mattressbluebar..
White hot chocolate and long black..
Chocolate muffin yang besar, kami beli satu kongsi 4 orang..haha!! jimat tu, kan diperantauan..Macam2 choices yang ada, semua nampak yummylicious!!
bila agak2nya boleh ngap muffin ni??
baba and mama, kemabukkan selepas pekena long black coffee yang PAHITTT!!
Memandangkan hari masih lagi awal, and masih lagi gelap dekat luar tu so kami lepak-lepak dulu dekat airport sambil bergambar..Memandangkan cuaca pun tengah hujan lagi so kami lepak dekat luar airport nak rasa cuaca sejuk lagi nyaman tu, memang terasa fresh je..
gelap lagi, baru pukul 6 pagi..
menikmati cuaca sejuk di luar airport..
Jam 8 pagi macam tu baru kami ambik teksi untuk ke apartment kami di Mountway..Dapat driver teksi yang agak friendly jugak, baba sempatlah borak-borak dengan dia and tekalah apa dayah buat dekat belakang, semestinya tidur sampailah sampai dekat apartment tu..Dayah terasa tidur agak lama, macam tak sampai-sampai sekali bila baba nak bayar teksi fees tu tau berapa?? 50 dollar, mak aii!! mahalnya, cuba convert duit malaysia, haa!! cepat-cepat ambik calculator times kan dengan 3 eh!! dah dapat jawapannya?? bijak-bijak..Mahal tu, mungkin dia saja nak kenakan kitaorang kot atau memang jalan nak ke airport jauh..Entahlah sampai sekarang tak ada jawapannya..hermm!!
Baba and mama pun pergilah register sementara dayah and fizah menjaga semua beg-beg yang besar tu kat luar, ya allah sejuknya..Waktu yang boleh check-in ialah pukul 11 pagi, waktu kami sampai tu baru pukul 9 pagi..Pihak apartment tu bagi letakkan beg di bilik stor sementara tunggu waktu untuk check-in, fuhh!! nasib baik, kalau tak tak kan nak hangkut semua beg2 tu kan pergi jalan dekat town..So since masa masih banyak lagi kami pun decided nak berjalan-jalan ke town and beli sikit barang dapur, nanti balik boleh masak..yeah!! ni kan apartment ada dapur semua tau..
view dari atas jambatan, bawah ni ialah freeway (free je takde tol okay)..Kami memang kena lalu jambatan ni untuk ke town and ambik bus..
walaupun driver tu tadi nampak macam menipu kami tapi map yang baba pegang ni dialah yang bagi, berguna jugak eh!! ni tengah mencari jalan untuk ke haystreet kalau dayah tak silaplah, kalau silap takpekan..=)
dah tengok map, dah tau mana nak tuju so JOM JALAN!!
kawasan pejabat..Kebetulan kami datang masa waktu berkerja jadinya pagi tu ramai yang berjalan kaki nak ke office..Kami turut serta mereka berjalan, laju betul jalannya..
kawasan ni sangat cantik, tempat ni jugak terletaknya kedai2 exclusive seperti Gucci and LV..
jalan punya jalan akhirnya dah dekat nak sampai di tempat kami tuju tu, depan sikit tu je lagi..=) misi mencari supermarket berjaya..
Jalan-jalankan tiba-tiba perut semua orang lapar tau, so bila datang sini yang dayah cari of course kebabnya, memang terbaiklah..Kami pun cadang nak makan dekat kedai kebab favourite kami dulu, landmark nak ke kedai kebab ni senang je, berdekatan dengan Kings Park Hotel, dulu masa first time kami datang sinilah tempat penginapan kami..Kebab dekat sini sedap plus dengan sosnya, perghh!! macam nak culik tukang buat kebab tu bawa balik malaysia..hehe!!
mediterranean rice, bawah daging yang banyak tu ada nasi..delicious!!
lamb kebab, ada nama makanan ni tapi dayah dah lupalah..sedap ditambah dengan satay sauce yang umphh!! tak bohong, memang sedap lagi enak lagi terangkat..ahh!! semualah..
air ni bukan dari kedai kebab tu eh..Dah lepas makan kami meneruskan perjalanan nak ke supermarket dayah terjumpa kedai jual air buble tea, alaa!! yang ada pearl tu macam dekat m'sia tu kan, tapi masa dayah datang tu pearl nya belum masak lagi so terpaksalah dayah ambik jelly..Almond milk tea with jelly, Terbaik..
Akhirnya jumpa jugak dengan supermarket yang dicari-cari..Supermarket ni ala-ala macam tesco sebab ada brand mereka sendiri..Wah!! macam nak beli je semua yang ada sebab kebanyakkan barang dekat sini dekat malaysia tak ada, kalau ada pun jenama yang sama tapi mungkin flavour dia berlainan..Kami beli barang-barang makanan untuk makan tengah hari and malam je dulu, sebab nanti esok boleh pergi lagi kan..jangan tamak dulu..=)
Kagumnya dayah dengan supermarket ni ialah, kalau kita nak bayar sendiri pun boleh, i mean self service..Counter pun ada disediakan tapi tak banyak, dan kebanyakkan orang mereka bayar sendiri..wow!! nak cubalah kalau macam ni..
Lepas dah agak sakan bershopping kami pun pulang since waktu pun dah pukul 11 pagi, so dah boleh check in kan..Mengah-mengah kami bawa barang-barang tu bawa balik apartment, iyalah boleh tahan gak beli dengan dahlah jauh nak berjalan pulang..Nasib baik kami dapat jalan yang tak memerlukan kami untuk banyak sangat belok2, kira straight je dah sampai, and lagi dekat sikit..fuhh!!
apartment kami..
kitchen yang lengkap semuanya..
barang2 yang dibeli..
view dari bilik kami, agak bising sebab freeway kan bawah tu..
6:30 petang dah gelap dengan suhu 21 darjah celcius..
hidagan kami untuk malam pertama di Perth..Simple tapi cukup kenyang..
First day kami tak berjalan mana-mana lagi pun sebabnya semua kepenatan, tengah hari selepas je makan terus semua tidur dulu, rehatkan diri..Malam pun tidur awal sebab letih masih belum hilang lagi..2nd day baru planning nak pergi mana okay..
Part 3 menyusul selepas ini, stay tuned..(macam 8tv kan)
p/s: nak menjamah bubur kacang jap eh sebelum sambung part 3..;D