6/03/2011

Rumah tak ada AIR lagi

Assalamualaikum dan Selamat Pagi / Petang semuaa.....


Hari ni rumah dayah tak ada air, ni dah masuk hari yang ketiga tak ada..Baba dah call Syabas cakap malam ni by 12:00am dah ada air tapi sekarang ni erm!! TAK ADA lagi okay!! dahlah malas nak cerita pasal air ni buatkan diri ini bertambah stress je *dahlah mandi sekali je semalam, tak best tau* haa?!! jangan nak cakap dayah busuk eh!! sebab tak mandi..Mandi okay!! pagi tadi..Nak tau tak kitaorang mandi dekat mana?? NAK?? hehe!! memandangkan saudara mara dayah semua duduk area-area yang dikhuatiri mengalami gangguan air jugak so baba bangun je pagi decided untuk pergi R&R Jejantas Sungai Buloh untuk MANDI.. :) Kan jejantas tu toiletnya besar and disediakan tempat untuk mandi sekali..Best mandi dekat sana sebab air showernya besar and sambil mandi boleh dengar bunyi kereta lalu lalang, kira macam rumah tepi highwaylah gitu.. :p Memandangkan kami pergi waktu masih pagi so tak ramai orang sangat..Inilah pengalaman pertama mandi dekat R&R..Jiran dayah mandi dekat Sungai Pansu *entahlah first time dengar nama tempat ni and betul ke ejaan tu??* Masing-masing macam jadi pelarian selama 3 hari tak ada air ni..Moga-moga pagi ni dah adalah air..


p/s : mata tak boleh tidur selagi air tak ada tapi mata dan mengantuk ni.. T_T


Terima kasih kerana menjadi pembaca :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...