Selamat tengah hari semuaa.....
Alhamdulillah, masih bernafas lagi nampaknya diri ini, masih diberi lagi kesempatan untuk menghirup udara segar di hari Rabu ni..Pagi yang terasa malas sebenarnya nak bangun, mana taknya hujan selebat-lebatnya turun pagi tadikan, rasa macam nak je tarik selimut tu sambung tidur sampai pukul 9 pagi ehh!!, tak 10 pagi lah..hehehe!! Kalau je hari ni adalah hari ahad memang tak ada maknanya nak bangun seawal mungkin kan kan..Mesti terlajak sampai tengah hari..Pagi ni jalan dari area rumah dayah sampailah lepas bandar tasik selatan jem, tapi taklah tak berjalan langsung cuma bergerak slow slow, penat tunggu nak sampai office, sempat tidur sekejap sampai mimpi-mimpi jugak *maknanya taklah sekejap tidur, itu lama namanya* sempat menguap beberapa kali, sempat tengok pemandu kereta sebelah jugak menguap.. :) Sampai di office macam biasa rutin di pagi hari iaitu breakfast bersama satu cawan milo *okay!! nak bagi tau dayah dah boleh minum milo diwaktu pagi, tak khayal lagi macam dulu..teheee!!* ohh!! yeah 3 keping biskut jugak, cicah milo perghh!! rasa nak habiskan satu tin biskut itu..
p/s : Dayah draft entri ni pagi tadi so itu yang cerita di atas lebih kepada cerita ni waktu pagi..hehehe!! Lunch tadi dayah makan sayur dan sedikit kentang, alhamdulillah cukup untuk alas perut sebelum makan di rumah nanti.. :)
p/s : Dayah draft entri ni pagi tadi so itu yang cerita di atas lebih kepada cerita ni waktu pagi..hehehe!! Lunch tadi dayah makan sayur dan sedikit kentang, alhamdulillah cukup untuk alas perut sebelum makan di rumah nanti.. :)
Dayah terasa macam lama tak update blog ni kan?? Lately ni bukan apa agak sibuk sikit di office, bos asyik masuk je so nak update pun macam tak senang je..Gambar pun ada yang dayah tak edit edit lagi, size pun masih ditakuk lama *ecehwah!!* size pun masih belum dikecilkan lagi..Tapi semalam ditemani fizah yang tak habis-habis dengan cerita supernatural dia *rasanya dayah yang minat dulu tapi kini dah bertukar tangan* dayah berjaya meng-edit beberapa keping gambar dan siap dah upload dalam draft so pagi ni bolehlah dayah membebel dalam ini blog yee!! :)
Baiklah, setelah mukadimah yang agak panjang itu mari kita berbalik kepada topik asal entri kali ni yee!! sebelum lagi terbabas jauhnya dayah merepek..Last two weeks kalau tak silap dayah and family ada pergi cuba makan murtabak Singapura di Bangi..Cubaan ini adalah disebabkan mama tertengok rancangan Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) seminggu sebelum tu..So nak dijadikan cerita mama pun telah memasang impian untuk mencuba murtabak Singapura itu, gigih ni salin alamat kedai tu semata-mata nak makan tempat yang sama macam pengacara JJCM tu makan..Berangkatlah kami awal pagi ke Bangi, pusing-pusing terjumpalah signboard gerai yang dimaksudkan itu..
Sebelum jumpa kedai itu :
Dayah : ma, betul ke kat syeksen ni??
Mama : mama ada salin alamatnya *sambil mencuba mencari-cari kertas yang telah diselitkan di dalam purse sebelum pergi*
Fizah : syeksen 16 kan ma??
baba pusing-pusing tempat yang sama sambil tunggu untuk dapatkan the exact kedai yang sepatutnya disinggahi..Tengah-tengah pusing tu tiba-tiba ternampak sebesar signboard Murtabak Singapura, dayah dengan confidentnya...
Dayah : Ma, ni haa!! kedainya..Tu ada tulis murtabak Singapura.. *sambil menunjuk ke arah gerai itu*
Mama : haaa!! nilah kedainya
Dayah : laaa!! senang je cari, tak payah nak pakai map yang mama salin tu
Fizah : bukanlah ma, kedai dia lain sikit, ni bentuk lain..
Dayah : *dengan confident marah fizah* alaa!! kau mana tau dia lain ke tak, inilah kedainya, sah-sah dia dah tulis tu Murtabak Singapura..*muka confident habis padahal dayah tak tengok pun episod tu so manalah nak tau reka bentuk kedai tu*
Mama : dah, nilah kedainya *tapi dengan muka agak kurang confident sikit*
Fizah : Bukanlah ma, lain..
Dayah : ahh!! tak kisahlah asalkan dapat makan murtabak..
Baiklah untuk pengetahuan semua ini bukanlah gerai yang sepatutnya kami tuju sebab kedai murtabak ni di seksyen 16 sedangkan yang sepatunya dituju tu di seksyen 15..So fizah betul dan kami yang salah sebenarnya..teheee!! :D
pakcik yang dipertanggungjawab membuat murtabak Singapura...
menu dia dah siap-siap letak dalam meja so tak payah susah-susah nak tanya"saya nak menu yee!! kak/bang "
mukadimah dah panjang berjela, supaya u olls tak muak mari kita tengok apa yang kami order..
sebagai pembuka mempersembahkan air suam di order oleh dayah...Nak makan murtabak balancekan dengan meminum air suam tapi lepas tu curi ABC mama.. :p
nescafe macam biasa macam tak tau siapa punya, ayah kitalah..
mama adalah pengemar ABC, kalau gerai tu ada ABC mesti dia order cuma kadang-kadang dayah tak bagi sebab manis atau balancekan dengan order air kosong..
teh 'o' ais diorder oleh fizah, dia ni memang pengemar teh 'o', boleh hantar belajar dekat Jakarta..
nasi goreng kampung sebagai sampingan, takutlah kalau tak cukup ke kan murtabak tu nanti.. :) *kongsi dengan fizah okay!!*
ini dia murtabak Singapura kita dah sampai..Ini yang 2 layer punya, ada jugak 1 layer dan 3 layer..Ikutlah mana suka nak order, harga pun lain-lain ye!! kalau tak silap ini RM9.00..
