tak puas hati tu masih ada dalam diri masing-masing which is tak dapat makan dekat kedai murtabak Singapura yang sepatunya tu so baba sekali lagi telah mengajak kami anak beranak tapi cop!! tetiba baba pulak excited nak makan murtabak kalau sebelum ni mama je yang beriya-iya..Inilah penangan Murtabak Singapura untuk orang asal Singapura ni.. :) Sekali ni kami pergi waktu malam pulak, since kedainya dah tau dekat mana so tak menjadi masalah dan tak jugak pusing-pusing roundabout tu beberapa kali untuk sampai ke kedai ini..Alaa!! senang cakap dah terer sikit.. :p


tu dia haa!! kedainya...

nescafe panas...

menjadi kegilaan dayah kalau ke kedai mamak yang ada jual teh 3 layer ni..Ingat murtabak je berlayer-layer, air pun sama..

Murtabak Singapura berperisa daging, cari kambing lagi sekali tak ada..

dua layer jugak..

kuah sebagai sampingan, sama macam kedai yang pertama..

kueh teow goreng yang tak berapa sedap..

- review untuk kedai ni adalah, murtabaknya kurang rasa sedap dayah rasa better lagi yang kedai pertama tu, murtabaknya lagi best..JJCM salah datang kedai kot macam kami..hehehe!! -

walaupun tak sedap tapi tetap habiskan jugak, tak baik membazir..

Untuk kedai yang kedua ni dayah tak ingat berapa totalnya tapi lebih kurang sama je harga macam kedai yang pertama..Reasonable jugak..

Sekian cerita kami dan murtabak untuk kali ini, insyaallah kalau ada rezeki pergi lagi kot kedai yang pertama tu untuk makan murtabak..Ohh!! yeah!! bulan depan insyaallah dayah akan berangkat lagi sekali ke Singapura jadi kami nak cuba murtabak Singapura dekat sana pulak..hehehe!! Dah nama murtabak Singapura mesti lagi sedapkan?? Yeah!! cik piee bawa kami ke kedai yang jual murtabak di Singapura yee!! :D

p/s : ini yang benci kalau terdengar satu-satu lagu, disebabkan lagu ni best sangat dayah dah ulang banyak kali, lagu ini telah stucked in my brain right now, makan tadi pun rasa nak nyanyi.. :p

Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

3/28/2011

GEGAR BLOGGER BARU

Selamat tengah hari semuaa..

Pagi tadi sampai je office buka dulu twitter dan blog, nasib facebook tak boleh buka kalau tak semua social networking yang popular dayah dah log in, bos masuk cepat-cepat tekan button sign out takut terkantoi, hehehe!!..Jadi bila tadi check dekat dashboard sekali ternampak segmen baru dari abang Ben, apa lagi tak akan ku lepaskan peluang untuk ikut serta almaklumlah dayah masih baru lagi dalam dunia blog ni..Sebelum itu baca dulu kriteria yang telah ditetapkan, nampaknya dayah layak untuk join so apa lagi mari baca ni bawah ni.. :)

Selepas membaca beberapa entri abang Ben Ashaari sekali dayah terjumpa gambar ni yang dayah rasa suka tengok, walaupun muka abang Ben tak nampak tapi dalam gambar ni abang Ben macam baru lepas kena marah dengan Cikgu Siti Hajar, teringat masa nana AF dulu kena marah sampai nangis-nangis..Apakah mungkin ini yang sama terjadi dengan abang Ben kita?? Kalau nak tau iya ke tak abang Ben kita kena marah silalah baca entri yang ini...

Kenapa saya jadi blogger??
orang sibuk-sibuk ada blog dayah pun nak jugak, hehehe!! Taklah sebenarnya tergerak hati nak buat blog ni masa dayah berjumpa dengan cousin dayah, dayah suka baca blog dia, suka nak tau mana dia travel, kadang-kadang ada jugak info tentang satu-satu tempat yang dayah nak pergi dayah rujuk dari blog dia..Lepas tu bila baca pulak kawan-kawan dia punya blog rasa macam menarik je bila blog ni bukan sekadar nak cerita pasal mana kita pergi, mana kita makan tapi boleh dijadikan diari as well cuma diari yang taklah privacy...Lepas tu dayah yang memang berpenyakit pelupa ni sangat baguslah ada blog ni at least dayah ingat balik apa aktiviti dayah tahun lepas, dayah ingat balik mana negara atau negeri yang dayah dah pernah lawat, cerita kami dekat sana itu sebabnya dayah rasa tak menyesal langsung ada blog, hehehe!!..Dayah sayang sangat blog dayah ni walaupun tak ramai yang follow, its okay then!! :)

Blog yang menjadi pilihan harian saya...
of courselah pertama sekali blog abang BEN ASHAARI, hari-hari nak tengok dekat dashboard manalah tau ada segmen-segmen baru kendalian abang Ben ni..hehehe!!
Satu lagi blog yang menjadi pilihan dayah semestinya jugak cousin dayah punya blog, syarliz.blogspot.com dan banyak lagi sebenarnya tapi ini adalah keutamaan setiap kali log in.. :)

Okay!! nampaknya itu sahaja yang diperlukan, semua dah lengkap eh!!
kepada yang tak join lagi silalah..


