8/13/2012

Persiapan Raya

Alhamdulillah kuih raya untuk tempahan dah diselesaikan, penghantaran pun dah selesai, boleh lah sekarang tidur dengan lenanya tanpa diulit dengan rasa takut kuih tak siap..hehe! Jangan main-main okay! dayah seminggu tak berkesempatan menikmati tidur yang lena, habis muka naik jerawat balik..huwaaaa!! tapi bila setiap kali satu balang terisi kuih, rasa happy sangat..Dayah ada satu habit kalau hari raya, kalau boleh dayah nak satu part atas table top dekat dapur tu penuh dengan balang-balang kuih, sebab bagi dayah bila dapur penuh dengan kuih macam tu baru ada suasana hari raya..Lagi menarik kalau semua kuih tu dayah yang buat sendiri.. ;)

Sekarang ni barulah dayah fokuskan kuih raya untuk rumah sendiri, tadi baru buat satu jenis biskut..Isnin dan Selasa ni lagi beberapa jenis, harap-harap sempatlah..Tahun ni kebanyakkan kuih raya yang baru first time cuba, hehe! harap-harap menjadilah..Pernah satu tahun tu, dayah baru nak berjinak-jinak buat kuih raya sendiri *kira dah terasa cukup besarlah nak on oven sendiri* dalam 2 adunan dayah try, semua adunan tak jadi, mama dah bising sebab habis duit dia beli bahan-bahan, that time tak tau lagi nak cari kedai khas jual barang-barang kuih, semua bahan-bahan beli dekat supermarket..Seingat dayah kuih yang tak jadi tu salah satunya Chocolate Chip, semua bahan-bahan dah betul sekali bila bakar hitam and kuih hangus, ini semua gara-gara ikut arahan untuk letak serbuk koko secara gram, lepas tu bila bakar selagi Chocolate Chip tu tak keras selagi tu tak angkat-angkat dan akhirnya rentung..Masa tu nak nangis pun ada nak gelak pun ada, ala-ala perasaan bercampur baur lah..

Tahun ni mama mintak sangat tolong buatkan biskut mazolla, resipi pun dah ada insyaallah dayah akan buatkan..Entah kenapa ramai sangat oarng yang dayah jumpa raya tahun ni nak makan biskut mazolla..Agak-agaknya pengusaha biskut ni mesti maju tahun ni, hehe! nyesal tak buat jualan hari tu.. :p

Cerita pasal baju raya pulak, dayah dah settle dengan baju raya..Alhamdulillah tak sia-sia kami ke Kenanga Whole City last week sebab baju raya dayah and family semuanya bawah daripada seratus, dan yang pastinya kualiti kain bagus..Mula-mula berangan nak pakai baju Jovian Mandagie raya ni, semua gara-gara Zalora lah ni, tapi bila kira-kira budget larilah so lupakan jelah, kita pakai je jenama KWC hehe! Kalau ada beratus dalam purse memang berhelai-helai baju dayah sambar dekat KWC, itu pun budget terlari sikit gara-gara termakan pujuk rayu seorang penjual ni, daripada dayah nak beli satu item je jadi terbeli banyak dek kerana dia kata kalau beli more than 3 dapat sekian-sekian discount..Pantang sebenarnya dengar discount ni..hehe! Khamis ni Insyaallah nak pergi lagi sebab tak puas shoppng hari tu, hehe! 

Terima kasih kerana menjadi pembaca :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...