Ingatkan ada daging kambing tapi tak ada *muka keciwa mula-mula ye!!* so kami order yang murtabak daging..
didatangkan sekali dengan kari dan yang merah tu rasanya macam sos cili tapi dah diubahsuai sikit, siap letak beberapa potong timun tu..Kalau dulu makan murtabak teringat mesti ada bawang yang macam dijerukkan dalam air color merah-merah sikit tu kan?? dululah sedap sekarang TAK..
tak nampak pun 2 layer, macam satu layer je ohh!! tapi mungkin sebab ni tebal sikit kot..
- baba ada ambik nasi campur tapi tak sempat nak on kan camera baba dah makan, baiklah kesimpulannya tak ada gambar untuk makanan itu -
Ehh!! terlupa pulak nak letak gambar pemakan-pemakannya jadi silalah...
kenyang sangat ke ba??
sebagai pencuci mulut, mari makan ABC...
tukang habiskan sampai licin nasi goreng kampung..Cili tu tak nak kasi habiskan jugak??
- gambar dayah nak jugak ke?? tak payahlah sebabnya gambar ada dua keping je, satu yang seperti di atas sekali tu dan satu lagi ee!! malu nak letak sebab double chin weehhhh!! TAK MAU, TAK MAU -
Selesai makan...
bukti pertama...
bukti kedua...
Total up kami habiskan disini dengan menjamah murtabak Singapura dan beberapa lagi menu yang lain adalah RM22.00 so boleh dikirakan reasonable sangat dan yang penting murtabaknya sedap walaupun kami tersalah kedai.. :)
Masih tak berpuas hati sebab kedai yang sepatutnya kami pergi mengikut map yang mama dah salin tu tak jumpa-jumpa..Kami pusing-pusing area tu beberapa kali semata-mata nak cari jugak kedai yang masuk JJCM tu..Setelah hampir setengah jam membuang minyak akhirnya kami jumpa jugak..yeahh!! tapi taklah singgah, ingat ni apa siri JJCM jugak ke?? Kami nak tau landmarknya supaya next week kami boleh datang kedai ni pulak..hehehe!!
balik baba ikut jalan yang dekat Bukit Tinjau tu, tak taulah nama jalan ni apa tapi kami singgah kejap tepi jalan sebab nak ambik gambar view KL di waktu tengah hari..
saja nak ambik gambar ibu dan bapa serta adik di dalam kereta...
Disebabkan rasa tak puas hati tu masih ada dalam diri masing-masing which is tak dapat makan dekat kedai murtabak Singapura yang sepatunya tu so baba sekali lagi telah mengajak kami anak beranak tapi cop!! tetiba baba pulak excited nak makan murtabak kalau sebelum ni mama je yang beriya-iya..Inilah penangan Murtabak Singapura untuk orang asal Singapura ni.. :) Sekali ni kami pergi waktu malam pulak, since kedainya dah tau dekat mana so tak menjadi masalah dan tak jugak pusing-pusing roundabout tu beberapa kali untuk sampai ke kedai ini..Alaa!! senang cakap dah terer sikit.. :p
tu dia haa!! kedainya...
nescafe panas...
menjadi kegilaan dayah kalau ke kedai mamak yang ada jual teh 3 layer ni..Ingat murtabak je berlayer-layer, air pun sama..
Murtabak Singapura berperisa daging, cari kambing lagi sekali tak ada..
dua layer jugak..
kuah sebagai sampingan, sama macam kedai yang pertama..
kueh teow goreng yang tak berapa sedap..
- review untuk kedai ni adalah, murtabaknya kurang rasa sedap dayah rasa better lagi yang kedai pertama tu, murtabaknya lagi best..JJCM salah datang kedai kot macam kami..hehehe!! -
walaupun tak sedap tapi tetap habiskan jugak, tak baik membazir..
Untuk kedai yang kedua ni dayah tak ingat berapa totalnya tapi lebih kurang sama je harga macam kedai yang pertama..Reasonable jugak..
Sekian cerita kami dan murtabak untuk kali ini, insyaallah kalau ada rezeki pergi lagi kot kedai yang pertama tu untuk makan murtabak..Ohh!! yeah!! bulan depan insyaallah dayah akan berangkat lagi sekali ke Singapura jadi kami nak cuba murtabak Singapura dekat sana pulak..hehehe!! Dah nama murtabak Singapura mesti lagi sedapkan?? Yeah!! cik piee bawa kami ke kedai yang jual murtabak di Singapura yee!! :D
p/s : ini yang benci kalau terdengar satu-satu lagu, disebabkan lagu ni best sangat dayah dah ulang banyak kali, lagu ini telah stucked in my brain right now, makan tadi pun rasa nak nyanyi.. :p
4 comments:
nanti le test
ingat pergi ke kedai yg no 1 satu tau.. :)
nak try kedai 1st lah! nasib laa silap kan! kalau tak mesti menyesal makan yg kat kedai 2nd tu!
pergi2 try..
tau xpe, ada hikmah disebalik tersilap pilih kedai..hehehe!!
Post a Comment