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

3/26/2011

EARTH HOUR - 26/3/2011 -

EARTH HOUR IS COMING BACK..
JANGAN LUPA UNTUK SWITCH OFF SEMUA ELECTRICITY YE KAWAN-KAWAN..DAYAH PUN KEJAP LAGI NAK BERGELAP SELAMA SATU JAM, TAK SABAR NI, DAYAH KAN SUKA GELAP, HEHEHE!!..

TUNJUKKAN YANG RAKYAT MALAYSIA SUPPORT ERTH HOUR JUGAK, SELAMATKAN BUMI KITA.. :)

-FACEBOOK, BLOG, TWITTER PUN JANGAN BUKA TAU, NAK ONLINE GUNA HANDPHONE JE-


Last year masa tengah sambut Earth Hour ni dayah tengah bercuti dekat Cameron Highlands, kami sokong jugak tau walaupun dalam bilik hotel..Masa tu ramai jugak yang switched off kan lampu, hotel jadi gelap sekejap.. :)

Terima kasih kerana menjadi pembaca :)

Setengah harian di Cameron Highlands -part 2-

Selamat tengah hari semuaa.....


Sebenarnya entri ni dayah taip semalam tau masa baru je balik dari makan satay, tapi malangnya tengah-tengah taip dayah tertido :) terbengkalai laptop ni sorang-sorang, pukul 5 pagi baru terperasan.. Okay!! cerita pasal makan satay semalam, sebenarnya makan sataynya kejap je satu jam pun tak sampai tapi macam biasa kalau dah keluar malam lepas makan perkara wajib adalah ronda-ronda KL..hahaha!! mama selalu marah kitaorang kenapa entah kau asyik nak jalan KL je, hari-hari kau tengok sama je, ehh!! mana ada sama je, orang berlainan kot kita jumpa setiap kali lalu.. :) Memandangkan tadi dayah yang drive habis semua ceruk dayah jalan..Pusing-pusing dekat area club yang ada dekat belakang KLCC tu..hahaha!! jumpa ramai 'awek' seksi u olls..


Baiklah kali ini entri bukan nak bercerita pasal makan satay malam semalam mahupun apa yang kami jumpa semasa ronda-ronda di kotarayaku semalam eh!!, ni dayah nak sambung part 2 cerita setengah harian kami di Cameron tu, hehehe!! padahal setengah hari je pun pergi tapi siap ni nak buat sampai berpart-part..Alaa!! biasalah gambar boleh dikatakan banyak, nanti kalau letak semua dalam satu entri u olls jugak yang muak sampai muntah berbaldi-baldi kan.. :p so dari tak nak buat u olls rasa sakit dan terus kurus baik dayah ambik langkah berjaga-jaga dengan membuat 2 entri.. Okaylah tu 2 entri je pun..


*Kejap dah lupa nak cerita apa, kena tengok gambar balik dalam folder lepas tu gambar terakhir masa update entri part 1 kelmarin* hehehe!!


Baiklah semua, dayah dah ingat balik mana nak sambung...


Sambil melepakkan diri dan menikmati minum petang akibat keletihan drive dari KL straight sampai ke Cameron kami pun 2 beradik mengambil kesempatan untuk ambik gambar ladang teh yang cukup cantik ni..Okay!! kalau nak tau setiap kali kami singgah sini mesti kena wajib ambik gambar ladang teh ni..Tak percaya tengok jelah folder gambar dalam laptop dayah ni *macam u olls boleh tengok*, mesti ada gambar ladang teh, angel pun sama je, cuma mungkin yang berubah cuaca je, ada yang tengah panas terik, ada yang tengah mendung, tengah hujan pun ada jugak..


Kita mulakan dengan gambar ladang teh eh!! :


waktu ni cuaca mendung...




cuaca macam ni lah yang membuatkan kami berat hati nak tinggalkan Cameron Highlands...


- mula-mula tak ramai tau sekali dah beberapa snap sekali toleh belakang, haa!! hambik kau beratur tunggu turn nak bergambar -

Gambar kami pulak dua beradik :



- dua keping cukuplah, sebenarnya ada banyak lagi tapi takpelah nanti u olls muak sebab teknik dan angel-nya sama je, tak ada aksi-aksi sampai turun ladang teh pun -

Sesudah selesai semua makan, kami pun beredar untuk beri laluan kepada pengunjung lain pulak yang tengah sibuk berdiri-diri dekat sebelah macam bagi-bagi hint suruh kami bangun cepat sebab diorang nak duduk, tempat semua dah penuh masa tu..Sempat singgah dekat kedai teh sebelah, saja suka-suka masuk tapi tak beli apa-apa pun..Nak beli teh, dekat rumah ada lagi tu sepaket tak habis-habis lagi..

Jadi kami masuk tawaf sekali dan.....

bergambar..




Tak cukup di dalam, sambung di luar kedai pulak.....




- mama dalam toilet masa ini that's why tak ada gambar -

sudah-sudah, mari kita jalan menuju ke pasar malam pulak di Brinchang..okay!! tipu jom naik kereta...

Di pasar malam Brinchang.....

mula-mula hujan renyai-renyai tapi sebaik kami langkah je nak masuk pasar malam ni terus hujan tak jadi..merestui kedatangan kami di sana.. :)

baru beberapa langkah dah start membeli...

buah strawberi...

beberapa langkah lagi ke depan...

dan lagi, masih belum jumpa apa yang dicari...

aikk!! masih lagi melangkah?? belum jumpa lagikah??

baiklah, dah jumpa pun...

sayur-sayuran...

jagung, 8 batang ni RM1O...

oren tapi ini kami tak beli ambik gambar je...

dayah teringin nak makan honey comb ni, satu mangkuk kecik ni RM2.50..Rasa honeynya sedap tapi yang honey comb tu liat, gigit-gigit tak jugak dia hancur, dah macam makan chewing gum, nak telan takut so gigit-gigit lepas tu buang..

dah, sayur dah beli, jagung pun so sekarang jom cari kedai makan, lapar ni...

Sebelum pulang kami makan malam dulu..Selalunya kalau pergi Cameron ni, satu kedai ni pasti akan jadi tempat kami makan tengah hari, breakfast, makan malam sampai owner dia dah kenal kami, dari mak dia yang jaga sampailah ke anak dia..





Inilah kedainya...

kedainya biasa je, makan pun biasa je tapi tak tau kenapa suka sangat kami dengan kedai ni..Dulu kedai ni ada jual claypot rice sedap tau!! tapi lately ni dah tak sedap sangat, mungkin sebab dah bertukar tukang buatnya kot..

Sementara menunggu makanan yang diorder sampai.....

masa dekat pasar malam dayah ada beli cendawan dan sayur yang digoreng dengan tepung ni..Tak tau apa nama sayur ni tapi sedap bila dah digoreng macam ni...



Makanan pun tiba.....

dari kiri : air suam (dayah), nescafe (mama & baba) dan milo ais (fizah)...

claypot rice * tak sesedap yang macam dulu-dulu*

tak ada cili padi tak sedap, kalau ada ni at least boleh menambah perasa makanan tu...

- dalam beberapa minit -

licin...

Hari dah semakin nak gelap so kami cadang untuk turun ke KL..Sebelum itu. ada lagi yang nak dibelinya :

ce teka ce teka..??

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


tadaaa!! 



Hanya beli take-away je sebab jam dah menunjukkan pukul 8 malam, pukul berapa nak sampai KL macam ni kalau lepak lagi dan lagi..



Perjalanan turun yang tak banyak kereta, kadang-kadang kereta kami je ada atas jalan tu..Dayah suka sangat environment macam tu, jalan dekat bukit-bukit waktu malam, sunyi je dengan gelapnya..hehehe!! walaupun scary jugak rasanya tapi entahlah best kot..Mama macam biasalah dah fikir yang bukan-bukan, nampak anjing pun dah takut, padahal anjing tu berehat je dekat tepi jalan tu.. Tak senang duduk mama dibuatnya masa on-the-way turun KL dalam kegelapan tu..

Sebelum terus pulang ke rumah kami singgah sebentar di perhentian jejantas Sungai Buloh, nak supper sebelum sampai rumah..

memandangkan air ni dayah beli yang venti size lepas tu seriously air ni manis sangat-sangat, nak minum macam tu je memang tak terhabis so masa singgah dekat perhentian jejantas ni dayah jadikan air ni as chocolate ice, dah macam milo ais rasanya..By the way nama air ni Hot Chocolate Hazelnut, lepas ni memang tak akan pilih lagi air ni..MANIS..

mama dan baba makan nasi lemak bungkus...

seorang satu sandwich telur (dayah dan fizah)...



Selesai makan teruskan balik pemanduan untuk pulang ke rumah, lebih kurang 1 pagi jugaklah kami sampai rumah..

Sekian cerita kami untuk kali ni.. :D


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...